Tuesday, February 7, 2012

Bantuan Mualaf Kg Chepo Lenggong Perak


rumah yang akan diduduki oleh keluarga
mualaf sebelum dibaiki
Gambar-gambar keadaan rumah yang akan didiami sebuah keluarga mualaf yang tinggal di Kg Chepo Lenggong Perak. Beliau Mohd Danial Thor bin Abdullah buat masa ini masih menumpang dirumah mertua bersama isteri Mahfuzah dan 3 orang anak antara 3-8 tahun. Beliau berhasrat untuk berdikari bersama isteri dan anak-anak tinggal disebuah rumah berasingan. Ada sebuah rumah yang telah ditinggal lama di belakang rumah mertua beliau akan disewakan dengan kadar sewa RM50 sebulan, maka beliau terus bersetuju untuk tinggal dirumah tersebut dengan isteri dan anak-anak. Tetapi keadaan rumah tersebut perlu banyak wang untuk dibaiki, dengan gajinya hanya beberapa ratus ringgit sebulan maka beliau batalkan sementara hasrat beliau sehinggalah beliau didatangi dengan bantuan Allah SWT. Syukur Alhamdulillah setakat ini kerja-kerja baik pulih rumah tersebut sedang dijalankan. Gambar seterusnya akan disiarkan kelak InsyaAllah......    
selepas dibaiki dijadikan bilik air & tandas

kelihatan papan yang reput perlu diganti

semasa menerima bantuan Back 2 School
Dec 2011 yang lepas

wiring sedang dipasang




bilik air yang belum diplaster


tandas bersebelahan dengan bilik air

disinilah ruang tamu, bilik tidur dan sebelahnya
adalah dapur

seorang sukarelawan sedang menunjuk tempat
dimana lampu dan wiring dibilik air akan dipasang

ruang yang akan disekat dengan plywood
akan dijadikan bilik tidur

bersama keluarga Mohd Danial Thor

bersama sukarelawan yang budiman (sebahagian)
yang sama-sama bergotong royong
membaiki rumah ini



dikedai perabot membeli barang
keperluan seisi keluarga

dikedai hardware


mereka yang sama-sama prihatin berbincang
bagi menyiapkan rumah ini

wakil dari Kg Chepo Encik Saidi yang banyak
membantu dan memudahkan kami di Lenggong 

sebesar inilah ruang yang akan didiami
oleh 5 beranak ini nanti


<>
<><>
kawasan ini telah dijadikan bilik air & tandas
untuk keluarga ini


No comments: