Tuesday, January 20, 2015

Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis & Tanah Merah (Misi 1)

 Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan mangsa-mangsa banjir di sekitar Kelantan dan Pahang. Alhamdulillah Badan Amal Al Jauhar dapat mambantu beberapa keluarga yang dikenal pasti tidak mendapat semua/sebahagian bantuan dari mana-mana pihak di Kg Aur Gading Kuala Lipis dan Kg Sak Hulu Tanah Merah.  Bantuan perlu berterusan setiap bulan (istiqomah) kerana musibah yang menimpa penduduk ini mengambil masa yang panjang untuk pulih saperti biasa.
Kebanyakan penduduk Kg Aur Gading Kuala Lipis adalah penoreh getah, sekarang ini sumber pendapatan tiada sebab barang kelengkapan untuk menoreh dibawa arus banjir justeru itu bantuan yang berterusan harus dihantar kepada penduduk disini untuk beberapa bulan akan datang.
Bantuan lain yang sangat diperlukan iaitu selimut dan toto (hamparan) untuk tidur kerana perubahan cuaca yang sejuk ketika ini.  
Kepada semua yang sudi membantu dan menghulurkan sumbangan semoga ianya menjadi saham akhirat kelak. JazakAllahu Khair.
pakaian dalam wanita/remaja/budak lelaki & perempuan






barang bantuan mangsa banjir

rumah yg ditenggelami air banjir hingga paras bumbung
di Kg Aur Gading Kuala Lipis

kesan lumpur tebal  dilantai  



barang plastik yang tersangkut di atas ceiling selepas banjir surut

baju yang berlumpur 




rumah yang roboh sedang dibina semula
di kg aur Gading





 jambatan yang roboh di Kg Aur Gading





rumah yang berusia lebih 100 tahun ini shj yang terselamat di kg aur Gading



kucing ini selamatkan dirinya naik ke atas pokok durian
berada diatas pokok selama 2 minggu



jambatan gantung yang rosak



jambatan pelampong sementara dibina oleh tentera


inilah Sg Tenau di Kg Aur Gading yang
mengganas waktu banjir 




rumah yang hanyut 



roboh

air naik paras tingkap (tingkap yang berlumpur)





di tepi bandar Kuala Krai




sampah barang rumah yang tidak boleh diguna lagi di Tanah Merah

di Kg Sak Hulu Tanah Merah Kelantan

















dinding rumah yang dihanyut banjir di Kg Aur Gading

pemilik rumah yang masih dalam suasana kebingungan

di Kg Sak Hulu Tanak Merah Kelantan











Bantuan Asnaf/Yatim di Kg Pengkalan Gate Ipoh Perak

Alhamdulillah pada 10/1/2015 telah menghantar 3 dari 8 orang anak-anak yatim yang baru kematian bapa mereka ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Iman di Kg Manjoi Ipoh Perak. Alhamdulillah sekurang-kurangnya mereka dapat belajar dengan baik disini. 5 orang dari mereka tidak bersekolah dan 3orang yang tidak pernah bersekolah langsung umur antara 9-12 tahun atas sebab kemiskinan, ibu dan bapa mereka tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Kepada sesiapa yg ingin membantu boleh ctc admin blog ini. Semoga amal jariah kita menjadi saham akhirat kita inshAllah. 

sedih untuk berpisah dengan ibu


3 org anak yatim yang tidak pernah bersekolah bersama ibu mereka




penyelia asrama (baju biru)







bersama penyelia asrama Puan Aminah, Zah wakil di Ipoh
dan puan Aziah ibu anak2 yatim


















 Bantuan untuk asnaf miskin/anak yatim di  Kg Pengkalan Gate Ipoh Perak


 






gotong royong memasak untuk kenduri tahli arwah sehari selepas
kematian bapa mereka


lima dari 8 orang anak yang tidak bersekolah






berbincang dengan ibu mereka(baju biru) untuk menghantar 3orang
anak beliau ke rumah Anak yatim di Kg Manjoi