Tuesday, September 9, 2008

Majlis Buka Puasa




Keluarga miskin tegar yang duduk semeja menanti waktu berbuka.

Majlis buka puasa bersama Ibu Tunggal , Anak Yatim , Pelajar Tahfiz dan Miskin Tegar telah diadakan pada 7 / 14 & 23 Sept 2008 bertempat di Restoran Kopi Shoppe Subang Permai Shah Alam. Seramai 60 - 80 orang telah dijemput ke majlis bebuka di restaurant ini. Mereka tinggal disekitar Kg Melayu Subang yang bersebelahan dengan Desa Subang Permai. Majlis sebegini akan diadakan dari masa ke semasa didalam bulan Ramadhan ini, sekiranya ada mana-mana pihak ingin menyumbang (sponsor). Di cadangkan majlis saperti ini harus berterusan meskipun bukan di bulan Ramdhan agar mereka ini sentiasa dapat menikmati suasana serupa ini.

Wednesday, August 27, 2008

Ibu Tunggal dan Anak Yatim Sekitar Kg Melayu Subang

Gambar diatas kelihatan 10 ibu tunggal yang dipilih untuk menerima sumbangan hamper hari raya. Sumbangan daripada individu-individu yang prihatin dengan kehidupan ibu tunggal bersama anak yatim. Sumbangan ini telah diserahkan pada 28/9/08 bertempat di Surau Taman Subang Baru (PKNS) .








Gambar rumah-rumah ibu tunggal bersama anak-anak yatim yang mendapat bantuan berupa makanan yang dibekalkan kepada mereka sekeluarga setiap bulan. Setakat ini hanya 6 keluarga sahaja yang terpilih dari aspek kewangan mereka.

Selain itu ada 3 keluarga miskin tegar yang juga mendapat bantuan makanan setiap bulan. Tugas kami dari masa ke semasa akan sentiasa mencari golongan yang daif yang memerlukan bantuan.

Oleh itu saya memohon dari mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka ini bolehlah menghubungi saya melalui email saya sitifrahim@yahoo.com atau di talian 012-6919920 / 03-78450226

Thursday, August 21, 2008

MT Ummul Qura Jalan Kebun


MT Ummul Qura terletak di jalan Kebun Klang.







































































































Wednesday, August 20, 2008

Rumah ibu tunggal dan OKU di Merbau Sempak






Ibu tunggal





Maahad Tahfiz Al Hikmah Merbau Sempak Sg Buloh

Misi penghantaran makanan berbuka kepada pelajar MT Al-Hikmah telah dibuat sebanyak tiga kali. Kelihatan pelajar sedang memungah makanan yang dibawa. Menu yang disediakan saperti nasi putih / nasi beriani / lauk / kuih / buah / dan air.





















Kolam ikan
surau, disinilah tempat mereka belajar

Tempat belajar berhadapan dengan katil pelajar




Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang diambil di MT Al Hikmah Merbau Sempak Sg Buloh. Terdapat seramai 25 pelajar perempuan disini yang datang dari Perak, Kedah, Johor untuk menimba ilmu disini. MT ini masih memerlukan bantuan untuk memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar nya. Antaranya kelas room yang kecil dan sempit perlu dibesarkan, rak-rak buku dan almari baju yang kecil tidak mencukupi untuk menyimpan barang keperluan mereka.









Selamat datang ke Website Al-jauhar



WELCOME AL-JAUHAR WEBSITE