Saturday, September 2, 2017

QURBAN 1438H

Syukur Alhamdulillah ,  qurban 1438H telah selesai dibuat di beberapa buah kampung di sekitar Perak  iaitu Kg Sg Betul, Kg Sg Betul Atas, Kg Tok Ngah, Kg Sg Labu dan Kg Kuala Bagan Tiang (rumah PPRT) semua kampung ini terletak di Parit Buntar (3 ekor). Manakala di Ijok (2 ekor) Perak Kg Sangkut (PPRT) dan Kg Sg Simpol. Semua penduduk di kampung tersebut telah menerima agihan daging lembu. Manakala di Kemboja sebanyak 3 ekor telah dikorbankan disana. 
Semoga semua yang telah menyertai ibadah korban 1438H mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT dan semoga ketaqwaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT akan lebih bertambah.
Jadikan amalan korban ini sebagai ibadah kita setiap tahun dimana kita perlu 'renew roadtax' kenderaan kita di Padang Mahsyar nanti. WaAllahu'alam.


lembu yang di sembelih di slah satu kampung di Parit Buntar









 Lembu-lembu yang dikorbankan di Kemboja (dibawah)


                                                




Lembu yang telah dikorbankan di Kg Sg Simpol(dibawah)




jamuan tengah hari di Surau Al Falah Sg Simpol selepas sembelihan 


lembu korban di Kg Sangkut (PPRT)


















Tuesday, August 29, 2017

AKTIVITI BANTUAN DI 10 PERTAMA ZULHIJJAH 1438H

Alhamdulillah , segala puji bagi Rabb semesta alam, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. 

Aktiviti pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah 1438H. 

Bantuan barang keperluan dapur  kepada 15 keluarga anak-anak yatim dari Kg Melayu Subang.
Bantuan kepada 30 keluarga asnaf di Kg Sangkut (PPRT) dan 20 keluarga dari Kg Sg Simpol, Kg Sg Jernih, Kg Masjid Ijok Perak.

Majlis Iftar pada 9 Zulhijjah di Masjid LTSAAS Subang , bersama pelajar Tahfiz dari masjid tersebut dan Cikgu Azmi dari Mapin yang telah memberi kuliah selepas solat maghrib , penerangan berita terkini tentang Masjidil Aqsa, penduduk Palestine, kezaliman terhadap rakyat Roghinya dan banyak lagi perkara-perkara berkaitan yang sangat menarik.

Meraikan anak-anak yatim bersama ibu-ibu tunggal di restaurant
Big Plate Subang Permai

Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang besar di sisiNYA kepada semua para penderma yang sama-sama bersedekah di 10 hari pertama di bulan Zulhijjah 1438H. Semoga puasa dan amalan kita diterima Allah swt .

 













bantuan barang dapur untuk 15 keluarga anak yatim

ibu-ibu tunggal menerima bantuan berupa beras, minyak, telor dll.




bantuan untuk 30 keluarga miskin di Kg Sangkut (PPRT) Ijok Perak








Warga emas ini tinggal bersendirian tanpa eletrik, pada sesiapa
yang sudi untuk menginfak memasang talian elektrik pada beliau
sila ctc ad

Imam Fahmi sebagai wakil Badan Amal Al Jauhar sedang menyampaikan
bantuan kepada salah seorang penduduk di Surau Kg Sangkut Ijok Perak





Cikgu Azmi bergambar bersama pelajar tahfiz