Wednesday, January 2, 2013

Back to School 2013

Alhamdulillah Misi Bantuan Back to School 2013 telah pun selesai (dengan izinNya). Misi ini telah diadakan pada 29-30dec 2012.
Pada 29dec kami ke Parit Buntar, disana seramai 53 pelajar telah dipilih dikalangan anak yatim dan anak miskin tegar. Setelah selesai kami terus ke Ijok Perak dan disana seramai 58 pelajar telah dipilih untuk menerima bantuan. Akhir sekali pada hari yang sama setelah selesai agihan di Ijok, kami meneruskan perjalanan ke Lenggong melalui Bukit Ijok. Di Lenggong seramai 52 pelajar dipilih yang mana dibahagikan kepada beberapa kampung setiap kampung menghantar 10 pelajar untuk menerima bantuan, antara kampung tersebut ialah Kg Chepo, Bkt Sapi, Banggol Belimbing dan Kg Temelung. 
Pada 30dec misi bantuan kepada 10 keluarga miskin/miskin tegar di kawasan Lubuk Merbau dan telah menyampaikan sumbangan beras, minyak dan zakat. Hanya 3 keluarga yang dapat kami lawati pada hari tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu, syarikat Intergrasi Erat dan  Badan Kebajikan Islam Bank Negara (BAKTI)yang sama-sama memberi sumbangan bagi menjayakan misi ini juga kepada semua sukarelawan yang turut serta. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada 
kalian semua dan semoga kita semua sentiasa dibawah perlindunganNYA.   



setelah selesai jamuan disediakan oleh cikgu Shahrizan
di Kg Temelung Lenggong 




 



agihan dibuat dihadapan wakil Lenggong
rumah cikgu Shahrizan











Syam n sham

cikgu Tarmimi bersama isteri dan anak

baju dan peralatan sekolah
                           

dinner di rumah cikgu Jan Lenggong
selepas program selesai

        
berdoa setelah selesai agihan di Surau
Kg Sg Jernih Ijok Perak



Puan Rozita wakil dari BNM



Sdr Firdaus sedang memberi ucapan

cikgu Tarmimi memberi sedikit motivasi
kepada pelajar yang hadir

baju dan peralatan yang telah siap untuk
diagihkan
 

agihan dibuat dihadapan gedung Hari-Hari
Parit Buntar Perak

pihak staff gedung beli belah Hari-Hari
telah siapkan uniform dan peralatan sekolah
untuk diagihkan






doa dibaca setelah selesai agihan 


Sdr Firdaus & cikgu Tarmimi


menunggu dihadapan kedai sebelum kami
tiba









Puan Zabidah
dihadapan rumah Puan Zabidah di Lubok Merbau

En Abd Rahman mengidap penyakit SLE
berusia 73 tahun tinggal bersama seorang
anak yang terpaksa berhenti kerja bagi
menjaga bapanya



En Mustafa (OKU) isteri kerja kilang
menyara 4 orang anak






Thursday, December 27, 2012

Miskin Tegar Kota Bahru

Alhamdulillah bantuan dan sumbangn dari beberapa individu telah pun disampaikan kepada keluarga miskin tegar di Kota Bahru Kelantan pada 21-23dec lepas. Mereka tinggal di alamat No: 34 Kg Tanjung Baru Kota Bahru Kelantan. Ketua keluarga bernama En Yaso bin Ghani mengidap kanser usus keadaan tubuh badan sangat kurus tidak dapat membuat kerja berat hanya sekadar menjaja ikan diatas motosikal buruk yang selalu rosak, pendapatan tidak menentu kadangkala Rm40 , Rm30 atau RM10 sehari ada juga pembeli yang berhutang, itulah nasib mereka, isterinya Puan Rosnani bt Ibrahim tidak berkerja kerana menjaga anak yang bongsu jantung berlubang selalu kena bawa ke hospital untuk pemeriksaan, mempunyai 6 orang anak, 5 lelaki seorang perempuan.
Sebelum mereka mendapat bantuan rumah PPR ini (dibina oleh kerajaan negeri) mereka tinggal di rumah yang keluasan sangat sempit dimana ruang dapur dan tidur yang sama.

Alhamdulillah setelah mendapat bantuan kehidupan mereka agak selesa sedikit saperti sebelumnya tetapi masih ada banyak kekurangan dari segi perbelanjaan anak-anak seharian.  mereka tidak mahu meminta-minta dengan orang sekeliling sanggup menahan lapar dan dikabarkan makanan seharian hanyalah nasi dengan budu atau hanya menunggu ehsan dari jiran-jiran menghantar makanan lebihan mereka. Peralatan rumah yang ada hanya satu meja makan yang lusuh dan 6 biji pinggan dan beberapa gelas minuman. cuba bayangkan dapur rumah kita berapa banyak set pinggan mangkuk yang ada di rak dan yang disusun didalam almari kaca.

Mereka hanya menerima bantuan sebanyak Rm450 sebulan itu termasuk untuk biaya perubatan anak bongsu yang jantung berlubang. Saudara mara (mungkin yang tidak beriman) langsung tidak ambil peduli malah dicerca dan diludah, mereka menggangap keluarga ini sangat hina.

Keputusan UPSR 2012 yang lalu anak kedua mereka telah mendapat 4A1B, lalu si ibu berasa sangat bangga dengan keputusan itu lalu bertanya pada anaknya apa hadiah yang di idamkan, lalu jawab anaknya dia teringin hendak minum MILO. (sangat menyentuh hati tatkala ibu tersebut memberitahu dalam keadaan sedih sambil menangis kerana dia tidak mampu membeli milo tersebut pada anaknya).

Tapi Alhamdulillah ada seorang hamba Allah telah memberi hadiah tersebut pada anaknya. Sangat gembira bila mana anaknya dapat merasa milo yang diberi oleh hamba Allah ini.

Apabila saya dapat berita ini, saya terus menalipon puan rosnani (pada 14dec) dan bertanya khabar tentang hal mereka, apabila ditanya apa yang dimakan pada hari itu, dia menjawab hanya dapat membeli 1kg beras sahaja dan tidak ada apa-apa lauk. Saya bertanya tentang baju sekolah anak-anak juga masih belum dibeli, 3 dari anaknya kena daftar pada 23Dec ini ke sekolah dengan berpakaian seragam tetapi beliau masih belum mampu membeli baju sekolah baru.
Pada 21-23dec lepas Badan Amal telah menziarahi keluarga ini dan Alhamdulillah semua bantuan yang diperlukan telah ditunaikan, saperti baju sekolah 5 orang anak, sedikit perabot juga barang-barang keperluan perkakas dapur.
Kami masih memerlukan penaja untuk menaja Rm100-150 untuk barang dapur setiap bulan. Badan Amal Aljauhar juga telah mengadakan mesyuarat bersama pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memilih mana-mana keluarga miskin tegar yang ingin dan mampu berdikari dan telah mencadangkan supaya keluarga ini diberi motor roda tiga supaya En Yaso dapat menjual sayur-sayuran selain ikan bila mana kemudahan itu diberi kepada mereka.
Sebenarnya ramai lagi miskin tegar diluar sana yang tidak kita ketahui melainkan jika berita itu disampaikan kepada kita melalui sahabat atau kenalan dengan izin Allah SWT.
Kepada tuan/puan yang bersimpati dengan keluarga ini dan sudi untuk menginfak sedikit rezeki yg telah dikurniakan kepada kita bolehlah bank in ke akaun Maybank 5620 8558 1017 - Al Jauhar Ent., insyaAllah Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar akan sampaikan sumbangan kepada keluarga ini.
DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita akan dikembalikan dan Dia juga yang mengurniakan rezeki yang kita nikmati selama ini...

Sedikit dari rezeki itu adalah untuk mereka-mereka yang sangat memerlukan saperti keluarga ini yang mana ramai orang terlepas pandang.
Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk taufik dan hidayah dariNya.





rumah PPR yg dibina oleh kerajaan negeri



Puan Rosnani bersama anak-anak

keadaan dalam rumah hanya meja makan
yang lusuh 

peralatan dapur hanya barang plastik yang
diguna seharian

ini sahaja barang makan yang ada dalam
rumah mereka

anak bongsu yang jantungnya berlubang

En Yaso baju biru yang mengidap
canser usus bersama En Muhamud tinggal
di Pengakalan Chepa yg telah membawa kami kerumah ini

motor yang digunakan untuk menjaja ikan
selalu rosak

semasa membeli belah bersama keluarga ini
di Hypermarket Pantai Timur di Pengkalan Chepa

barang-barang keperluan

puan rosnani dan anak perempuan
di area kasut


kasut sekolah 2 pasang setiap seorang

barang-barang keperluan rumah

dinner , first time dapat keluar makan
begini

milo blended & chicken chop


bersama puan rosnani dan adik ipar beliau
membentangkan tikar getah baru


tikar getah segulung untuk ruang tamu/dapur
dan 3 bilik tidur



meja makan baru


tilam untuk anak-anak, sebelum ini hanya
toto menjadi kain lapik setiap malam




kabinet dapur gas

kabinet dapur


almari baju / almari cermin & tilam untuk
bilik puan rosnani