tandas surau dalam pembinaan |
dalam tandas kanan, tiles akan dipasang |
dalam tandas kiri |
sebelah belakang saluran paip dipasang |
bahagian belakang |
keadaan surau dari bahagian tepi |
pintu dan tangga ke ruang solat muslimat |
Surau yang daif ini terletak dihujung kampung Sg Simpol Ijok Perak. Usia hampir 70 tahun tetapi masih ada penduduk kampung yang datang solat 5 kali sehari disini. Walaupun keadaan sangat menyedihkan penduduk disini selalu mengadakan majlis-majlis saperti maulidur rasul dll.
Oleh itu cadangan untuk membina sebuah surau baru diatas tapak surau ini dengan keluasan 60 x 40 kps. (budget lebih kurang RM100K) secepat mungkin bagi keselesaan penduduk disini. Setakat ini pembinaan 2 buah tandas sedang dijalankan, dana atas ihsan beberapa individu. (selama ini surau tiada tandas)
Justeru kepada sesiapa yang sudi menginfak Rm10.00 seorang atau sedikit dari rezeki yang dianugerahkan olehNYA untuk pembinaan surau baru amatlah dialu-alukan. Kepada para kontrator yang sudi membantu boleh hubungi admin secepat mungkin. Marilah sama-sama kita membantu mereka jika di bandar-bandar surau atau masjid begitu canggih dibina dengan harga berjuta-juta tetapi disini dengan kos budget 100K insyaAllah kita dapat memberi sebuah surau yang selesa untuk penduduk kampung ini.
Semoga sedikit amal jariah yang kita beri insyaAllah akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT.
keadaan saperti kandang kambing
kolah air wudhu tidak berbumbung
ruang penyediaan makanan
ruang yang telah usang
ruang solat muslimin, carpet dilipat sebab tempias jika hujan
ruang solat muslimat
ruang solat imam, lihat tulisan di dinding
barang-barang hardware bagi pembinaan tandas
kerja2 memasang mangkuk tandas
rombongan TM Bangsar yang melawat surau pada 29/6/2013