Tuesday, October 20, 2009

Jamuan Hari Raya bersama Fakir Miskin Selama Perak

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya kami dapat mengadakan majlis hari raya bersama fakir miskin dan anak-anak yatim di Selama Perak pada 10/10/09/bersamaan 21 Syawal 1430H.
Penyumbang telah menyediakan duit raya kepada 70 keluarga terdaif termasuk anak-anak yatim, setiap keluarga diberi RM100. Selain itu duit raya juga diagihkan kepada semua kanak-kanak yang hadir. Juadah jamuan raya telah di sponsor oleh sahabat-sahabat dari KL dan telah disediakan oleh pihak Madrasah yang diketuai oleh Ustaz Mahizam dan mendapat kerjasama dari penduduk kampung.
Penduduk kampung telah bergotong royong menyembelih seekor lembu dan memasak kari daging bersama umbut pisang dan antara lain menu nya adalah sate, nasi impit, laksa dan biskut-biskut raya. Kehadiran seramai 500-700 orang.
Jutaan terima kasih kepada Ustaz Mahizam, pelajar-pelajar tahfiz dan semua warga pondok yang menyediakan kawasan mereka untuk majlis ini semoga mendapat keberkatan dan rahmat Allah S.W.T.
Kepada semua para penyumbang hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala usaha yang murni ini. Semoga hidup kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Diharap usaha kita untuk membantu mereka yang daif disana dipanjangkan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar dibulan tertentu sahaja.



menjamu selera selepas melayan tetamu








melawat rumah2 yang
diduduki ibu2 tua yang belajar
di Madrasah ini.











penduduk kampung bergotong royong
menyediakan makanan yang dimasak
sendiri untuk para tetamu

















Tetamu sedang menjamu
selera










duit raya sedang diagihkan kepada
kanak-kanak










tetamu sedang mengambil
makanan yang disediakan































































fakir miskin yang telah di 'shortlisted'
mendapat duit raya sebanyak RM100
per family













































Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Majlis buka puasa ini diadakan di Madrasah Nur As-Salam Perak pada hari Sabtu minggu ketiga di bulan Ramadan. Antara yang dijemput selain dari pelajar Maahad Tahfiz dan warga tua pondok yang tinggal di madrasah seramai 50 orang ini, adalah penduduk miskin sekitar kawasan dan juga anak-anak yatim / ibu tunggal. Alhamdulillah kehadiran seramai 200 orang.
Kami bersyukur kerana dapat meraikan majlis berbuka puasa dengan mereka yang benar-benar daif. 30 bungkusan hamper raya telah diagihkan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin.
Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang bermurah hati sudi menaja majlis ini terutamanya kepada Puan Latifah , En. Zainuddin dari Petronas, Puan Sharifah dari TM dan lain-lain yang sama-sama membantu. Semoga Allah memberi keberkatan dan rahmatNya kepada semua yang menjayakan majlis ini dan semoga Allah S.W.T panjangkan umur dan murahkan rezeki kita agar dapat kita panjangkan bantuan kepada mereka-mereka yang daif disini sepanjang masa tidak hanya di bulan Ramadan.
Setinggi penghargaan juga kepada Ustaz Mahizam Pengetua Madrasah Nur As-Salam Selama Perak yang sudi berkerjasama menjayakan program ini, juga tidak dilupakan kepada Ust Razali yang menguruskan fakir miskin dan anak-anak yatim dan kepada mereka semua pelajar tahfiz, wargaemas yang tinggal di pondok disini yang sama-sama menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberi ganjaran dunia akhirat kepada semua yang terlibat.


Para tetamu sedang beratur untuk mengambil juadah berbuka puasa.









4 orang dari 9 beradik yang kematian
ibubapa mereka dalam kemalangan
di jalan Balakong KL pada bulan May 09.




sebahagian dari anak yatim yang menerima
hamper raya.














Ustaz Mahizam sedang menyampaikan tazkirah sementara
menunggu waktu berbuka.
































sedang mengagihkan barangan hamper raya.















Majlis Buka Puasa kali kedua ini juga telah diadakan di Restoran Kopi Shoppe. Saperti biasa anak-anak yatim / ibu tunggal dan keluarga miskin dari Kg Melayu Subang dan pelajar Maahad Tahfiz dijemput ke majlis ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Shariza yang sakarang ini berada di Doha Qatar yang sudi menaja majlis ini. Semoga Allah memberi ganjaran kepada beliau.










Majlis buka puasa (1430H) telah diadakan di Restoran Kopi Shoppe pada minggu pertama Ramadan. Seramai 76 orang hadir ke majlis bebuka ini. Antara mereka yang hadir anak-anak yatim/ibu tunggal dan keluarga miskin, semuanya dari Kg Melayu Subang, juga yang hadir pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran dari Subang Permai dan anak-anak remaja perempuan dari Raudhatul Ikhwan juga dari Subang Permai.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Zawiah dari Perdana Height yang sudi menaja majlis berbuka ini. Semoga Allah memberkati beliau sekeluarga.