Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). * sesiapa yang ingin menderma sila bank-in ke Badan Amal Al Jauhar MAYBANK 5620 8558 1017 - Al Jauhar Ent. atau hubungi di talian 019 222 4474 email add: sitifrahim@yahoo.com
Tuesday, December 13, 2022
PERSATUAN KEBAJIKAN KASIH OKU SELANGOR
Friday, October 21, 2022
BANTUAN CARPET SURAU KG TUALANG BRUAS
Alhamdulillah dgn izin NYA , Badan Amal ini dapat menghantar 6 gulung carpet yang diperlukan oleh pihak Ajk Surau Kg Tualang Bruas Perak. Walaupun tidak dapat memberi sebanyak yang dipohon oleh pihak surau tapi Alhamdulillah masih ada beberapa penderma yang sudi membantu mereka. Keadaan surau agak daif kerana tidak ada dana untuk menampung keperluan surau tersebut.
Kelas pengajian Al Quran untuk muslimat dan kanak-kanak diadakan setiap minggu. Kuliah-kuliah tidak dapat diadakan oleh kerana tiada tenaga pengajar disana dan pihak surau tiada peruntukan untuk membayar ustaz-ustaz yang datang dari jauh.
Oleh itu pihak Badan Amal memohon kepada sesiapa yang sudi membantu mereka disana dengan menginfakkan sedikit dari wang ringgit kita untuk memberi ilmu kepada mereka agar Ajk surau dapat menjemput ustaz-ustaz dari luar kawasan untuk hadir menyampaikan ilmu kepada penduduk di kampung tersebut. Segala bantuan dan sumbangan dana amatlah dialu-alukan, semoga menjadi saham akhirat kita kelak InshaAllah.
Jutaan terima kasih kepada penderma yang hanya beberapa orang sahaja yang sudi menginfak untuk membeli carpet baru untuk surau ini, semoga amal jariah ini mendapat ganjaran besar disisi Allah SWT.
Saturday, August 20, 2022
BALING
Kak Nah wakil di Baling yg sudi membawa kami ziarah dan memberi bantuan kepada mangsa banjir |
masih kelihatan garisan paras air sewaktu banjir melanda |
dikawasan ini lah mayat 3 mangsa ditemui |
kawasan 7 buah rumah yg hilang dibawa arus air |
sungai yang dulunya kecil dan deretan 7 buah rumah yang hilang disini setelah dilanda bencana, sekaligus menjadi sungai ini lebar |
rumah yang rosak teruk tidak boleh diduduki lagi berhampiran sungai yg dilanda kepala air. terdapat sebatang kayu balak besar tersangkut dlm rumah ini. |
jambatan terputus dan dibina semula (sementara) oleh pihak tentera |