|
rumah yang akan diduduki oleh keluarga
mualaf sebelum dibaiki |
Gambar-gambar keadaan rumah yang akan didiami sebuah keluarga mualaf yang tinggal di Kg Chepo Lenggong Perak. Beliau Mohd Danial Thor bin Abdullah buat masa ini masih menumpang dirumah mertua bersama isteri Mahfuzah dan 3 orang anak antara 3-8 tahun. Beliau berhasrat untuk berdikari bersama isteri dan anak-anak tinggal disebuah rumah berasingan. Ada sebuah rumah yang telah ditinggal lama di belakang rumah mertua beliau akan disewakan dengan kadar sewa RM50 sebulan, maka beliau terus bersetuju untuk tinggal dirumah tersebut dengan isteri dan anak-anak. Tetapi keadaan rumah tersebut perlu banyak wang untuk dibaiki, dengan gajinya hanya beberapa ratus ringgit sebulan maka beliau batalkan sementara hasrat beliau sehinggalah beliau didatangi dengan bantuan Allah SWT. Syukur Alhamdulillah setakat ini kerja-kerja baik pulih rumah tersebut sedang dijalankan. Gambar seterusnya akan disiarkan kelak InsyaAllah......
|
selepas dibaiki dijadikan bilik air & tandas |
|
kelihatan papan yang reput perlu diganti |
|
semasa menerima bantuan Back 2 School
Dec 2011 yang lepas |
|
wiring sedang dipasang |
|
bilik air yang belum diplaster |
|
tandas bersebelahan dengan bilik air |
|
disinilah ruang tamu, bilik tidur dan sebelahnya
adalah dapur |
|
seorang sukarelawan sedang menunjuk tempat
dimana lampu dan wiring dibilik air akan dipasang |
|
ruang yang akan disekat dengan plywood
akan dijadikan bilik tidur |
|
bersama keluarga Mohd Danial Thor |
|
bersama sukarelawan yang budiman (sebahagian)
yang sama-sama bergotong royong
membaiki rumah ini |
|
dikedai perabot membeli barang
keperluan seisi keluarga |
|
dikedai hardware |
|
mereka yang sama-sama prihatin berbincang
bagi menyiapkan rumah ini |
|
wakil dari Kg Chepo Encik Saidi yang banyak
membantu dan memudahkan kami di Lenggong |
|
sebesar inilah ruang yang akan didiami
oleh 5 beranak ini nanti |
<>
>
>>
| <><>
>>
kawasan ini telah dijadikan bilik air & tandas
untuk keluarga ini |