InsyaAllah majlis jamuan raya bersama penduduk Kg Memali akan diadakan pada 24/9/2011 (Sabtu). Tujuan majlis diadakan pertama sekali niat kerana Allah dan keduanya kita di bandar pada musim perayaan saperti ini pada setiap hujung minggu akan ada jemputan ke rumah terbuka tetapi tidak bagi orang-orang kampung mereka jarang atau tidak pernah merasa suasana begini oleh itu saya menyeru kepada semua yang membaca blog ini marilah kita sama-sama meraikan mereka dan dengan itu juga kita dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama insan tidak kira dimana mereka berada. Secara tidak langsung kita juga dapat menginfakkan sedikit dari harta kita ke jalan yang Allah redhai.
Setiap tahun kita meraikan saudara , sahabat handai, kawan sepejabat yang mana mereka ini kebanyakan nya pernah dan selalu merasai makanan yang kita hidangkan di majlis rumah terbuka kita sedangkan ada segolongan manusia yang kita lupa tidak pernah atau dapat menikmati apa yang kita nikmati di bandar.
Renung-renung dan fikir-fikirkan lah daripada kita berbelanja ribuan ringgit untuk mereka yang mampu lebih baik kita menghulurkan wang ringgit itu kepada mereka yang amat memerlukan dan seterusnya dapat mengembirakan mereka dengan majlis rumah terbuka ini.
Dengan itu saya memohon kepada semua yang melayari blog ini sudi-sudi lah menhulurkan sumbangan bagi majlis tersebut diatas. Budget yang diperlukan sebanyak Rm5k untuk seribu orang jemputan dari beberapa kampung yang berdekatan dengan Kg Memali. Saya juga berbesar hati menjemput tuan/puan yang ingin turut serta ke Kg Memali agar kita sama-sama dapat meraikan mereka.
Kepada yang sudi menghulurkan sumbangan dan turut serta sila hubungi saya secepat mungkin.
Semoga kita mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.
------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah misi bantuan Syawal 2011 telah diagihkan kepada tiga kampung iaitu Kg Raja Basah Kuala Kurau, Kg Chepo dan Kg Temelung Lenggong. keseluruhannya seramai 100 keluarga telah mendapat bantuan sebanyak Rm100 p/family dalam bentuk barangan dapur, kuih raya, telekong, kain batik / pelikat dll juga duit raya untuk kanak-kanak.
Kami bertolak dari KL selepas subuh pada 27/8/2011 dimana pada hari tersebut ramai penduduk bandar mula pulang ke kampung sempena hari raya. Kami sampai di Kuala Kurau jam 11.00 pagi dan majlis penyampaian berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Kami terus bergerak
ke Kg Chepo Lenggong sampai jam 2.45ptg, setelah selesai agihan disana kami terus ke Kg Temelung dan berbuka di masjid bersama
penduduk kampung. Selepas solat maghrib kami bertolak dari Kg Temelung dan sampai di KL jam 2.00pagi.
|
kanak-kanak di Kg Chepo menerima duit raya |
|
bergambar bersama penduduk yang
menerima bantuan di Kg Chepo |
|
seorang pelajar yang menuntut di Mesir
dari Kg Temelung menerima bantuan |
|
salah seorang penduduk miskin dari
Kg Temelung menerima bantuan |
|
Imam masjid Kg Temelung Lenggong |
|
buka puasa bersama penduduk
di Masjid Warisan Kg Temelung |
|
wakil Lenggong Cikgu Jan berdiri di tengah |
|
bantuan untuk penduduk miskin
di Kuala Kurau |
|
penduduk dari Kg Raja Basah Kuala Kurau |
|
Pengerusi Surau sedang menyampaikan
bantuan kepada salah seorang penduduk |
|
kanak-kanak dari Kg Raja Basah
Kuala Kurau beratur menerima
duit raya |
|
selepas masjlis penduduk sedang
memilih baju terpakai yang dibawa oleh hamba Allah
dari Pulau Pinang |
|
penduduk Kg Raja Basah sedang memilih
pakaian terpakai yang dihantar kesini |
|
baju terpakai dari KL yang kami bawa
dihantar ke Masjid Kg Tok Ngah Kuala Kurau |
|
ibu tunggal dari Kg Subang yang
menerima duit raya dari TS Group |
|
penduduk Kg Chepo |
|
bantuan untuk penduduk Kg Chepo
Lenggong |