Alhamdulillah pada hari Sabtu 3/4/10 saya dan keluarga sempat melawat beberapa buah rumah di Ijok Perak untuk projek membaik pulih atau membina bilik air kepada penguni fakir miskin dikawasan tersebut. Niat untuk membina bilik air dan tandas yang lebih selesa telah lama terpendam semenjak kali pertama melihat keadaan disana. Syukur kepada Allah kerana walaupun sedikit lewat tetapi insyaAllah beberapa rumah disana akan mendapat bilik air dan tandas yang lebih baik dalam masa yang terdekat ini. Projek pembinaan akan dimulakan pada hari Isnin 5/4/10. Walaupun disana tidak ada kontraktor kelas A atau F yang boleh membina sesebuah bangunan itu dengan cantik tetapi sekadar yang mampu kita bantu mereka dengan sedikit keselesaan kepada mereka untuk menguna bilik air dan tandas yang tertutup instead of saperti keadaan didalam gambar dibawah.
Kepada sesiapa yang sudi membantu dana masih diperlukan silalah hubungi 019-2224474 atau boleh terus bank in ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap.
Semoga amal jariah kita akan diberi ganjaran dari Allah S.W.T didunia dan akhirat.
Keadaan bilik air dan tandas disalah
sebuah rumah di Sg Manis Ijok Perak.
Rumah dibawah ini pula penghuni nya seorang bapa yang menjaga seorang anak yang cacat (maaf tidak ada gambar) ia juga termasuk didalam projek ini. Rumah ini tidak ada bilik air dan tandas. Saya sekeluarga sempat melawat mereka pada 17/7/2010 dan membawa sedikit bantuan barang keperluan dapur. Bilik air dan tandas untuk mereka masih dalam pembinaan. InsyaAllah akan disiarkan setelah semuanya siap kelak.
gambar 1 - keadaan dalam
rumah tidak ada papan yang
menutupi bahagian atas
gambar 2- view dari dalam
rumah untuk turun ke
tempat bilik air mereka
gambar 3 - dapur bersebelahan
dengan tempat tidur
gambar 4 - ruang mandi
membasuh dll. tidak
berdinding dan bumbung
gambar 5 - kayu-kayu getah
yang dipotong dan disusun
untuk dijadikan lantai tempat
membasuh dan mandi, lihat
sebatang paip disitu
gambar 6 - view rumah dari
hadapan.
Rumah dibawah ini juga termasuk didalam projek untuk membina sebuah bilik air dan tandas nya akan dibaiki. lihat lah keadaan tempat mandi mereka anak beranak selama ini.
Penghuninya suami isteri dan 2 orang anak lelaki.
No comments:
Post a Comment