Saturday, December 24, 2011

Back 2 School 2012 ke Parit Buntar

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT misi bantuan untuk pelajar-pelajar miskin dari Parit Buntar telah disampaikan pada 23/12/11 bertempat di kedai membeli belah Hari-Hari. Seramai 38 pelajar telah menerima bantuan berupa baju, kasut, beg, stoking, tudung dan alat-alat tulis persekolahan.
Tuan Hj Hamdan wakil dari Parit Buntar

pelajar sedang memilih tudung

pelajar ini bersama ibunya sedang memilih baju







bayaran di kaunter


bergambar beramai dihadapan pusat membeli belah
Hari-Hari








agihan beg dan alat tulis dihadapan kedai Hari-Hari

Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang budiman yang telah menginfakkan sedikit dari pendapatan/harta  mereka ke jalan Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNya dan semoga hidup kalian sekeluarga diberkati dan dirahmati. 
kedua-dua kanak-kanak ini ceria setelah mendapat
bantuan yang mana nama mereka tidak tersenarai
dalam list pada awalnya

InsyaAllah program misi bantuan ini akan diteruskan pada tahun -tahun berikutnya selagi mana Allah memberi kesempatan kepada kita untuk melakukan amal jariah sebegini. Pada misi kali ini kita hanya mampu memilih 2 pelajar dalam setiap keluarga walaupun masih ada adik beradik yang tidak terpilih menerima bantuan, ini kerana dana tidak mencukupi. InsyaAllah pada tahun akan datang peruntukan akan diberi kepada semua adik beradik didalam setiap keluarga agar tidak ada adik atau abang atau kakak yang hanya melihat salah seorang dari mereka sahaja yang menerima bantuan. Sedih melihat adik beradik yang tidak terpilih.

Sunday, December 18, 2011

Misi Bantuan Back 2 School 2012


setelah selesai, kami dijemput ke kenduri kahwin
staf dari TM yang berasal dari Kg
Temelung Lenggong
Alhamdulillah Misi Bantuan Back 2 School 2012 telah berjalan dengan lancar pada 15-16 Dec lepas. Misi kali ini dengan kerjasama dari Persatuan Kebajikan TM (BAKIT) berserta Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar. Bantuan telah disampaikan kepada  45 keluarga miskin di Baling Kedah dan 70 keluarga miskin di Lenggong Perak.
berehat sebentar di rumah Ust Zuhdi di Kg
Tanjung Pari Baling


dihadapan rumah ust zuhdi, penduduk kampung
menunggu untuk menerima bantuan (Baling)

Baling

Baling

Baling

Baling


rumah ini didiami oleh dua orang warga tua
gambar bawah (Baling)


bergambar bersama Puan Fauziah Pengurus Besar
Kedah

Baling

Baling

Baling

pakcik ini selesa tinggal dirumahnya
lihat gambar diatas keadaan dalam
rumah beliau

mualaf di Kg Ketenga Baling



sewaktu sumbangn ini diberi waktu sudah hampir maghrib

rumah ini baru disiapkan selepas dipukul ribut
tidak ada apa yang tinggal (Baling)
Seramai 110 pelajar dari kampung-kampung sekitar Lenggong iaitu dari Kg Chepo / Ulu Chepo / Bkt Sapi / Luat dan Temelung telah menerima bantuan berupa pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, tudung (bagi pelajar perempuan) bag dan alat-alat tulis. Selain itu sumbangan berupa wang juga diberi kepada setiap keluarga miskin disana oleh pihak TM. Saya bagi pihak semua penduduk kampung mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan TM yang sudi menyumbang juga kepada semua para dermawan yang sama-sama menyumbang untuk misi kali ini dengan ucapan JazakAllah Khairan Kathiran hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa baik tuan/puan sekelian.
Kg Temelung Lenggong


di Masjid Warisan Kg Temelung, kami di
hidangkan dengan buahan tempatan sebelum
berangkat pulang


carpet sejadah dihadiahkan untuk Imam Tahir Masjid
Warisan Kg Temelung

 
rumah En Jawahir yang perlu dibaiki segera
Kg Temelung Lenggong

dibahagian dapur rumah En Jawahir


Kg Banggol Belimbing Lenggong

Kg Banggol Belimbing Lenggong

Add caption



rumah ini akan diduduki oleh keluarga lelaki
mualaf (gambar bawah)

perlu dibaiki segera (kg chepo lenggong)

keadaan bilik air yang tidak berdinding
perlu bantuan segera

seorang mualaf sedang menerima bantuan

penyampaian sumbangan telah diadakan dirumah
penduduk di Kg Bkt Sapi


pelajar dari Kg Bkt Sapi beratur menunggu
giliran menerima bantuan


kg bkt sapi

kg bkt sapi


pelajar ini telah mendapat keputusan 5A dalam
UPSR baru-baru ini


kg chepo ulu

seorang warga tua yang sakit tidak dapat
berjalan, selain wang kami juga memberi pampers
untuk kegunaan beliau

kg chepo ulu