Monday, August 9, 2010

Misi Bantuan ke Lenggong dan Baling

Alhamdulillah kami juga berkesempatan melawat rumah As-syahid Ust Ibrahim Libya yang terletak di Memali dan kemudian dapat ziarah makam para syuhada seramai 14 orang.
(lihat gambar-gambar dibawah)
Terdapat kesan tembakan di sebuah pondok usang disitu, dengan izin Allah SWT kesan -kesan tersebut masih ada dan dengan Keagungan Allah SWT kayu-kayu tersebut masih utuh tidak reput walau pun ditimpa hujan panas dari semenjak peristiwa itu berlaku iaitu pada 19/11/1985 sehingga kini kesan tersebut masih ada (SubhanAllah)
Bantuan buah kurma juga disampaikan kepada salah seorang ustaz dari Pondok Lanai Parit Panjang Kedah (maaf tiada gambar). Dengan pertolongan Kak Norlia yang telah menalipon Ustaz supaya datang berjumpa kami di salah sebuah masjid yang berdekatan dengan makam syuhada, waktu itu hari sudah pun gelap jadi kami tidak dapat melawat Pondok Lanai, InsyaAllah jika ada masa kami akan kesana untuk melawat warga tahfiz dan warga pondok yang tinggal disana.
makam Syuhada





















pondok





kesan lubang ditembak


kesan tembakan yang
bertanda bulat

















Alhamdulillah dengan izin Allah SWT misi bantuan ke Baling dan Lenggong Perak telah selamat disampaikan kepada wakil-wakil penduduk disana. Saya dan keluarga bertolak dari Shah Alam pada 7/8/10 jam 8.30 pagi dan selamat sampai di Lenggong pada jam 12.00 tengahari.
Kami terus ke rumah Cikgu Jan dari Lenggong dan menyampaikan bantuan buah kurma dan beras untuk 40 keluarga disana. Selain itu beras juga diagihkan untuk mereka memasak bubur lambuk. Mengikut kata cikgu Jan selama ini mereka tidak pernah mengadakan gotong royong membuat atau pernah makan bubur lambuk ketika Ramadhan. Mereka amat berbesar hati dengan segala sumbangan yang telah disampaikan, mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hamba Allah yang telah sudi memberi sumbangan saperti P.A System, beras dan buah kurma. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik semua penderma.

Setelah melawat masjid Nur Hidayah yang telah mendapat bantuan P.A System dari semua penderma budiman, kami terus ke Baling Kedah sekitar jam 3.00 petang. Kami mengikuti jalan hala ke Pengkalan Hulu kerena wakil disana iaitu rumah Kak Norliah (isteri Ust Taib Azamuddin) berdekatan dengan sempadan. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas bantuan tersebut. Baling terdapat ramai penduduk yang daif jadi beliau akan mengagihkan kepada seberapa ramai penduduk yang termampu. Sekiranya masih ada yang berhajat untuk menyumbang sila hubungi saya di talian 019-2224474 atau boleh bank-in ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah bt Abdul Manap.

Bantuan dan sumbangan masih diperlukan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan dari kita. Saya tidak berkesempatan mengambil beberapa gambar untuk disiarkan dari keluarga yang benar-benar daif disana cuma misi kali ini hanya dapat menghantar bantuan tersebut sahaja insyaAllah kami akan kesana lagi dan saya menjemput tuan/puan marilah kita sama-sama mengadakan Misi Konvoi Kebajikan ke kampung-kampung selepas hari raya ini. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saya.
































Setelah melawat Masjid Nur Hidayah kami singgah dirumah 2 keluarga miskin daif di kampung tersebut. Mereka adalah 2 beradik yang tinggal bersebelahan rumah mereka dan berkongsi 1 bilik air (saperti dalam gambar). Adik lelaki berkerja menoreh getah dengan pendapatan kurang dari rm20 sehari dan itulah perbelanjaan mereka sekeluarga.

sumbagan wang tunai diberi
kepada kedua beradik
tersebut












kedua-dua rumah yang agak
uzur













keadaan bilik air mereka














Beberapa gambar telah diambil dari Masjid Nur Hidayah Lenggong Perak. Menurut cikgu Jan masjid ini telah di kategorikan sebagai Masjid Warisan di Kampung Temelung Lenggong kerana usia dan buatan nya dari kayu hutan yang masih teguh didalam masjid.
Masjid ini pada awalnya akan diroboh kerana penduduk kampung telah mendapat sebuah masjid yang baru berdekatan, tetapi sebahagian besar penduduk menghalang kerana ia telah menjadi masjid warisan dimana kebanyakan penduduk masih selesa dengan masjid ini.
Apa jua bantuan yang dapat disalurkan ke masjid ini, amatlah dialu-alukan terutamanya carpet, speaker dan rak-rak untuk Al-Quran.
Kepada sesiapa yang sudi menderma buku-buku ugama atau kitab-kitab amatlah dialu-alukan.

nama masjid


Masjid Nur Hidayah








bahagian belakang
masjid tersebut















tv yang telah rosak








ini lah P.A System baru
yang telah dirasmikan
pada 4/8/10















keadaan speaker yang
telah uzur perlu ditukar














carpet juga perlu diganti







keadaan dalam masjid
tiang kayu yang masih
teguh







Sampai di Lenggong jam 12.00 tengahari terus ke rumah Cikgu Jan wakil kami di Lenggong.
Setelah menurunkan bantuan untuk penduduk disitu, kami dijemput makan tengahari di rumah beliau dan terus ke Masjid Nur Hidayah yang terletak 2km dari situ.

cikgu Jan bersama suami
meraikan kedatangan kami







beras dipungah terus ke
pacuan 4 roda cikgu Jan






kotak kurma sedang
dipungah turun




















malam sebelum bertolak
beras dan kurma disusun
diatas pacuan 4 roda













































No comments: