Tuesday, September 23, 2025

BANTUAN AIDIL ADHA 1446H

 Alhamdulillah bantuan Aidil Adha 1446H telah diagihkan kepada asnaf-asnaf bertempat di Surau Ismail Kharofa Taman Berembang Port Klang pada 4 June 2025. Seramai 20 keluarga bersama kanak-kanak telah menerima bantuan pelbagai barangan sempena Hari Raya Aidil Adha. Jutaan terima kasih kepada penderma-penderma yang telah memberi bantuan kepada penduduk disini.

Manakala pada 7 June 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446H bertempat di Kg Sangkut Ijok Perak telah diadakan penyembelihan lembu Qurban untuk diagihkan kepada orang-orang kampung golongan fakir miskin di kampung tersebut dan juga agihan kepada penduduk kampung berdekatan. Jutaan terima kasih kepada penderma dari Shah Alam yang sudi memberi seekor lembu untuk di korban kan sempena Aidil Adha di kampung yang tidak mendapat sumbangan lembu dari mana-mana pihak disana. 






















melawat rumah asnaf yang didiami seramai lebih 8 keluarga
bersama anak-anak mereka









































Gambar dibawah adalah bantuan beras fidyah kepada 30 keluarga asnaf di Kg Sangkut juga, kampung ini mempunyai seramai 30 keluarga yang daif yang sering menerima bantuan dari pihak Badan Amal ini. Didoakan semoga individu (arwah) yang telah memfidyahkan puasa nya ini mendapat ganjaran pahala yang besar dan diampunkan segala dosa-dosa nya. Aamiin YRA

     

     

    

   

No comments: