Tuesday, February 7, 2012

Bantuan Mualaf Kg Chepo Lenggong Perak


rumah yang akan diduduki oleh keluarga
mualaf sebelum dibaiki
Gambar-gambar keadaan rumah yang akan didiami sebuah keluarga mualaf yang tinggal di Kg Chepo Lenggong Perak. Beliau Mohd Danial Thor bin Abdullah buat masa ini masih menumpang dirumah mertua bersama isteri Mahfuzah dan 3 orang anak antara 3-8 tahun. Beliau berhasrat untuk berdikari bersama isteri dan anak-anak tinggal disebuah rumah berasingan. Ada sebuah rumah yang telah ditinggal lama di belakang rumah mertua beliau akan disewakan dengan kadar sewa RM50 sebulan, maka beliau terus bersetuju untuk tinggal dirumah tersebut dengan isteri dan anak-anak. Tetapi keadaan rumah tersebut perlu banyak wang untuk dibaiki, dengan gajinya hanya beberapa ratus ringgit sebulan maka beliau batalkan sementara hasrat beliau sehinggalah beliau didatangi dengan bantuan Allah SWT. Syukur Alhamdulillah setakat ini kerja-kerja baik pulih rumah tersebut sedang dijalankan. Gambar seterusnya akan disiarkan kelak InsyaAllah......    
selepas dibaiki dijadikan bilik air & tandas

kelihatan papan yang reput perlu diganti

semasa menerima bantuan Back 2 School
Dec 2011 yang lepas

wiring sedang dipasang




bilik air yang belum diplaster


tandas bersebelahan dengan bilik air

disinilah ruang tamu, bilik tidur dan sebelahnya
adalah dapur

seorang sukarelawan sedang menunjuk tempat
dimana lampu dan wiring dibilik air akan dipasang

ruang yang akan disekat dengan plywood
akan dijadikan bilik tidur

bersama keluarga Mohd Danial Thor

bersama sukarelawan yang budiman (sebahagian)
yang sama-sama bergotong royong
membaiki rumah ini



dikedai perabot membeli barang
keperluan seisi keluarga

dikedai hardware


mereka yang sama-sama prihatin berbincang
bagi menyiapkan rumah ini

wakil dari Kg Chepo Encik Saidi yang banyak
membantu dan memudahkan kami di Lenggong 

sebesar inilah ruang yang akan didiami
oleh 5 beranak ini nanti


<>
<><>
kawasan ini telah dijadikan bilik air & tandas
untuk keluarga ini


Thursday, January 12, 2012

Surau Sek Kafa Insaniah

Sekolah Agama (Kafa) Insaniah terletak di Lembah Subang berdekatan dengan Ara Damansara. Kebanyakkan pelajar disini adalah dikalangan anak-anak keluarga miskin yang tinggal di sekitar flat-flat yang ada berdekatan dengan sekolah ini.
Sekolah ini adalah dibawah Jais, tetapi oleh kerana peruntukan setiap sekolah Agama agak kurang dan lambat disalurkan maka kami berusaha mendapat dana untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat belajar dengan selesa. Kerja-kerja amal ini atas usahasama blog ini dan pihak sekolah juga dari blog UmmikuSayang.
Sebelum ini tembok sekolah juga dapat dibina atas sumbangan orang ramai, begitu juga penghadang didalam kelas room dan zink yang bocor semua atas sumbangan para dermawan. 
Bangunan surau yang sedang dibina ini juga akan menempatkan ruang untuk komputer dan perpustakaan. Alhamdulillah setakat ini semua kerja berjalan dengan lancar dan akan siap tidak lama lagi.Kepada semua yang terlibat samada dari segi kewangan atau tenaga bagi menyiapkan surau sekolah Kafa Insaniah hanya Allah SWT yang dapat memberi ganjaran kepada kalian semua. Semoga kita beristiqomah dapat melakukan kerja-kerja amal ini sehingga akhir hayat. Sila ke Facebook 'Help Kafa Insaniah' for more info.    

pembinaan tembok sekolah





keadaan pagar sebelum tembok dibina





bahagian pintu hadapan

tembok yang telah siap sepenuhnya

bahagian tepi bangunan

bantuan bina penghadang kelas room

penghadang yang hampir siap

tapak pembinaan surau kafa

simen sedang diratakan ditapak surau


kayu atap dipasang


sebahagian bumbung zink telah dipasang


 
dinding setinggi 4' kaki


surau yang hampir siap
wiring yang telah dipasang tapi
dana masih diperlukan


Add caption


bahagian dalam surau yang telah diplaster



pemandangan dari hadapan

kerja2 memasang tiles

lampu dan fan telah dipasang

pintu dibahagian belakang