Monday, December 1, 2014

RUMAH ANAK-ANAK YATIM UMMU SALAMAH GRIK

 Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar bersama group veteran bekas pelajar dari  Menengah Clifford Kuala Kangsar telah sama-sama melawat dan menghantar bantuan (makanan/wang) ke rumah Anak-anak Yatim Ummu Salamah Kg Air Panas Grik Perak pada 30/11/2014.
Alhamdulillah bantuan telah disampaikan kepada Pengetua asrama Puan Salmah. Seramai 30 orang anak yatim tinggal disini.
Mereka masih memerlukan dana untuk menyiapkan bangunan 2 tingkat yang akan dijadikan surau/library/study room untuk anak-anak yatim disini,  anggaran budget sebanyak RM120k. Kepada yang sudi menginfak didalam pembinaan ini sila contact admin.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penderma dan sahabat-sahabat yang turut serta dalam misi ini semoga diberkati Allah SWT.


































asrama anak yatim perempuan

bilik air perempuan yang perlu dibaiki

bangunan 2 tingkat yang belum siap yang akan menempatkan
surau/library/study room 



asrama anak yatim lelaki


sarapan pagi di Kuala Kangsar sebelum bertolak ke Grik

Monday, June 23, 2014

PERASMIAN SURAU NURUL FALAH KG SG SIMPOL IJOK PERAK

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt dengan limpah rahmatNYA maka terbinalah sebuah surau yang lebih selesa untuk penduduk Kg Sg Simpol Ijok Perak.
Surau ini yg dibina diatas tapak asal yang telah berusia 70 tahun, dengan keluasan 1800 kps mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkannya oleh Pengerusi Surau itu sendiri bersama 3 orang pekerja beliau.
Majlis perasmian/kesyukuran telah diadakan pada 21/06/2014 dengan kehadiran tetamu terhormat dari Badan Kebajikan Telekom Bangsar (BAKIT) selaku YDP  iaitu  Dato Bazlan Osman yang diberi penghormatan untuk merasmikan surau ini. Dana terbanyak dari kakitangan TM dan selebihnya dari individu2 didalam dan luar negara. 
 Majlis ini meraikan 30 keluarga miskin dan 12 orang anak-anak yatim yang mana mereka menerima sumbangan zakat dan kurma.
Kepada semua penderma yang telah memberi kerjasama bagi membina surau ini (dalam bentuk kewangan) JazakAllahu Khairan Kathiran diucapkan semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNYA untuk dunia dan akhirat kalian.
Semoga dengan sedekah ini Allah SWT memberi umur yang panjang dengan kesihatan yang baik dan rezeki halal lagi diberkati kepada semua penyumbang yang budiman.
InshaAllah jika diberi kesempatan lagi sebegini sama-samalah kita menginfakkan harta dan tenaga kita untuk meraih saham akhirat.  
bergambar bersama 30 keluarga penerima bantuan
ucapan  Pengerusi Surau

ucapan dan perasmian oleh YDP BAKIT TM 
penyerahan sumbangan

penyerahan sumbangan zakat 
penyerahan kunci (simbolik) kepada Pengerusi Surau oleh
YDP BAKIT HELWA TM

tandatangan diatas plak perasmian


sijil penghargaan dari pihak surau kepada YDP BAKIT


sijil penghargaan kepada Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar
dari pihak surau


santapan  tengahari bersama penduduk kampung








telekung, kain pelikat/batik dan kurma





gotong royong penyedian jamuan 



Monday, March 24, 2014

Pembinaan Surau Nurul Falah

Alhamdulillah setakat hari ini 21/3/2014 pembinaan surau telah pun siap hampir 70% hanya tinggal finishing nya sahaja saperti plaster, plaster ceiling, sliding door, fan, pasang tiles dan awning.
Jika tuan/puan ingin menginfak untuk kerja2 tersebut bolehlah bank in terus ke akaun Badan Amal ini saperti tertera diatas. Anggaran dana yg masih diperlukan sebanyak 20k. Setakat ini perbelanjaan hampir 80k hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk menyiapkan bangunan surau ini.
gambar-gambar pembinaan surau ini saperti dibawah :-

Alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah SWT Surau Nurul Falah di Kg Sg Simpol Ijok Perak telah pun siap dan penduduk boleh mula solat disini. InshaAllah pada 21/06/2014 akan diadakan majlis kesyukuran dan perasmian juga sambutan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak. (semua dijemput hadir sila ctc admin utk aturcara majlis).
Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menginfak sedikit dari rezeki kurniaan Allah SWT sebagai tanda kesyukuran kepadaNYA bagi membina surau ini. Semoga Allah SWT kurniakan kepada semua yang terlibat keberkatan dan kerahmatan didalam hidup kalian didunia dan akhirat dan semoga pahala sedekah ini akan mengalir ketika mana kita di alam barzakh nanti. Ameen Ya Rabbal Alameen.
















tempat wudhu muslimat

ruang luar










tazkirah selepas solat maghrib



solat Isyak 





minuman ringan selepas mesyuarat




































                                                           tiles dari kilang di kota damansara
                                                           dihantr ke Ijok Perak


                                                   surau sementara untuk pekerja
                                                          ukur keluasan tanah sebelum pembinaan
                                                            bermula



                                           kerja-kerja meroboh surau










                                                 gambar asal surau
                                                             kolah wuduk

















                                               tandas siap dibina sebelum Ramadhan 1434H/2013