Friday, October 7, 2011

Bantuan Sek Keb PPRT Lembah Subang

 Pengetua Sekolah Kebangsaan PPRT Lembah Subang mohon bantuan dari mana-mana pihak yang sudi memberi sedikit sumbangan untuk menggantikan carpet di surau pelajar yang telah digunakan semenjak sekolah dibuka 7 tahun lepas.
Pengetua tersebut telah beberapa kali memohon dari orang ramai dan dari pihak PIBG tetapi sehingga kini masih tidak ada yang sudi membantu. Sekolah ini menempatkan ramai pelajar miskin yang keluarga mereka tinggal di flat PPRT berhampiran. Kepada tuan/puan yang sudi membantu mereka boleh hubungi saya segera. Anggaran budget Rm5k. (sila rujuk artikel bantuan carpet Kg Temelung di Lenggong Perak tahun 2010)
Semoga amal jariah kita akan bersama kita setelah kita meninggalkan dunia yang fana ini.   

carpet yang perlu diganti, walaupun kelihatan cantik dalam gambar
tetapi tidak



Tuesday, October 4, 2011

Jamuan Bersama Penduduk Kg Chepo

 





pemandangan diatas jambatan
menuju Kg Chepo
  Alhamdulillah jamuan bersama fakir miskin dari Kg Chepo, Luat, Bkt Sapi telah diadakan pada 2/10/2011 bertempat di Surau Bkt Belapik Chepo Lenggong. Sebenarnya jamuan ini bagi meraikan penduduk kampung dalam bulan Syawal tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami tidak dapat kesana pada bulan syawal maka ianya dibuat dalam bulan Zulkaedah.
Syukur kepada Allah SWT dengan izinNya kami dapat meraikan penduduk kampung. Kepada semua Hamba Allah yang telah menyumbang saya sebagai pengasas blog ini mengucapkan syukran jazilan semoga Allah SWT membalas jasa baik semua yang terlibat dalam Misi Bantuan ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Cik Uji dari Lembah Keramat diatas sumbangan beliau 250 cup cakes yang beliau buat sendiri dengan hajat supaya dapat diberi pada kanak-kanak disana. Sumbangan hamper juga diberi pada keluarga miskin yang mempunyai anak ramai, semoga dapat memberi keceriaan kepada mereka dengan sumbangan yang tidak seberapa.
Bantuan juga telah disampaikan pada 7 orang balu tentera yang tinggal di Taiping, saya telah mewakilkan En Saidi wakil dari Kg Chepo untuk menyampaikan sumbangan tersebut (gambar-gambar akan diupload later, insyaAllah saya akan lawati mereka dalam waktu terdekat).
Semoga kita semua mendapat rahmat dan diberkati
Allah SWT.   
   
jambatan merintangi sungai Perak
 
penduduk bergotong royong memasak

muslimin sedang memotong daging lembu

surau Bkt Belapik tempat jamuan
diadakan

kanak-kanak beratur mengambil cup
kek sumbangan Cik Uji dari Lembah
Keramat

nasyid dari kanak-kanak Kg Chepo

para jemputan


sumbangan untuk penduduk

muslimat gotong royong basuh pinggan

sup tulang

salah seorang muelimat menerima sumbangan


Add caption


Add caption


Add caption


Add caption

warga emas yang uzur sedang makan
hidangan yang dihantar kerumah mereka

sumbangan untuk 2 warga emas yang uzur



sumbangan diserahkan kepada wakil Kg Chepo
untuk diserahkan kepada 7 balu tentera di Taiping