Tuesday, February 25, 2020

RUMAH WARGA EMAS

Badan Amal Al Jauhar telah mendapat maklumat dari seorang asnaf yang tinggal di Kg Lubok Mas Chenderiang keadaan rumah warga emas suami isteri dan seorang anak OKU yang tinggal didalam rumah yang diperbuat dari zink tanpa tandas cuma ada bilik air yang tidak sempurna.
Rupa-rupa nya masih terpakai pepatah orang-orang tua-tua dahulu 'bila nak berak baru korek lubang', maka inilah yang dihadapi oleh mereka 3 beranak dirumah zink ini keadaan saperti didalam 'oven' lagi pula di musim panas sekarang ini. 
Alhamdulillah , setelah diwar-warkan ada penderma yang sudi memberi sumbangan untuk membeli barang-barang hardware untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka inshaAllah.
Dana masih diperlukan untuk menyiapkan rumah mereka. Kepada yang sudi dan prihatin untuk membantu boleh bank in terus ke akaun Badan Amal ini saperti di profile blog ini.
Semoga sedekah amal jariah kita mendapat ganjaran disisi Allah SWT.







En Mokhtar bersama anak OKU(mental) beliau 


keadaan bilik air 



plan tapak rumah yang akan dibina
 




di kedai hardware di pekan Tapah




inilah tapak rumah mereka yang akan dibina




tandas dan bilik air yang sedang dibina
 






gambar binaan setakat hari ini 26/2/2020

No comments: