Sunday, April 4, 2010

Projek Baiki Bilik Air dan Tandas Fakir Miskin Ijok Perak

Alhamdulillah bilik air ini telah pun siap dibina untuk keluarga En Zulkifli bersama isteri yang mempunyai seorang anak cacat yang berumur 3 tahun. Kepada semua hamba Allah yang telah menyumbang bagi membina bilik air dan tandas untuk 2 keluarga ini semoga kalian semua mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

bilik air dan tandas
selepas bantuan


Tandas dalam
bilik air











Keadaan bilik air sebelum
menerima bantuan








keadaan rumah dari view depan
rumah En Zulkifli dari Sg Jernih
Ijok Perak.










Gambar bawah keluarga En Hamidi dari Kg Sg Redang Ijok Perak

gambar rumah dari tepi









menerima bantuan barangan
keperluan dapur










Alhamdulillah bilik air dan tandas untuk keluarga Encik Hamidi telah pun siap. walaupun tidak begitu 'perfect', bagi keluarga ini mereka merasa amat bersyukur sekurang-kurangnya tidak lagi mandi di tengah-tengah matahari terik kerana sebelum ini bilik air mereka tidak berbumbung dan dinding.
Saya bersama keluarga menziarahi keluarga ini pada 17/7/2010 yang lepas, selain itu bantuan barang keperluan dapur juga disumbangkan kepada mereka dari para dermawan yang prihatin dengan nasib fakir miskin disini.
Semoga apa yang kita sama-sama lakukan ini akan berpanjangan dan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T.

gambar tandas selepas menerima
bantuan


tandas sebelum bantuan








Rumah En Muhd Hamidi yang tinggal bersama isteri dan 9 orang anak. Anak sulung sudah berusia 17 tahun dan yang bongsu 2 tahun. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana 11 orang tinggal didalam rumah sekecil ini, yang sepatutnya muat untuk 2 orang sahaja. Begitulah keadaan keluarga ini terpaksa berhimpit tidur diruang yang sempit. Projek untuk membaiki bilik air rumah ini sedang diatur. InsyaAllah kerja-kerja baik pulih akan dimulakan pada hari Isnin 5/4/10.
Dizaman yang serba canggih ini masih ada orang-orang nun jauh di pendalaman masih saperti di zaman 60an apabila saya melihat tandas dan bilik air sebegitu rupa.

Kepada hamba Allah yang terpanggil untuk membantu amatlah dialu-alukan dengan menghubungi saya di talian 019-2224474 atau boleh terus bank in ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap.
Semoga setiap amal jariah kita akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. didunia dan akhirat.

bilik air sebelum menerima bantuan









selepas menerima bantuan









gambar 3 - keadaan dalam
rumah








gambar4 - view dari depan
rumah - ada 11 penghuni yang
duduk dirumah sebesar ini









gambar 5- En Hamidi
bersama anak-anak dan
isteri

No comments: