Monday, August 23, 2010

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT yang mengurus sekelian alam dan dengan atas kehendakNya Majlis Iftar bersama anak-anak yatim, ibu tunggal dari Kg Melayu Subang telah diadakan pada 23/8/2010 di Restoran Kopi Shoppe Desa Subang Permai Shah Alam . Berserta dengan mereka seramai 13 orang pelajar tahfiz perempuan dari Maahad Tahfiz An-Nur turut bersama dijemput ke majlis ini. Seramai 32 anak yatim dan 17 ibu tunggal kesemuanya yang hadir.
Jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang telah mendapatkan sponsor untuk majlis Iftar ini. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati majlis ini . Kepada penderma yang telah sudi menyumbang semoga Allah SWT murahkan rezeki mereka sekeluarga dijauhkan dari segala penyakit dan bala (InsyaAllah).
Kepada tuan/puan yang berhajat untuk memberi sumbangan didalam bulan Ramadhan ini masih dialu-alukan untuk membantu meringankan beban mereka, samada majlis berbuka puasa, sumbangan duit raya, baju raya atau barang keperluan harian. Sila hubungi 019-2224474 untuk keterangan lanjut.


sebahagian dari pelajar
tahfiz yang dapat hadir









Ibu tunggal Pn Razlina
bersama dengan 3 orang anaknya
2 orang lagi diasrama







anak-anak yatim sedang
menunggu waktu berbuka


































Monday, August 16, 2010

Sumbangan Al-Quran & Speaker Masjid Nur Al Hidayah

Alhamdulillah selain Al-Quran dan P.A System, Masjid ini juga telah mendapat sumbangan horn speaker yang akan dipasang diatas bumbung masjid. (gambar masjid dapat dilihat dalam tajuk Bantuan ke Lenngong dan Baling). Speaker telah dihantar pada 28/8/10.

Al-Quran juga telah di hadiahkan kepada Masjid Nur Al-Hidayah Kg Temelung Lenggong Perak. Di kampung-kampung solat sunat tarawikh imam hanya membaca surah-surah lazim dari Juzuk Amma. Tidak ada perubahan dan peningkatan kepada penduduk kampung, berbeza kita yang tinggal di bandar. Salah satu sebabnya mungkin mereka tidak ada dana untuk membayar seorang imam tahfiz dari mana-mana Maahad. Menurut kata mereka selama ini setiap kali bulan Ramadan solat tarawikh imam akan membaca surah-surah pendek sahaja.
Alhamdulillah dana yang terkumpul tempoh hari masih ada, saya terus membeli Al-Quran ini (saperti dalam gambar) dan menghantarnya pada 12/8/2010. En Safuan wakil dari Lenggong bertemu dengan saya di Tol Ampang Ipoh dan menyerah Al-Quran itu pada beliau iaitu hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah malam itu juga mereka telah dapat menggunakan Al-Quran tersebut. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT diatas segala perancangan Nya hanya Dia Yang Maha Berkuasa mengatur segalanya. Sekiranya Dia tidak membuka pintu hati kita (hanya segolongan kecil di kalangan umat Muhammad SAW) kita juga tidak akan dapat mencapai apa yang kita lakukan sekarang ini.
Saya juga bersyukur dengan pertolongan semua hamba Allah yang sama-sama menyumbang kepada masjid Nur Al- Hidayah ini. Keadaan penduduk disana yang kebanyakannya daif, mereka tidak dapat memberi bantuan saperti mana kita semua, semoga Allah merahmati dan memberkati apa yang kita usahakan ini.












size Al-Quran 42cm panjang
dan 32cm lebar








Tuesday, August 10, 2010

Bantuan Ibu Tunggal Kg Subang

Alhamdulillah bantuan beras dan buah kurma dapat diagihkan sama kepada ibu tunggal dan anak yatim sekitar Kg Melayu Subang pada 10/8/10. Anak-anak yatim disini tinggal bersama ibu mereka, ada yang masih menyewa dan ada yang telah mempunyai rumah hasil peninggalan arwah suami mereka. Kehidupan mereka sederhana ada yang berkerja di kilang, pasaraya, menjual kuih atau menjaga kanak-kanak yang dihantar kerumah mereka. Kepada tuan/puan yang masih berhajat untuk membantu mereka boleh hubungi saya di talian 019-2224474.
Kepada semua hamba Allah yang telah sudi memberi sumbangan jutaan terima kasih diucapkan bagi pihak semua ibu tunggal yang mendapat bantuan tersebut.
Semoga mendapat ganjaran pahala disisi Allah SWT.