Tuesday, September 6, 2011

Bantuan Pembinaan Rumah Anak Yatim dan Mahaad Tahfiz


bangunan tambahan dalam pembinaan
Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih / Rumah Penyayang Hembusan Kasturi terletak di Kapar Klang. Mereka mempunyai seramai 70 orang anak-anak yatim, sebahagian daripada mereka (lelaki) tinggal di Meru, kerana keadaan tempat (rumah) yang agak sempit jadi buat sementara waktu mereka tinggal di Meru. Saya dan rakan-rakan telah melawat rumah anak yatim tersebut pada bulan Ramdhan yang lepas dan bertemu dengan Pengetua Puan Hjh Mariam. Beliau memohon bantuan jika ada individu atau syarikat yang sudi membantu dan meyiapkan banguna yang masih didalam pembinaan. Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi saya atau Puan Hjh Mariam nombor Hp beliau 013-2749573.       

bahagian hadapan rumah yang sedia ada

kontena dijadikan pejabat

anak-anak yatim sedang belajar

sedikit bantuan untuk mereka

di pejabat bersama Puan Mariam 










------------------------------------------------------------------
Manakala Maahad Tahfiz An Nur pula mereka juga memerlukan bantuan saperti wang ringgit, pasir, batu bata, simen, besi dll. keperluan untuk pembinaan bangunan mereka yang terbengkalai buat masa ini. Pihak Maahad tidak mampu meneruskan pembinaan kerana kontraktor menuntut wang sebanyak RM20k setiap bulan. (detail maahad ini sila lihat tajuk sebelah kanan diatas) 
Saya syorkan sekiranya ada individu atau syarikat yang prihatin (dengan izin Allah) kita membantu secara memberi barangan yang diperlukan dan kepada kontraktor nya pihak pengurusan Maahad hanya membayar upahnya sahaja. Atau tuan/puan boleh beri sumbangan untuk pembinaan bangunan Maahad Tahfiz An Nur sebanyak  RM30 sekaki persegi. Tuan/puan juga boleh menghubungi Ust Rafi saperti nombor yang tertera dibawah untuk keterangan lanjut.
Semoga apa yang kita usahakan ini walaupun sedikit insyaAllah ganjaran yang besar disisi Allah SWT. 
rumah yang diduduki sekarang (sewa)


sebahagian pelajar lelaki

bangunan yang terbengkalai

cuma surau sahaja yang dapat disiapkan

nombor Pengetua Tahfiz

No comments: