Sunday, March 20, 2011

Misi Baling 2

Apabila kami melawat rumah-rumah (saperti gambar bawah) perasaan serba salah kerana kami tidak dapat menolong lebih dari apa yang kami bawa pada hari itu. InsyaAllah jika ada dana yang masih diterima untuk misi ini kami akan kembali kesana untuk membantu apa jua yang dapat diberikan jika pemberian itu dapat meringankan beban mereka. Masih ramai orang-orang kaya di bandar yang tidak tahu akan keadaan sebenar di pendalaman betapa ramai orang-orang kampung yang hidup didalam kedaifan. Kebanyakan wang zakat mereka diserahkan kepada Pusat Zakat kerana mereka lebih percaya kepada Pusat tersebut tetapi entah kemana wang-wang tersebut dibelanjakan, jika mereka mengagihkan dengan betul kami tidak akan bertemu dengan penduduk yang daif begini. Salah sebuah rumah yang kami lawati, peti ais nya sudah lapuk tidak dapat digunakan lagi, terdetik dihati untuk memberi peti ais baru tetapi kata Cikgu Non (wakil di Baling) mereka tidak akan mampu untuk membayar bil letrik lebih baik mereka dalam keadaan sedia ada. Manakala rumah yang satu lagi akan melangsungkan perkahwinan anak gadis mereka tetapi lihat bagaimana keadaan rumah mereka di kala saat begitu memang tidak dapat digambarkan didalam fikiran kita pada hari perkahwinan itu diadakan. Cuma beras fidyah sebanyak 4 kampit (10kg) dapat diberikan bagi meringankan beban ahli keluarga tersebut. Saya menyeru kepada semua yang membuka blog ini lihatlah betapa ramai orang-orang di pendalaman di kampung-kampung yang masih susah yang memerlukan bantuan kita semua. Jangan kita menunding jari ke arah sesiapa, tanyalah diri kita sendiri apa yang dapat kita buat untuk menolong mereka. Renungi beberapa Hadis petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin dalam Bab Bersedekah dan bacalah seterunya didalam kitab tersebut. Rasulullah SAW bersabda :- "Ditanya sedekah yang manakah yang lebih utama? jawabnya : Yang terbanyak, kamu tidak akan dapat mencapai bakti yang benar-benar sehingga mengorbankan apa yang kamu suka. Ditanya jika tidak mempunyai? Dijawab : Kelebihan harta. Ditanya jika tidak mempunyai? jawabnya : kelebihan makanan, Ditanya jika tidak mempunyai? jawabnya : Membantu dengan kekuatan tenaganya, ditanya jika tidak dapat? jawabnya : Menjaga diri dari api neraka walau dengan sedekah separuh dari sebiji kurma". "Tiada terbit matahari melainkan disampingnya ada dua malaikat yang berseru, Hai manusia segeralah kamu menuju kepada Tuhanmu, maka yang sedikit mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melupakan. Dua malaikat itu berseru : Ya Allah berikan kepada orang yang membelanjakan hartanya ganti, dan segerakan bagi orang yang kikir (bakhil) terhadap hartanya itu binasa". "Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari pergaulan manusia, dekat dari api neraka. Dan orang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat kepada syurga, dekat dari manusia, jauh dari api neraka". "Jika datang seseorang minta-minta maka jangan kamu putus permintaannya sehingga selesai permintaannya, kemudian kamu jawab dengan sopan dan lunak, dengan memberi sedikit atau penolakan yang baik, sebab adakalanya yang datang kepadamu itu bukan manusia dan bukan jin hanya sekadar menguji kamu, sebagaimana kamu berbuat terhadap nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepadamu". Rumah-rumah yang kami lawati dan menghantar bantuan kepada penghuni disini pada hari Ahad 6/3/11 (maaf gambar dan ayat tidak dapat disusun dengan baik) rumah sorang warga emas tinggal bersendirian ini juga seorang warga emas tinggal sendirian, anak-anak jarang menjenguk


Ungku Maziah dan Puan Elly


bergambar bersama ibu pengantin

keadaan dalam rumah Bilik pengantin yang masih tidak berkatil, tilam tersandar didinding




penghuni rumah ini akan mengahwinkan

anak perempuan pada 12/3/11 seminggu

dari tarikh kami berada disitu. lihat keadaan

rumah yang belum siap di plaster, tiada bantuan

untuk menyiapkan rumah tersebut segera



























barang untuk diagihkan pada 4 rumah yang

akan dilawati sebelum menghantar bantuan












kami berehat sebentar di kolam

air panas Leggong pada pagi Ahad


Thursday, March 10, 2011

Misi Bantuan Baling Mac 2011

Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah SWT dengan izinNya kami telah dapat menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk miskin sekitar Baling Kedah (nama-nama kampung sila lihat artikel sebelum ini).
Seramai 50 keluarga telah dipilih bagi menerima sumbangan berupa makanan harian saperti beras, gula, susu, tepung dll. peruntukan RM100 per family. Antara penduduk yang menerima bantuan 34 terdiri dari keluarga miskin dan 16 terdiri dari ibu tunggal.
Majlis penyampaian diadakan di Kg Becah Sawa pada 5 Mac 2011 jam 4.00ptg. Pada petang tersebut seramai 42 keluarga menerima bantuan, manakala 8 keluarga lagi sumbangan mereka di hantar terus ke rumah-rumah.
Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka hati para dermawan walau dimana jua mereka berada didalam dan luar negara. Diantara mereka dan kami yang menjalankan amanah ini tidak ada yang mengenali diantara satu sama lain tetapi dengan kuasaNya Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah kami dapat mengumpul sedikit dana bagi tujuan misi bantuan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua dermawan, semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNya dengan amal jariah yang kalian buat selama ini. Kami mendoakan agar kalian sentiasa diberkati dan dirahmati.

Sedikit rentetan perjalanan kami : -

Rombongan kami seramai 18 orang termasuk kanak-kanak. Barang-barang dibawa dengan kenderaan pacuan 4x4 (2 Triton & 1 Hilux). Tunku Maziah dan Puan Win serta 3 anak-anak beliau telah menyertai misi ini dengan membawa buku-buku dan baju. Sebuah lagi kereta iaitu Puan Elly dan suami serta anak-anak, yang membawa cup cakes untuk diagihkan kepada penduduk. Perjalanan kami dari KL bermula seawal 7.30am sampai di Kuala Kangsar jam 10.30am. Di Kuala Kangsar kami singgah di kilang IMP (industri produk Islam) untuk membeli Hot Chocolate(minuman saperti Milo) dan biskut untuk penduduk miskin.
Bertolak ke Baling jam 11.30am berhenti rehat (lunch) di Pengkalan Hulu dan tiba di Baling jam 2.00ptg.
Selepas solat kami terus ke tempat majlis diadakan di Kg Becah Sawa tidak jauh dari tempat penginapan kami (about 5 mins drive from Leggong Hot Spring Resort).
Setelah selesai kami dijamu dengan minuman petang, kami terus menghantar barang ke 2 buah rumah sekitar Kg Becah Sawa kemudian kami terus ke Sik (perjalanan 30 min) juga menghantar barang kepada seorang ibu tunggal bersama 3 orang anaknya yang menumpang dengan bapanya setelah kematian suami dalam kemalangan jalan raya 2 bulan yang lalu.
Keesokan hari kami telah melawat dan menghantar barang ke 4 buah rumah penduduk kampung daif 2 daripadanya warga emas tinggal bersendirian. Lagi gambar-gambar sila buka post Misi Baling 2.























rumah yang belum siap
untuk seorang ibu tunggal
yang baru kematian suami

Ibu tunggal tersebut
mempunyai 3 orang anak





ibu tunggal tersebut sekarang
ini menumpang dirumah
bapanya













seorang warga emas yang
mendapat bantuan tinggal
bersama anaknya yang juga
didalam kategori fakir miskin




























































sebelum bantuan diberi
kami telah menjamu para
penduduk yang hadir dengan
sedikit jamuan ringan



























penduduk yang hadir sedang
menunggu sementara barang2
baru diturunkan dari
kenderaan




















minum petang dirumah
cikgu Khutub setelah mengagihkan
bantuan kepada 42 keluarga
misi selepas minum petang
melawat dan menghantar
bantuan kepada 3 keluarga




makan malam di rumah
cikgu Khutub








berhenti rehat dan lunch
di Pengkalan Hulu































































Saturday, February 19, 2011

Misi Bantuan ke Baling

Assalammualaikum,

Insya-Allah Sanggar Suri & Al-Jauhar akan menganjurkan Misi Bantuan & Ziarah ke perkampungan2 miskin di sekitar Baling, Kedah. Kami amat mengalu-alukan kesudian sahabat2 untuk membantu dan ikut serta turun padang dan melihat sendiri kesusahan yang mereka alami. Kami syorkan supaya anak-anak kita juga dapat bersama-sama dalam misi ini supaya mereka dapat melihat sendiri keadaan disana bagaimana kehidupan budak-budak di kampung berbanding anak-anak kita yang serba kemewahan. Ini juga adalah sebahagian dari pendidikan yang perlu kita tonjolkan kepada anak-anak kita supaya mereka merasa insaf.


TARIKH: 5-6 MAC (Sabtu-Ahad)
TEMPAT ZIARAH:
Kg Memali, Kg Bogor, Kg Becah Sawah, Kg Charok Putih Baling Kedah.
TEMPAT PENGINAPAN: Chalet Resort Air Panas Leggong, Baling, Kedah

Tentantif program:

SABTU 5 Mac 2011
8.00 pg berkumpul di Petronas,Rawang
8.30 pg bertolak ke Baling
1.00 ptg teruskan perjalanan, solat & makan tengahari
2.00 ptg insyaAllah sampai di Baling - daftar masuk Chalet Resort Air Panas - rehat
4.30 ptg penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung
6.00ptg jamuan ringan
7.30ptg solat maghrib makan malam - rehat & aktiviti bebas-(rawatan/mandi kolam air panas dll)

AHAD 6 Mac 2011
9.00pg Program Ziarah ke beberapa buah rumah penduduk daif miskin
10.00pg lawatan ke perkuburan as-syahid Ust Ibrahim Libya
2.30ptg bertolak balik ke KL - (kalau ada masa) singgah Betong sempadan Thailand duty free shop

Reminder : Kepada sesiapa yang sudi menyertai sila pastikan berada ditempat saperti diatas tepat pada waktunya. "Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran". (surah Al-Asr)

Untuk sumbangan:

Maybank 112080512445 Siti Fadzilah Abdul Manap

Untuk maklumat lanjut dan confirmation untuk sertai sila ctc :

Pn Siti 019-2224474
sitifrahim@yahoo.com

Elly (Eksekutifsuri) 012-3614014
eksekutifsuri@yahoo.com.my

Semoga Allah Memberkati Usaha & Rezeki kita..amin..

Terima kasih