Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan mangsa-mangsa banjir di sekitar Kelantan dan Pahang. Alhamdulillah Badan Amal Al Jauhar dapat mambantu beberapa keluarga yang dikenal pasti tidak mendapat semua/sebahagian bantuan dari mana-mana pihak di Kg Aur Gading Kuala Lipis dan Kg Sak Hulu Tanah Merah. Bantuan perlu berterusan setiap bulan (istiqomah) kerana musibah yang menimpa penduduk ini mengambil masa yang panjang untuk pulih saperti biasa.
Kebanyakan penduduk Kg Aur Gading Kuala Lipis adalah penoreh getah, sekarang ini sumber pendapatan tiada sebab barang kelengkapan untuk menoreh dibawa arus banjir justeru itu bantuan yang berterusan harus dihantar kepada penduduk disini untuk beberapa bulan akan datang.
Bantuan lain yang sangat diperlukan iaitu selimut dan toto (hamparan) untuk tidur kerana perubahan cuaca yang sejuk ketika ini.
Kepada semua yang sudi membantu dan menghulurkan sumbangan semoga ianya menjadi saham akhirat kelak. JazakAllahu Khair.
pakaian dalam wanita/remaja/budak lelaki & perempuan
|
barang bantuan mangsa banjir |
|
rumah yg ditenggelami air banjir hingga paras bumbung
di Kg Aur Gading Kuala Lipis |
|
kesan lumpur tebal dilantai |
|
barang plastik yang tersangkut di atas ceiling selepas banjir surut |
|
baju yang berlumpur |
|
rumah yang roboh sedang dibina semula
di kg aur Gading |
|
jambatan yang roboh di Kg Aur Gading
|
|
rumah yang berusia lebih 100 tahun ini shj yang terselamat di kg aur Gading |
|
kucing ini selamatkan dirinya naik ke atas pokok durian
berada diatas pokok selama 2 minggu |
|
jambatan gantung yang rosak |
|
jambatan pelampong sementara dibina oleh tentera |
|
inilah Sg Tenau di Kg Aur Gading yang
mengganas waktu banjir |
|
rumah yang hanyut |
|
roboh |
|
air naik paras tingkap (tingkap yang berlumpur) |
|
di tepi bandar Kuala Krai |
|
sampah barang rumah yang tidak boleh diguna lagi di Tanah Merah |
|
di Kg Sak Hulu Tanah Merah Kelantan |
|
dinding rumah yang dihanyut banjir di Kg Aur Gading |
|
pemilik rumah yang masih dalam suasana kebingungan |
|
di Kg Sak Hulu Tanak Merah Kelantan |