Monday, January 30, 2017

Bantuan untuk Adik Syahir Iqbal

Adik Muhammad Syahir Iqbal bin Shiful Bahri, berumur 16 tahun tapi keadaan tubuh badan saperti 10 tahun. Adik Syahir mengidap penyakit buah pinggang (dlm Msia hanya 2 org pesakit mengidap penyakir sebegini) yang perlu dialysis air (dilakukan dirumah). Sebelum ini adik Syahir bersekolah tetapi terpaksa berhenti kerana beliau cepat terasa kepenatan dan perlu berehat. Tulang-tulangnya rapuh dan mudah patah.
Bapanya terpaksa berhenti kerja dan sekarang berniaga kecilan di gerai Flat Damansara  Damai, manakala ibunya juga terpaksa berhenti kerja beri tumpuan kepada kesihatan dan penjagaan adik Syahir.

Jika ada yang sudi membantu bolehlah pm admin. bantuan barangan dapur untuk setiap bulan kepada keluarga adik Syahir. Semoga Allah swt memberi kekuatan dan kesabaran kepada kedua ibubapa beliau dan semoga adik Syahir sembuh dan dapat kembali ke sekolah saperti remaja-remaja lain inshaAllah.



Adik Syahir  semasa menerima bantuan
 di Masjid Damansara Damai



gambar bersama ibu bapa adik syahir dan
 Almarhumah Puan Aishah Ketua Muslimat Masjid  (berdiri)






keadaan adik Syahir sekarang sewaktu lawatan
dan bantuan pada 27jan17  lepas






lawatan bersama Ketua dan Ajk muslimat masjid dmasara damai





Tuesday, January 24, 2017

BACK TO SCHOOL 2016


Alhamdulillah , bantuan BTS2016 untuk pelajar-pelajar miskin dari  Kg PPRT Ijok Perak pada 24Dec2016. Seramai 15 pelajar telah mendapat bantuan tersebut , mereka dibawa terus ke kedai di pekan Selama Perak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penderma yang sudi memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki dan  diberkati Allah swt.


                                                                        

            

      

      



        


         

                                



         


        








Friday, September 2, 2016

QURBAN 1437H/2016

InshaAllah Qurban 1437H setakat 2/9/2016 akan dibuat di kampung-kampung berikut :-

Kg Sg Simpol Ijok Perak (lembu 1) - Hamba Allah

Kg Sangkut PPRT Ijok Perak (lembu 2) - Hamba Allah

Kg Batu 7 Kuala Kurau Perak (lembu 3) - 1. Azlida Ahmad Syukry   2. Adliza Ahmad Syukry
3. Azaman Sharif  4. Norzaiton Mohd Nor  5. Zahid   6. Zahid   7. Allahyarham Othman Abd Wahid

Kg Parit Hj Wahab Tg Piandang Parit Buntar (lembu 4) - 1. Allahyarham Mohd Nor Dahara
2. Allahyarham Sharif Ibrahim  3. Muhammad Hazim Azaman  4. Nur Athirah Husna Azaman
5. Nur Aliah Husna Azaman  6. Khairul Bahari Mohd Nor  7. Abdul Rahman Mohd Nor

Semoga Qurban mereka diterima Allah SWT.

Nama-nama kampung yang masih tidak dapat lembu Qurban :-

1. Kg Parit Lebai Akhir Titi Serong Parit Buntar Perak
2. Kg Sg Betul Bawah Tg Piandang Parit Buntar Perak
3. Kg Tengah Sg Labu Tg Piandang
4. Kg Parit Kasa Parit Buntar
5. Kg Raja Basah Kuala Kurau Perak
6. Kg Kedai 4 Sg Kota Kuala Kurau Perak
7. Kg Parit Hj Alwi Kuala Kurau Perak
8. Kg Parit Tok Ngah Kuala Kurau
9. Kg Temelong Lenggong Perak

Kepada Tuan/Puan yang sudi untuk ber Qurban di kampung-kampung tersebut sila bank in ke akaun saperti tertera  diatas. Di ruang reference field sebutkan 'Qurban' bagi memudahkan tracking. Messagekan juga nama peserta Qurban.

gambar-gambar dibawah Qurban 1436H
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








                                   

                                   


Saturday, June 25, 2016

BANTUAN ASNAF SELAYANG

Alhamdulillah barang-barang dapur bantuan untuk asnaf di Selayang seramai 65 keluarga telah dihantar ke Masjid Selayang Baru pada hari Sabtu 25/6/16. Majlis penyampaian bantuan ini akan diadakan pada 30/6/16 selepas solat Asar bertempat di masjid tersebut. Pihak Badan Amal Al Jauhar telah mewakilkan Ustaz Khairil Anuar berserta Nazir dan AJK masjid untuk menyempurnakan agihan kepada asnaf pada hari tersebut. 
InshaAllah gambar-gambar majlis akan menyusul kemudian di page ini. 







Sumbangan disampaikan oleh Ust Khairil dan AJK Masjid