Asrama ini diusahakan dan dibawah jagaan sepenuhnya oleh Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia yang didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan no:1579 pada November 2002. Dan inilah satu-satunya Asrama yang kami ada buat masa ni dan malangnya telah ditimpa musibah tempoh hari.
Sebelum kejadian, pihak kami mempunyai seramai 49 orang pelajar dan selepas kejadian, baki pelajar selamat ialah 34 orang (15 meninggal & 1 orang tenaga pengajar).
Oleh kerana, kami kini menetap secara sementara di Pusat Latihan YADIM di Sg Semungkis, Bt 14 Hulu Langat dengan keadaan serba kekurangan dan tempat menyimpan barang yang terhad, maka kami mengharapkan sumbangan disalurkan dalam bentuk duit di atas nama PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA di Akaun Maybank di: 5641 3730 0091. Email : pejabatpaym@gmail.com atau mfauziwahab@gmail.com tel no. YDPertua Dr Idris Musa 016-3592372 pejabat PAYM 03-90213521.
InsyAllah, kami sedang mencari tapak pembinaan semula asrama dengan keluasan tanah 4 ekar di kawasan sekitar Hulu Langat. Dan pihak kami masih mengharapkan sumbangan kewangan daripada pihak orangramai/NGos/Jabatan Kerajaan/syarikat & korporat, kerana kos pembelian tanah, kos pembinaan , kelengkapan dan perbelanjaan operasi pengurusan Asrama & persekolahan adalah amat tinggi sekali.
Sepatutnya mereka mendapat sebuah penempatan saperti ini dimana anak-anak ini dapat bermain dan bergerak dengan selesa tidak sapertimana bangunan di pinggir bukit yang mengerikan dan padang bola pun tidak ada mereka hanya dapat bermain diatas batu-batu diatas jalan. Renung dan fikir-fikirkan jika kita ada rezeki yang berlebihan kurniaan Allah SWT berilah, sedekahlah kepada mereka yang memerlukan. Harta yang disedekahkan itulah harta kita yang kekal abadi akan bersama kita hingga ke akhirat.
anak-anak yatim bermain bola
dihadapan bangunan
penempatan sementara
surau
------------------------------------------------------------------------------
Pada 18/6/2011 sekitar jam 6.00 petang saya dan keluarga menuju ke Hulu Langat untuk menyampaikan sumbangan dari kakitangan TNB Kedah bagi meringankan bebanan keluarga yang mengalami bencana tanah runtuh tempoh hari. Kami terus ke tempat berlakunya bencana tersebut tetapi penghuni rumah itu telah dipindahkan ke penempatan lain (Agrotek Kem Resort). Oleh kerana waktu telah hampir Maghrib kami batalkan hasrat untuk menyampaikan sumbangan tersebut pada hari itu InsyaAllah kami akan kesana lagi pada waktu yang terdekat bagi menyampaikan hajat dari kakitangan TNB. Jutaan terima kasih kepada En Sharizal yang telah berusaha selama ini memberi sumbangan bagi pihak TNB. Semoga Allah membalas jasa baik beliau dan semua kakitangan TNB didunia hingga akhirat.
(Gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan tersebut, sangat mengerikan jika dilihat keadaan bangunan itu dibina dikawasan tersebut. mereka harus membina retaining wall dibelakang bangunan tersebut)
gambar dari hadapan
Cerun di sebelah bangunan
cerun dibelakang bangunan
yang ditutup dengan plastik
(Gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan tersebut, sangat mengerikan jika dilihat keadaan bangunan itu dibina dikawasan tersebut. mereka harus membina retaining wall dibelakang bangunan tersebut)
gambar dari hadapan
Cerun di sebelah bangunan
cerun dibelakang bangunan
yang ditutup dengan plastik
No comments:
Post a Comment