Cadangan dan lakaran surau nurul falah yang akan dibina saperti gambar dibawah.
Syukur Alhamdulillah kerana ada seorang hamba Allah seorang arkitek yang sudi memberi lakaran ini dan akan berkerjasama dengan Badan Amal ini bagi menyiapkan surau ini kelak insyaAllah.
Dana masih diperlukan segera insyaAllah pembinaan akan bermula selepas Hari Raya Qurban.
Anggaran pembinaan tidak melebihi RM100k insyaAllah (tertakluk pada harga barang-barang binaan )
keluasan surau luar dalam 40'x30'=1200kps. Setakat ini kutipan dana pembinaan surau ini Rm24k, masih memerlukan sebanyak Rm76k. Kerja-kerja meratakan tanah dan tambak sedang dijalankan. Lakaran plan surau baru telah di infakkan oleh salah seorang arkitek (En. Zulhamzi yang beroperasi di Seri Inskandar Perak)Kepada tuan/puan yang sudi memginfak sedikit dari harta kita, nombor akaun saperti tertera diatas blog ini. Semoga amal jariah ini menjadi bekalan kita ke akhirat kelak.
Tiga perkara yang akan kekal bersama kita hingga hari akhirat 1. anak-anak yang soleh yang mendoakan kita, 2. ilmu yang dipelajari dan beramal dengan nya dan 3. sedekah jariah.
Semoga Allah SWT sentiasa membuka hati kita untuk melakukan amal jariah walaupun sedikit tetapi besar pahala disisi NYA.
bilik air/tandas yang telah siap sebelum bulan puasa lepas (1434H) |
bumbung telah dipasang ditempat wudhu bagi keselesaan penduduk mengambil wudhu jika hujan |
contoh surau yang akan dibina menggantikan surau nurul falah Ijok Perak |
contoh surau yang telah dibina di negeri Perlis
lakaran bahagian lantai surau
lakaran bahagian depan mimbar
lakaran bahagian tepi surau
gambar-gambar surau lama, pembinaan akan dibuat
diatas tapak asal
tempat wudhu sekarang telah dipasang bumbung zink
mimbar imam
pintu ruang solat muslimat
tandas/bilik air yang hampir siap boleh digunakan pada
bulan Ramadhan ini
No comments:
Post a Comment