Monday, August 22, 2011

Pelajar Tahfiz Buka Puasa




Alhamdulillah diatas sumbangan semua para penderma majlis berbuka puasa pelajar dari Maahad Tahfiz An-Nur dapat diadakan pada setiap hari bermula dari 12/8/2011 - 24/8/2011. Semua pelajar tersebut berbuka di restoran berdekatan dengan kediaman mereka di Subang Permai. Selain itu mereka juga dapat berbuka di Masjid Subang pada 20/8/2011 dan menerima sumbangan berupa duit raya dari seorang hamba Allah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang sudi memberi makan berbuka puasa kepada pelajar-pelajar ini. Ganjaran besar disisi Allah SWT bagi kalian semua insyaAllah.

Buka puasa di restoran
Buka puasa di Masjid Subang

Friday, August 19, 2011

bantuan baju dan sumbangan untuk fakir miskin


* sesiapa yang sudi menderma baju terpakai , silalah hubungi saya , saya berbesar hati menerimanya

Derma Darah Sebaik-Baik Sedekah

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : ” Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : ” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).
Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : ” Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah ; Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Luqlu Wal Marjan - Hadis 1447 )
Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?
Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya; “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.
mmc : Dermalah darah... Hari ini orang lain memerlukannya... esok lusa siapa tahu kita pula yang memerlukannya...
http://mmczone.multiply.com/reviews/item/277

KELEBIHAN MENDERMA disisi ALLAH TAALA

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (kebaikan) adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada tiap-tiap dahan itu (berbuah) seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261).


Wednesday, August 3, 2011

Misi Bantuan Ramadhan Perak n Selangor

Alhamdulillah bantuan untuk 17 orang ibu tunggal yang tinggal di sekitar Kg Melayu Subang dan Taman Subang Baru juga telah menerima bantuan sebelum anak bulan Ramadhan kelihatan iaitu pada petang 31/7/2011 (selepas Asar) bertempat di Surau Nurul Hidayah Taman Baru Subang.
Semoga misi bantuan saperti ini dapat diteruskan kepada semua yang layak menerima bantuan walaupun sedikit tetapi kita sama-sama dapat mengembirakan hati mereka, disisi Allah SWT ganjarannya besar (InsyaAllah).
Ucapan JazakAllah Khairan Kathiran kepada semua penyumbang yang telah sama-sama merealisasikan misi kali ini semoga setiap kita mendapat barakah dan sentiasa didalam rahmat Allah SWT.
InsyaAllah misi akan diteruskan seminggu sebelum Hari Raya dengan bantuan kain telekung, kain pelikat dan kuih raya, jika dana mencukupi duit raya juga akan diberi kepada fakir miskin di kampung-kampung.

















-----------------------------------------------
Pada 31/7/2011 (11.00 pagi) bertempat di Dewan Penduduk Blok D Lembah Subang Petaling Jaya seramai 25 keluarga telah menerima bantuan. Antara yang layak menerima bantuan mereka yang berpendapatan Rm1500 kebawah dengan tanggungan anak yang ramai, OKU, ibu tunggal dan ibu tinggal. Gambar sebahagian penerima saperti dibawah.



































---------------------------------------------------
Alhamdulillah sumbangan untuk penduduk KgTok Ngah Kuala Kurau Perak telah disampaikan pada 30/7/2011. Majlis telah diadakan dihalaman Surau Kg Tok Ngah. Seramai 40 keluarga kesemuanya yang telah menerima bantuan. Gambar-gambar sebahagian penerima bantuan saperti dibawah.





















kurma yang di pack ke

dalam plastik container


--------------------------------------------------------------
Sumbangan untuk penduduk Kg Chepo Lenggong Perak telah pun diagihkan kepada penduduk kampung yang layak menerima sumbangan. Majlis telah diadakan pada 27/7/11. Seramai 50 orang kesemuanya yang telah menerima bantuan tersebut. Walaupun saya tidak dapat menghadiri majlis yang diadakan pada waktu itu, wakil dari Kg Chepo iaitu En Saidi bersama Imam dan Bendahari Surau Bukit Belapit Kg Chepo Lenggong Perak, yang telah mengatur majlis tersebut dan gambar-gambar telah diposkan melalui FB beliau. Gambar-gambar yang dapat diupload dalam blog ini, sebahagian dari penduduk yang menerima bantuan saperti dibawah.