Jika dilihat dalam gambar dibawah keadaan peralatan belajar untuk pelajar-pelajar tersebut masih belum sempurna saperti kerusi meja pelajar. Oleh itu saya terpanggil untuk menyiarkan gambar-gambar ini agar ada yang akan membantu mereka ini.
Sekiranya ada yang sudi membantu harga satu set kerusi dan meja ialah RM109.20. dan kami memerlukan 50 set.
Bangunan ini juga perlu di cat agar kelihatan bersih dan cantik, kerana itu juga tuntutan didalam agama Islam, sedangkan disini pembelajaran nya juga banyak menekan tentang Keislaman kepada pelajar mereka.
Kepada tuan/puan muslimin/ muslimat yang ingin membantu anggaran untuk mengecat bangunan sebanyak RM5,000 termasuk upahnya.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian 019-2224474 atau boleh bank in terus ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap.
Semoga usaha murni kita mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.




















Rumah 6 - Rumah Awang Baharom berusia 90 tahun tinggal bersendirian di rumah ini. Salah seorang anak nya tinggal berdekatan dengan beliau yang tolong memasak makanan dan di hantar ke rumahnya.




Rumah 4 - Rumah Puan Rosanah Said (Ic: 570502-08-6874) seorang ibu tunggal mempunyai 7 orang anak yang bongsu 7 tahun. Pendapatan hanya bergantung pada anak yang sulong (sudah kahwin juga kena sara keluarga sendiri ) dan kedua yang berkerja di kampung saperti menoreh atau kutip kelapa sawit.


Rumah 3 - Rumah Puan Halimah Ismail seorang ibu tua yang menjaga anak perempuannya berusia 30 tahun mempunyai anak 2 orang 6 / 8 tahun yang sakit TB (tulang reput). Puan Halimah juga menjaga cucu-cucunya yang telah ditinggal oleh ayah mereka yang tidak dapat dikesan. Lihat gambar keadaan dalam rumah Puan Halimah.










Barang-barang diletak di dewan untuk diagihkan kepada keluarga miskin. pekerja sukarela telah sama-sama membantu untuk membahagikan makanan kepada 30 keluarga fakir miskin.





