Wednesday, October 13, 2010

Ibadah Korban 2010/1431H

Alhamdulillah setakat ini Ibadah Qurban yang telah diterima adalah saperti dibawah :-

Qurban 1431H diterima dari Surau Al Hakim Subang Bestari Shah Alam dan individu saperti dibawah dan akan di Qurban kan di Kg Temelung dan Kg Chepo Lenggong Perak.

InsyaAllah Lembu 1 dan 2 dan 1 ekor kambing akan di Qurban di Masjid Lama Kg Temelung Lenggong dan lembu 3 dan 4 akan di Qurbankan di Surau Kg Sembok Kg Chepo Lenggong Perak, lembu 5 akan di Qurbankan di Institut Dakwah Islamiah, Perkim Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Peserta last min terpaksa di agihkan di tempat-tempat yang memerlukan bahagian yang belum cukup.

Semoga Ibadah Qurban kalian diterima ALLAH saperti Qurban Habil insyaALLAH.

Lembu 1 - 1. Sri Rahayu Mohd Junid 2. Haswani Ghazali
3. Mohd Zulfadli Md Zin 4. Mohd Saufy Mohd Razuan
5. Azlan Mohd Johari 6. Mohd Nizar Abdullah
7. Amal Daharin Mahamood

Lembu 2 - 1. Shahridan Sharif 2. Norfazriani Md Nor
3. Mohd Nor Kadir 4. Zaharah Yunus 5. Inchom bt Kait
6. Nor Fariza Mohd Nor 7. Mohd Nazil Ismail

Lembu 3 - 1. Hj Mohamed Che Ali 2. Nor Asma Ghazali
3. Husaini Kasmani 4. Siti Rohana Abd Majid
5. Siti Maznah Zakaria 6. Kamariah Abdul Hamid
7. Hasnah Jalaludin

Lembu 4 - 1. Rusiah Othaman 2. Azizah Abdullah 3. Hamba Allah 4. Rahibah Omar 5. Ahmad Husaini Sulaiman 6. Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini 7. Ahmad Kanda Mamat

Lembu 5 - 1. Hamba Allah 2. Hamba Allah 3. Hamba Allah 4. Hamba Allah 5. Hamba Allah 6. Hamba Allah 7. Mohd Izzat Intanjudin - diwakilkan kepada Puan Elly dari blog Sanggarsuri

Azlan Shaharuddin - Qurban di Kg Hutan Nangka Besut Terengganu diwakilkan kepada Ust Salehuddin

Asmah Lan - Qurban di Kg Sg Jernih Ijok Perak diwakilkan kepada En Jamaluddin dari Blog De'Redang http://www.jamaluddinhassim.blogspot.com/

Sharizal Mohd Nor - Qurban di Batu Kurau Ijok Perak diwakilkan kepada Ust Tajuddin Md Jali

Kambing - Norliyati Said

Ibadah Qurban 1431H masih dibuka kepada semua, kepada sesiapa yang ingin menyertai sila hubungi segera supaya kami dapat mengagihkan lembu pada kawasan kampung-kampung yang masih terdapat ramai fakir dan miskin. Contact dan email serta bank akaun nama saperti dibawah.

---------------------------------------------------------------------------
Alhamdullilah bersyukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi insyaAllah kita akan berada di bulan Zulhijjah tidak berapa lama lagi. InsyaAllah saya saperti tahun sebelum ini akan merayakan Aidil Adha bersama penduduk-penduduk kampung mungkin jika diizinkan Allah tahun ini saya dan keluarga akan ke Kg Temelung Lenggong Perak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang saya kenali dan yang tidak saya kenali juga sahabat yang tidak dikenali yang berada diluar negara, kerana diatas sokongan ikhlas kalian semua mempermudahkan saya membantu mereka-mereka yang daif di kampung-kampung semenjak tahun 2006 hingga sekarang. Alhamdulillah misi kita selama ini berjalan dengan lancar dan diharap akan berterusan sehingga akhir hayat kita segalanya akan menjadi amalan jariah kita yang akan bersama dialam barzakh kelak. Jika tidak dengan bantuan sumbangan kalian sudah tentu saya tidak dapat membantu Insan-Insan yang memerlukan.

Justeru itu kerja-kerja kebajikan harus diteruskan kerana ramai lagi disana (kampung) amat memerlukan sumbangan dari kita semua.

Program Qurban & Aqiqah yang akan diadakan sempena hari raya haji tahun ini 17 - 20 Nov 2010/1431.
Harga kos satu bahagian lembu RM350.00 - seekor lembu 7 bahagian RM 2450.00 dan harga kos seekor kambing RM 650.00.
Daging-daging Qurban dan Aqiqah akan diagihkan kepada penduduk kampung berpendapatan rendah dan yang fakir dan miskin. Dari pemantauan yang dibuat ada tempat-tempat yang tidak pernah merasai penyembelihan Qurban itu di kampung-kampung mereka kerana mereka sendiri terdiri dari orang kampung yang miskin tidak ada kemampuan untuk menunaikan ibadah Qurban.
Antara tempat-tempat yang akan diagihkan Selama, Ijok dan Lenggong Perak juga di Baling Kedah dan di Selatan Thailand (depend on berapa ramai yang menyertai Ibadah Qurban ini)
Kepada tuan-tuan dan puan-puan serta sahabat-sahabat sekalian prihatin dan simpati dengan nasib mereka bolehlah hubungi saya:
019-2224474 / 03-78310226 atau terus ke akaun Maybank : 112080512445 Siti Fadzilah Abdul Manap. Emailkan kepada saya sitifrahim@yahoo.com nama, no. talipon, peserta Qurban/Aqiqah.

Kepada tuan/puan yang akan menerima daging Qurban pada tahun ini 1431H, sekiranya ingin menyumbang daging tersebut kepada penduduk kampung juga boleh menghubungi saya kerana insyaAllah daging-daging tersebut akan dimasak rendang dan diagihkan kepada fakir miskin.

Saya juga ingin menjemput tuan/puan sesiapa jua yang ingin turut serta bersama-sama penduduk kampung merasai suasana penyembelihan pada hari raya Qurban bersama mereka boleh hubungi saya.

Penyembelihan Qurban tahun 2009/1430H di Kampung Sg Jernih Ijok Perak












Penyembelihan Qurban 2008/1429H di Kampung
Kubu Gajah Perak












Gotong royong memasak daging Qurban dijadikan rendang dan dihantar ke kampung
di Sg Jernih Ijok Perak pada Hari Raya Qurban 2009/1430H. Daging-daging ini adalah pemberian dari ahli qariah Masjid Bukit Jelutong.

No comments: