Monday, June 5, 2017

BANTUAN PRA RAMADHAN DAN IFTAR RAMADHAN 2017/1438H

Alhamdulillah bantuan pra ramadhan telah diagihkan kepada asnaf di PPRT Lembah Subang Petaling Jaya, PPRT Kg Sangkut dan Kg Sg Simpol Ijok Perak pada 20/5/2017. Seramai 35 keluarga dari golongan fakir miskin telah menerima bantuan ie. beras,minyak masak,gula,tepung,dll. juga buah kurma sempena bulan Ramdhan peruntukan Rm100 setiap keluarga.
Bagi pihak penduduk kampung, jutaan terima kasih diucapkan semoga semua para penyumbang diberkati Allah SWT dan semoga dilimpahkan dengan rezeki yg halal lagi diberkati.


sumbangan zakat kepada warga emas (asnaf) Ijok Perak

Cikgu Jan wakil Lenggong menerima sumbangan kurma

sumbangan kain pelikat untuk Imam2 Masjid Kg Temerlong 

sumbangan zakat 

buah kurma yang akan diagihkan kepada penduduk miskin




barang keperluan dapur untuk 35 keluarga di PPRT Ijok













bantuan utk mualaf di Masjid Ara Damansara

bantuan utk ibu tunggal PPRT Lembah Subang

asnaf PPRT Lembah Subang



Alhamdulillah pada 2/6/2017 bersamaan 7 Ramdhan pihak Dima Nasi Arab Ara Damansara telah menyumbangkan  nasi Arab kepada 130 orang (iftar ramadhan) sumbangan dihantar ke  Lenggong, PPRT Kg Sangkut, Surau Al Falah Kg Sg Simpol dan di beberapa surau kampung disekitar Ijok Perak. Bagi pihak penduduk kampung  jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang, semoga diberkati Allah SWT dan dimurahkan rezeki, mudah-mudahan perniagaan bertambah maju. Ameen..





kurma diserahkan kepada Imam Masjid Kg Sumpitan Lenggong







Nasi Arab Dima juga diserahkan kepada Imam Masjid Kg Sumpitan
sebagai juadah ajk berbuka puasa 

Masjid Kg Sumpitan Lenggong 






















untuk warga emas yg tinggal bersama suami yg telah uzur
di Kg Sg Simpol

Nasi Arab untuk penduduk  di Kg Sg Simpol

Surau Al Falah Kg Sg Simpol




berbuka bersama orang2 kampung di surau Al Falah
Kg Sg Simpol Ijok Perak





orang2 kampung PPRT Kg Sangkut Ijok Perak berbuka dengan juadah
sumbangan Restoran Dima Nasi Arab





Monday, January 30, 2017

Bantuan untuk Adik Syahir Iqbal

Adik Muhammad Syahir Iqbal bin Shiful Bahri, berumur 16 tahun tapi keadaan tubuh badan saperti 10 tahun. Adik Syahir mengidap penyakit buah pinggang (dlm Msia hanya 2 org pesakit mengidap penyakir sebegini) yang perlu dialysis air (dilakukan dirumah). Sebelum ini adik Syahir bersekolah tetapi terpaksa berhenti kerana beliau cepat terasa kepenatan dan perlu berehat. Tulang-tulangnya rapuh dan mudah patah.
Bapanya terpaksa berhenti kerja dan sekarang berniaga kecilan di gerai Flat Damansara  Damai, manakala ibunya juga terpaksa berhenti kerja beri tumpuan kepada kesihatan dan penjagaan adik Syahir.

Jika ada yang sudi membantu bolehlah pm admin. bantuan barangan dapur untuk setiap bulan kepada keluarga adik Syahir. Semoga Allah swt memberi kekuatan dan kesabaran kepada kedua ibubapa beliau dan semoga adik Syahir sembuh dan dapat kembali ke sekolah saperti remaja-remaja lain inshaAllah.



Adik Syahir  semasa menerima bantuan
 di Masjid Damansara Damai



gambar bersama ibu bapa adik syahir dan
 Almarhumah Puan Aishah Ketua Muslimat Masjid  (berdiri)






keadaan adik Syahir sekarang sewaktu lawatan
dan bantuan pada 27jan17  lepas






lawatan bersama Ketua dan Ajk muslimat masjid dmasara damai