Wednesday, December 1, 2010

Misi Bantuan ' Back To School' 2011

InsyaAllah misi bantuan Back to School 2011 akan diadakan di beberapa kampung pendalaman yang ramai dengan penduduk fakir miskin yang berpendapatan dibawah RM1K. Saperti tahun tahun sebelum ini (sila rujuk artikel misi bantuan 2008/2009) bantuan kali ini akan disampaikan kepada pelajar-pelajar dari Kg Temelung Lenggong (30-40 orang) , Kg Sg Redang Ijok (80-90 orang) dan kawasan Kg Chepo Lenggong (20-30 orang), semua tempat ini terletak didalam negeri Perak. Manakala di Selangor kawasan Lembah Subang (30-40 orang)telah dipilih untuk menerima bantuan kali ini. Peruntukan budget setiap pelajar akan menerima 1set uniform sekolah, sepasang kasut sekolah, bag dan peralatan alat tulis anggaran RM120.

Kepada tuan puan yang sudi untuk menderma dan yang ingin membuat amal jariah sila hubungi ditalian 0192224474 atau boleh email ke sitifrahim@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Semoga sedekah jariah dan amal kebajikan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran dunia akhirat.

No comments: