Friday, June 5, 2020

BANTUAN COVID RAYA

Alhamdulillah bantuan covid sempena Hari Raya Aidil Fitri pada 22/5/2020 Jumaat iaitu petang raya telah diagihkan kepada asnaf-asnaf di Kg Sangkut PPRT (30 keluarga), Kg Carak Salak (15 keluarga), Klien Gunung (15 keluarga) , Jelai dan Bukit Kulim (2  keluarga), Kg Sg Simpol (10 keluarga) semua kampung2 tersebut di Ijok Perak , manakala 10 keluarga dari Kg Temerlong Lenggong Perak dan 15 keluarga dari Flat PPRT Lembah Subang PJ juga 1 keluarga yg tinggal di Flat Sek13 Subang Jaya.
Mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para dermawan yang sudi membantu meringankan bebanan diwaktu covid19 ini.  Mereka juga mendoakan semoga semua yang menghulurkan sumbangan berada dalam kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi umur yang panjang dan semoga diberkati Allah swt.

Bagi pihak Badan Amal Al Jauhar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana diberi kepercayaan mengendalikan program-program bantuan kepada asnaf-asnaf selama ini. Semoga kita semua sentiasa berada didalam rahmat NYA.
























































Gambar diatas bantuan untuk Kg Sangkut PPRT , Klien Gunung, Kg Carak Salak, Jelai dan Bukit Kulim. Manakala gmbar dibawah bantuan Kg Sg Simpol , Kg Temerlong Lenggong dan PPRT Lembah Subang. Wakil di Ijok iaitu Puan Nor dari Kg Sangkut telah membantu mengagihkan kepada penduduk di kampung2 tersebut.










gambar atas bantuan Kg Sg Simpol










Gambar atas bantuan penduduk di Kg Temerlong Lenggong di rumah Cikgu Jan wakil di Lenggong








bantuan untuk asnaf PPRT Lembah Subangsitifrahim@yahoo.com

No comments: