Monday, June 23, 2014

PERASMIAN SURAU NURUL FALAH KG SG SIMPOL IJOK PERAK

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt dengan limpah rahmatNYA maka terbinalah sebuah surau yang lebih selesa untuk penduduk Kg Sg Simpol Ijok Perak.
Surau ini yg dibina diatas tapak asal yang telah berusia 70 tahun, dengan keluasan 1800 kps mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkannya oleh Pengerusi Surau itu sendiri bersama 3 orang pekerja beliau.
Majlis perasmian/kesyukuran telah diadakan pada 21/06/2014 dengan kehadiran tetamu terhormat dari Badan Kebajikan Telekom Bangsar (BAKIT) selaku YDP  iaitu  Dato Bazlan Osman yang diberi penghormatan untuk merasmikan surau ini. Dana terbanyak dari kakitangan TM dan selebihnya dari individu2 didalam dan luar negara. 
 Majlis ini meraikan 30 keluarga miskin dan 12 orang anak-anak yatim yang mana mereka menerima sumbangan zakat dan kurma.
Kepada semua penderma yang telah memberi kerjasama bagi membina surau ini (dalam bentuk kewangan) JazakAllahu Khairan Kathiran diucapkan semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNYA untuk dunia dan akhirat kalian.
Semoga dengan sedekah ini Allah SWT memberi umur yang panjang dengan kesihatan yang baik dan rezeki halal lagi diberkati kepada semua penyumbang yang budiman.
InshaAllah jika diberi kesempatan lagi sebegini sama-samalah kita menginfakkan harta dan tenaga kita untuk meraih saham akhirat.  
bergambar bersama 30 keluarga penerima bantuan
ucapan  Pengerusi Surau

ucapan dan perasmian oleh YDP BAKIT TM 
penyerahan sumbangan

penyerahan sumbangan zakat 
penyerahan kunci (simbolik) kepada Pengerusi Surau oleh
YDP BAKIT HELWA TM

tandatangan diatas plak perasmian


sijil penghargaan dari pihak surau kepada YDP BAKIT


sijil penghargaan kepada Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar
dari pihak surau


santapan  tengahari bersama penduduk kampung








telekung, kain pelikat/batik dan kurma





gotong royong penyedian jamuan 



No comments: