Friday, June 17, 2016

BANTUAN ASNAF PPRT DAMANSARA DAMAI

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kutipan dana untuk membantu keluarga miskin (asnaf) di PPRT Damansara Damai telah reached target dalam masa tidak sampai seminggu. Penghantaran barang dapur untuk first group (100 pertama) telah dibuat pada 14/6/16 dan penghantaran seterusnya untuk 200 keluarga telah pun selesai pada 21/6/16 .
Majlis penyampain telah diadakan pada 19/6/2016 di Masjid Al Muhtadin Damansara Damai untuk 100 keluarga (group 1) dan seterusnya pihak ajk masjid akan menyampaikan bantuan untuk 200 keluarga lagi pada 22/6/16 di perkarangan tingkat bawah masjid.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua dermawan yang telah sudi menginfakkan sedikit dari rezeki yang diberi Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNYA.
Semoga dimurahkan rezeki yang halal, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dijauhi penyakit, musibah dari kalian dan ahli keluarga semua.
Kutipan dana masih diteruskan untuk membantu fakir miskin/miskin bandar atau di kampung-kampung pendalaman. Semoga Allah SWT permudahkan kita dan istiqomah membantu mereka yang susah.
bersama ajk muslimat Masjid Al Muhtadin dan ketua Muslimat
Puan Aishah berdiri ditengah























ajk muslimat sedang menyusun barang dalam plastik beg





Ustaz Khairul (ditengah) memberi tazkirah sebelum majlis
dimulakan

AJK Muslimat 







Nazir Masjid Al Muhtadin (ditengah) menyampaikan sumbangan


100 keluarga (group 1) yang menerima bantuan


Ketua Muslimat Masjid Al Muhtadin Puan Aisyah (bertudung biru)















wakil dari IMWU Puan Nora









Puan Norlina yg banyak membantu merealisasikan bantuan ini




Add caption



Tuesday, June 14, 2016

BANTUAN ASNAF PPRT DAMANSARA DAMAI




300 KELUARGA MISKIN DI DAMANSARA DAMAI, SELANGOR
*Update Selasa 14 Jun 2016*
Syukur alhamdulillah kami amat bersyukur dan berterimakasih kepada tuan-puan yang dermawan dan prihatin, berkat sumbangan ikhlas kalian, inshaAllah kutipan derma cukup untuk 100 keluarga. Jumlah keluarga yang memerlukan bantuan adalah 300.
InshaAllah, kami sedang mengusahakan agihan bantuan kepada 100 keluarga yang pertama pada Ahad 19 Jun 2016 10 pagi dengan kerjasama Ketua Muslimat Masjid Al Muhtadin.
Terima kasih di atas sumbangan tuan-puan, kami mohon sumbangan diteruskan agar target untuk memberi bantuan pada 200 keluarga lagi akan dipermudahkan.
BarakAllahufikum 
*******************************
Assalamualaykum warahmatullah.
Saya, Norlinar dan Puan Siti Fadzilah dari Badan Amal Aljauhar (aljauhar2.blogspot.com) telah bertemu dengan Puan Aishah binti Abdul Rahman yang merupakan Ketua Muslimat Masjid Al Muhtadin, Damansara Damai pada Ahad 12 Jun 2016 untuk mendapatkan maklumat tentang 300 keluarga miskin di kawasan Damansara Damai.
300 keluarga miskin yang dimaksudkan adalah keluarga yang mendiami flat kos rendah yang menghadapi pelbagai masalah antaranya:
1. Isteri kematian suami dan menanggung anak-anak
2. Ibubapa yang meninggalkan anak-anak di atas desakan hidup. Maka anak-anak ini hidup dengan belas ihsan masyarakat sekeliling.
3. Keluarga yang miskin tegar di mana ada kes anak2 tak bersekolah kerana ibubapa tak mampu membeli kasut sekolah atau memberi duit belanja kantin.
4. Isteri dan anak2 yang ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab.
Mereka kebanyakannya tinggal di kelompok flat Prima, Lestari, Idaman, Saujana dan Harmoni.
Rata-rata pendapatan isi rumah mereka adalah di bawah RM2,000 dan dengan kos hidup yang semakin tinggi, hidup mereka dicengkam kemiskinan sehingga pihak masjid sering menerima permintaan untuk diberikan makanan.
Untuk makluman tuan-puan, kami diberitahu bahawa Damansara Damai mempunyai penerima zakat yang paling ramai, dan 300 keluarga miskin yang diberi perhatian ini adalah dikategorikan sebagai asnaf.
Puan Aishah binti Abdul Rahman selaku Ketua Muslimat Masjid Al-Muhtadin bersedia memberikan kerjasama dalam menggerakkan tim masjid untuk menyaring keluarga dan juga memastikan bantuan sampai kepada keluarga2 ini. Ahli jawatankuasa Masjid tiada masalah untuk bersama membantu cuma pihaknya kekurangan dana.
Di dalam perbincangan semalam, kami bersetuju untuk mencari dana dan mengusahakan misi bantuan makanan asas dan target date untuk menyampaikan bantuan ini adalah *Sabtu 18 Jun*. Setiap keluarga disasarkan menerima bantuan makanan bernilai RM100 yang terdiri dari:
1. Beras 10kg
2. Gula 2kg
3. Garam
4. Minyak Masak 3kg
5. Kordial
6. Tepung gandum
7. Biskut
8. Telur
9. Teh/kopi/milo
10. Ikan bilis/kering
11. Mihun
12. Barang penjagaan diri (sabun, shampu, ubat gigi, tuala wanita)
Bantuan makanan asas ini akan menelan belanja RM30,000.
Dan pihak masjid juga merancang untuk mengusahakan tajaan baju raya untuk 100 keluarga miskin tegar dengan peruntukan sebanyak RM300 setiap keluarga berjumlah RM30,000.
Secara keseluruhannya, bantuan makanan asas dan baju baru ini dijangka menelan kos RM60,000.
Dengan yang demikian, saya dengan berbesar hati mengajak individu dan badan amal agar bersama membantu dari segi sumbangan wang tunai untuk menjayakan usaha di atas.
Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan ke Badan Amal Aljauhar (aljauhar2.blogspot.com)
*akaun Maybank 5620 8558 1017* (Aljauhar Enterprise)
dan untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi
1. Pn. Siti Fadzilah binti Abdul Manap (0192224474)
2. Pn. Norlinar Shamsuddin (0192283511)
*untuk sumbangan pindahan online, sila sebutkan _Dsara Damai_ di ruang "reference field" untuk memudahkan tracking.
Terima kasih di atas sifat prihatin dan dermawan tuan-puan semoga amal jariah dan kebajikan kita semua diterima dan diberkati Yang Maha Esa.
* gambar hiasan Masjid Al Muhtadin Damansara Damai

Sunday, June 12, 2016

BANTUAN RAMADHAN 1437H

Syukur Alhamdulillah bantuan Ramadhan telah diagihkan kepada 30 keluarga di Kg Termelong Lenggong, 60 keluarga di Kg Sangkut dan Sg Simpol Ijok Perak, manakala 30 keluarga orang asli Islam di Kg Guntur Batu Kikir Kuala Pilah N9.
Selain itu bantuan untuk baik pulih tandas surau PPRT Kg Sangkut sedang dijalankan, sumbangan 
PA System baru juga diserahkan kepada Pengerusi Surau.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang sama-sama menderma dalam program Ramdhan ini, semoga Allah SWT memberi ganjaran yg besar diakhirat nanti.

Kepada tuan/puan yang sudi mneginfak, dana masih diperlukan untuk membantu penduduk-penduduk yang miskin  di kampung pendalaman terutamanya di Ijok Perak, juga untuk penduduk miskin tegar yang tinggal di Flat PPRT Damansara Damai. Semoga Allah SWT merahmati kita semua dibulan yang mulia ini dengan sumbangan ikhlas yg diberi.


wakil di Lenggong Cikgu Jan menerima sumbangan bagi pihak penduduk






















sumbangan kepada penduduk di Kg Sg Simpol





sedang memilih baju2 terpakai di Surau Nurul Falah Kg Sg Simpol Ijok Perak















sumbangan kepada penduduk di Surau PPRT Kg Sangkut Ijok Perak

di Kg Guntur Batu Kikir Kuala Pilah.
Wakil Ustazah Fatimah menerima sumbangan bagi pihak penduduk orang asli disana










Pengerusi Surau PPRT Kg Sangkut menerima sumbangan PA System baru



langsir dan carpet sumbangan individu untuk surau PPRT







kerja-kerja baik pulih tandas dan tempat wudhu di Surau PPRT Kg Sangkut
Ijok Perak




rumah-rumah penduduk di perkampungan PPRT Kg Sangkut yang daif
yang  perlu dibaiki jika ada yang sudi memberi dana