Tuesday, February 25, 2020

RUMAH WARGA EMAS

Badan Amal Al Jauhar telah mendapat maklumat dari seorang asnaf yang tinggal di Kg Lubok Mas Chenderiang keadaan rumah warga emas suami isteri dan seorang anak OKU yang tinggal didalam rumah yang diperbuat dari zink tanpa tandas cuma ada bilik air yang tidak sempurna.
Rupa-rupa nya masih terpakai pepatah orang-orang tua-tua dahulu 'bila nak berak baru korek lubang', maka inilah yang dihadapi oleh mereka 3 beranak dirumah zink ini keadaan saperti didalam 'oven' lagi pula di musim panas sekarang ini. 
Alhamdulillah , setelah diwar-warkan ada penderma yang sudi memberi sumbangan untuk membeli barang-barang hardware untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka inshaAllah.
Dana masih diperlukan untuk menyiapkan rumah mereka. Kepada yang sudi dan prihatin untuk membantu boleh bank in terus ke akaun Badan Amal ini saperti di profile blog ini.
Semoga sedekah amal jariah kita mendapat ganjaran disisi Allah SWT.







En Mokhtar bersama anak OKU(mental) beliau 


keadaan bilik air 



plan tapak rumah yang akan dibina
 




di kedai hardware di pekan Tapah




inilah tapak rumah mereka yang akan dibina




tandas dan bilik air yang sedang dibina
 






gambar binaan setakat hari ini 26/2/2020

BANTUAN ANAK-ANAK YATIM KG SG RAMBUTAN SELAMA PERAK

Alhamdulillah majlis penyampaian bantuan barangan dapur untuk 20 keluarga anak-anak yatim bersama ibu-ibu dan bapa tunggal meraka di Kg Sg Rambutan Selama Perak yang berlangs Swung pada 26/1/2020 bertempat di Masjid Sg Rambutan. Jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Ajk -Ajk Surau Worldwide Seksyen 13 Shah Alam Selangor yang sudi memberi sumbangan kepada mereka. Semoga Allah SWT memberkati kita semua.









Sdr Razali wakil kami di Parlimen Larut










jamuan selepas majlis berakhir

Friday, January 3, 2020

BACK2SCHOOL 2020


Alhamdulillah , kali ini program tahunan Badan Amal Al Jauhar telah diadakan di Kg Simpang Gelami Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan, pada tarikh 30/12/2019. Seramai 21 pelajar anak-anak keluarga asnaf yang terpilih untuk menerima bantuan berupa uniform sekolah, beg, kasut dan stationery. Ucapan terima kasih kepada Tok Ketua dan Setiusaha Kg Simpang Gelami yang berkerjasama mengatur program pada hari tersebut.
Ucapan jutaan terima kasih dari ibu bapa pelajar yang menerima bantuan kepada penderma-penderma yang telah sudi menginfakkan wang ringgit mereka, walaupun hanya 5 orang individu yang sudi memberi sumbangan tersebut. Semoga mereka mendapat ganjaran pahala disisi Allah swt.




















Cenderahati untuk Tok Ketua yang telah menyusun program disini


Cenderahati untuk Setiausaha Penduduk Kg Simpang Gelami

tu





















jamuan selepas program selesai