Majlis telah diadakan pada 29/7/2013 bertempat di Sekolah Agama Kafa Insaniah Lembah Subang. Seramai 110 keluarga telah dijemput hadir ke majlis iftar ini dan beras fidyah diagihkan kepada mereka selepas berbuka. Seramai 6 keluarga mualaf dan 5 warga OKU hadir pada majlis ini. Selain itu goodies dan duit raya juga diedarkan kepada kanak-kanak yang hadir.
Bagi pihak penduduk ribuan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Astro yang telah berbesar hati menaja majlis iftar ini. Semoga Allah swt memberkati kalian semua dan semoga dimurahkan rezeki yang halal dengan kesihatan yang baik.
Kepada penyumbang beras fidyah semoga fidyah anda diterima disisi Allah swt.
|
tazkirah disampaikan sebelum berbuka |
|
beras fidyah akan diagihkan selepas berbuka |
|
anak En Zainal dari blok A bersama
ibu mereka, salah seorang adalah anak OKU |
|
kak rohaya (mualaf) juga telah menjadi salah
seorang OKU setelah kaki dipotong 4 bulan
yang lalu |
|
OKU duduk atas kerusi roda kaki sebelah
kiri dipotong |
|
sukarelawan |
|
mengambil juadah sebelum berbuka |
|
OKU berumur 29 tahun tapi sifat keanakan
duduk ditengah bersama bapanya yang menjaga
beliau tanpa ibu disisi |
|
warga emas juga OKU |
|
seorang mualaf berbaju putih bersama anaknya |
|
keluarga mualaf |
|
beras fidyah diagihkan pada penduduk
yang hadir pada majlis iftar ini |