Saturday, August 22, 2009

Misi Bantuan Ke Parit Buntar Perak



Antara rumah-rumah fakir miskin di Parit Buntar Perak







Alhamdulillah bantuan telah dihantar ke sana pada 21/08/09 bersamaan 30 Syaaban 1430. Beras fidyah sebanyak 83 bungkus dengan setiap satu seberat 1 gantang akan diagihkan kepada fakir miskin dan miskin di sekitar kawasan ini yang mana kebanyakan mereka adalah nelayan dengan pendapat kurang Rm1,000 sebulan.
Selain beras, barangan dapur saperti gula, kopi, milo, susu dan lain-lain juga akan diagihkan, juga buah kurma dan sedikit kuih raya. Kami juga menyerahkan wang tunai sebagai fidyah salah seorang sahabat dari Shah Alam untuk membeli beras.
Kami sekeluarga bertolak dari Shah Alam pagi hari Jumaat 21/08/09 dan sampai disana pada pukul 12.00 tengahari. Kebetulan pada hari sebelum telah berlaku ribut dan hujan lebat disana dimana 4 buah rumah telah mengalami kerosakan yang teruk.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapat membantu mangsa ribut tersebut. Saya menyeru kepada semua marilah sama-sama kita membantu mereka yang amat memerlukan bantuan bagi meringankan bebanan mereka sempena bulan Ramadhan ini dan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan samada wang tunai atau beras, hanya Allah yang akan membalas jasa baik kalian.

No comments: