Tuesday, September 14, 2010

Carpet Baru Masjid Lama Kg Temelung Lenggong Perak




Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita semua dapat membantu masjid ini dengan membeli carpet baru. Carpet baru telah dipasang pada 4/9/10. Imam masjid Tuan Hj Tahir amat terharu dengan sumbangan yang telah diberi kepada masjid tersebut. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hamba Allah yang telah sudi memberi sumbangan ini. Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian semoga mendapat ganjaran didunia dan akhirat.
Selain itu speaker baru juga telah dipasang (saperti dalam gambar)
Masjid ini telah diberi nama Masjid Warisan Kg Temelung Lenggong Perak kerana namanya yang terdahulu telah diambil oleh Masjid baru yang telah didirikan tidak jauh dari masjid lama ini. Pihak berkuasa mahu merobohkan masjid lama ini tetapi penduduk disini telah bertindak mempertahankan masjid ini kerana masih ramai ahli khariah yang lebih suka solat disini berbanding dengan masjid baru.
Antara bantuan yang telah mereka terima carpet, set P.A. system, Al-Quran dan speaker.
Semua penduduk disini amat bersyukur dengan semua bantuan yang telah kita semua salurkan kepada mereka terutamanya carpet yang baru dipasang sebelum Hari Raya Idil Fitri baru-baru ini. Menurut kata isteri pengerusi masjid ini, imam masjid sebelum memulakan solat Jumaat (10/9/10-hari raya) telah menitiskan air mata kerana amat terharu semasa beliau mengumumkan kepada jemaah yang hadir bantuan dan sumbangan yang telah diterima.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik tuan/puan sekalian yang sangat prihatin memberi sumbangan walaupun sedikit tetapi besar disisi Allah SWT.

speaker dihantar pada
28/8/10



speaker baru dan lama










papan tanda nama masjid












carpet baru









pekerja sedang membersih lantai










pekerja sedang memasang lapik
getah sebelum pasang carpet










































Iftar Ramadhan, Sumbangan Zakat dan Bantuan di Lenggong Perak

Majlis Iftar Ramadhan dan bantuan zakat ini telah diadakan di Masjid Lama Kg Temelung Lenggong Perak pada 4/9/10. Saya bersama keluarga dan Puan Rozita bersama keluarga beliau menghadiri majlis ini.
Alhamdulillah bantuan zakat dapat disampaikan kepada 5 keluarga terdaif di kampung ini. Selain itu sumbangan kain telekung, kain batik juga dapat diagihkan kepada semua penduduk yang hadir pada malam tersebut seramai 40 orang muslimat. Anak yatim yang hadir seramai 7 orang juga diberi sedikit sumbangan dan selainnya untuk kanak-kanak yang hadir pada malam itu. Kain Pelikat diagihkan kepada lebih 40 orang muslimin.
Penduduk kampung telah bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa pada hari tersebut antara menu yang disediakan kuih-muih, nasi beriani, daging kurma, dalca, rendang dan sayur.
Saya dan Puan Rozita amat bersyukur kerana dapat berbuka dengan orang-orang kampung dan sekaligus dapat menghantar sumbangan kepada mereka, semuanya datang dari hamba-hamba Allah yang tinggal di sekitar KL, kami sebagai pengantara untuk menyampaikannya dan segalanya adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT. (saya syorkan sesekali elok juga kita bawa ahli keluarga kita berbuka di kampung-kampung bersama fakir miskin atau menziarahi mereka supaya anak-anak kita sedar betapa beruntungnya mereka berbanding kanak-kanak dikampung)
Antara aturcara majlis pada hari itu dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat diikuti dengan majlis berbuka puasa. Selepas berbuka 5 keluarga menerima bantuan zakat dan duit raya untuk kanak-kanak. Selepas solat terawikh tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Tarmizi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang semuanya dari Kuala Lumpur dan Shah Alam. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati dengan usaha murni ini.

kain telekung sedang diagihkan









3 dari 5 keluarga yang datang
untuk menerima zakat


penerima zakat





penerima zakat







kanak-kanak perempuan
sedang menerima sedikit
sumbangan dan duit raya



kanak-kanak lelaki






































dari kanan Us Tarmizi , Imam
dan Pengerusi Masjid















sedang menjamu juadah
berbuka














Majlis bacaan Yaasin
















Muslimat yang hadir sebelum
berbuka diruang luar masjid







diruang dalam masjid




Iftar Ramadhan Kali 2 bersama Anak Yatim & Pelajar Tahfiz

Majlis Iftar Ramadhan bersama anak yatim dari Kg Melayu Subang dan pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz An Nur Subang Permai telah diadakan buat kali kedua di Restoran Kopi Shoppe pada 3/9/10. Seramai 55 orang kesemuanya yang hadir. (maaf oleh kerana sibuk melayan hingga terlupa nak ambil gambar masa semua hadir, gambar dibawah sebahagian dari mereka telah pulang setelah selesai berbuka). Alhamdulillah puji-pujian untuk Allah SWT dengan izinNya majlis ini dapat diadakan. Ucapan JazakAllah Khairan Kathiran kepada hamba Allah yang telah sudi sponsor majlis Iftar ini. Semoga mereka yang telah menaja majlis Iftar Ramadhan pada tahun ini 1431H mendapat barakah dalam rezeki mereka dan sentiasa didalam rahmat Allah SWT hendaknya. Diharap pada tahun-tahun akan datang ramai lagi yang akan menaja majlis saperti ini, kerana memberi makan kepada yang berpuasa sangat besar ganjarannya disisi Allah SWT.











kedua-dua anak yatim
bersama makcik mereka
kedua-dua ibubapa mereka
telah meninggal dunia. 3 lagi
adik beradik tidak dapat hadir















majlis Iftar kali ini pelajar
lelaki pula diberi peluang
berbuka di restoran ini





Monday, August 23, 2010

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT yang mengurus sekelian alam dan dengan atas kehendakNya Majlis Iftar bersama anak-anak yatim, ibu tunggal dari Kg Melayu Subang telah diadakan pada 23/8/2010 di Restoran Kopi Shoppe Desa Subang Permai Shah Alam . Berserta dengan mereka seramai 13 orang pelajar tahfiz perempuan dari Maahad Tahfiz An-Nur turut bersama dijemput ke majlis ini. Seramai 32 anak yatim dan 17 ibu tunggal kesemuanya yang hadir.
Jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang telah mendapatkan sponsor untuk majlis Iftar ini. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati majlis ini . Kepada penderma yang telah sudi menyumbang semoga Allah SWT murahkan rezeki mereka sekeluarga dijauhkan dari segala penyakit dan bala (InsyaAllah).
Kepada tuan/puan yang berhajat untuk memberi sumbangan didalam bulan Ramadhan ini masih dialu-alukan untuk membantu meringankan beban mereka, samada majlis berbuka puasa, sumbangan duit raya, baju raya atau barang keperluan harian. Sila hubungi 019-2224474 untuk keterangan lanjut.


sebahagian dari pelajar
tahfiz yang dapat hadir









Ibu tunggal Pn Razlina
bersama dengan 3 orang anaknya
2 orang lagi diasrama







anak-anak yatim sedang
menunggu waktu berbuka


































Monday, August 16, 2010

Sumbangan Al-Quran & Speaker Masjid Nur Al Hidayah

Alhamdulillah selain Al-Quran dan P.A System, Masjid ini juga telah mendapat sumbangan horn speaker yang akan dipasang diatas bumbung masjid. (gambar masjid dapat dilihat dalam tajuk Bantuan ke Lenngong dan Baling). Speaker telah dihantar pada 28/8/10.

Al-Quran juga telah di hadiahkan kepada Masjid Nur Al-Hidayah Kg Temelung Lenggong Perak. Di kampung-kampung solat sunat tarawikh imam hanya membaca surah-surah lazim dari Juzuk Amma. Tidak ada perubahan dan peningkatan kepada penduduk kampung, berbeza kita yang tinggal di bandar. Salah satu sebabnya mungkin mereka tidak ada dana untuk membayar seorang imam tahfiz dari mana-mana Maahad. Menurut kata mereka selama ini setiap kali bulan Ramadan solat tarawikh imam akan membaca surah-surah pendek sahaja.
Alhamdulillah dana yang terkumpul tempoh hari masih ada, saya terus membeli Al-Quran ini (saperti dalam gambar) dan menghantarnya pada 12/8/2010. En Safuan wakil dari Lenggong bertemu dengan saya di Tol Ampang Ipoh dan menyerah Al-Quran itu pada beliau iaitu hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah malam itu juga mereka telah dapat menggunakan Al-Quran tersebut. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT diatas segala perancangan Nya hanya Dia Yang Maha Berkuasa mengatur segalanya. Sekiranya Dia tidak membuka pintu hati kita (hanya segolongan kecil di kalangan umat Muhammad SAW) kita juga tidak akan dapat mencapai apa yang kita lakukan sekarang ini.
Saya juga bersyukur dengan pertolongan semua hamba Allah yang sama-sama menyumbang kepada masjid Nur Al- Hidayah ini. Keadaan penduduk disana yang kebanyakannya daif, mereka tidak dapat memberi bantuan saperti mana kita semua, semoga Allah merahmati dan memberkati apa yang kita usahakan ini.












size Al-Quran 42cm panjang
dan 32cm lebar