Sunday, July 28, 2013

Iftar & Bantuan Anak Yatim & Penduduk Miskin Kg Sg Simpol Ijok Perak

Alhamdulillah bantuan barang keperluan harian dan zakat telah disampaikan kepada satu keluarga susah yang tinggal di Lahad Ipoh Perak dalam perjalanan kami ke Ijok Perak.  Suami En. Zamani tinggal bersama isteri (Mariam) dan 6 anak, sulong 20 tahun dan bongsu 2 tahun. Tinggal dirumah sewa yang agak daif. Kepada sesiapa yang sudi ingin membantu keluarga ini boleh hubungi admin.
Bantuan juga diberi  kepada 30 keluarga miskin dan 15 anak-anak yatim di Ijok.  Majlis Iftar juga diadakan bersama penduduk miskin di Surau Nurul Falah Kg Sg Simpol Ijok ini pada 26/7/2013 bersamaan 17 Ramdhan iaitu pada hari Nuzul Quran. Bantuan diberi berupa beras, minyak masak, gula,susu, milo, kopi, teh, tepung dll.
Kepada semua penyumbang ribuan terima kasih diucapkan semoga Allah swt membalas segala jasa baik kalian dan semoga tuan/puan diberkati Allah swt.













sumbangan telah disampaikan oleh Ust Tajuddin










salah seorang anak yatim menerima hamper dan duit raya

tandas yang telah siap dan telah digunakan
oleh jemaah surau ini
















goodies dan duit raya untuk kanak-kanak


Monday, July 8, 2013

Reka Bentuk Surau Nurul Falah Ijok Perak

Cadangan dan lakaran surau nurul falah yang akan dibina saperti gambar dibawah. 
Syukur Alhamdulillah kerana ada seorang hamba Allah seorang arkitek yang sudi memberi lakaran ini dan akan berkerjasama dengan Badan Amal ini bagi menyiapkan surau ini kelak insyaAllah.
Dana masih diperlukan segera insyaAllah pembinaan akan bermula selepas Hari Raya Qurban. 
Anggaran pembinaan tidak melebihi RM100k insyaAllah (tertakluk pada harga barang-barang binaan )
                                                    keluasan surau luar dalam 40'x30'=1200kps. Setakat ini kutipan dana pembinaan surau ini Rm24k, masih memerlukan sebanyak Rm76k. Kerja-kerja meratakan tanah dan tambak sedang dijalankan. Lakaran plan surau baru telah di infakkan oleh salah seorang arkitek (En. Zulhamzi yang beroperasi di Seri Inskandar Perak)
Kepada tuan/puan yang sudi memginfak sedikit dari harta kita, nombor akaun saperti tertera diatas blog ini. Semoga amal jariah ini menjadi bekalan kita ke akhirat kelak.

Tiga perkara yang akan kekal bersama kita hingga hari akhirat 1. anak-anak yang soleh yang mendoakan kita, 2. ilmu yang dipelajari dan beramal dengan nya dan 3. sedekah jariah.
Semoga Allah SWT sentiasa membuka hati kita untuk melakukan amal jariah walaupun sedikit tetapi besar pahala disisi NYA.
bilik air/tandas yang telah siap sebelum bulan puasa lepas (1434H)







bumbung telah dipasang ditempat wudhu bagi keselesaan
penduduk mengambil wudhu jika hujan

   
contoh surau yang akan dibina menggantikan surau nurul falah
Ijok Perak
                                                 
                                          contoh surau yang telah dibina di negeri Perlis
                                            lakaran bahagian lantai surau
                                          lakaran bahagian depan mimbar
                                          lakaran bahagian tepi surau


                                          gambar-gambar surau lama, pembinaan akan dibuat
                                          diatas tapak asal


                                           tempat wudhu sekarang telah dipasang bumbung zink
                                           mimbar imam
pintu ruang solat muslimat
 

    tandas/bilik air yang hampir siap boleh digunakan pada
    bulan Ramadhan ini