Saturday, March 9, 2013

Food Aid ke Kampung Sumpitan, Banggol Batu dan Ulu Chepo Lenggong Perak

Bantuan makanan telah dihantar ke kampung-kampung tersebut pada 9/3/2013. Alhamdulillah bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang miskin lagi daif di sekitar kampung di Lenggong. Jutaan terima kasih kepada semua para dermawan hanya Allah SWT yang akan membalas jasa baik kalian. Kepada yang sudi menginfak sila hubungi admin tel no. saperti yang tertera.

Add caption






rumah kak hamidah

suami kak hamidah yang hanya boleh duduk
jika penat berbaring

kak Hamidah menjaga suami yang baru
kena strok lumpuh sebelah badan

volunteers dari Kg Chepo



keluarga OKU di Kg Banggol Batu

rumah mereka

pernah mendapat bantuan dari Badan Amal ini
untuk menggantikan bumbung yang bocor,
gambar zink baru yang telah ditukar

bahagian dapur

keadaan bilik mandi

tiada ceiling, tiada kipas angin bayangkan
jika musim panas


tandas yang perlu dibaiki segera, keadaan
sangat kritikal boleh tumbang jika ditiup
angin kuat

ibu dan anak adalah OKU

doa dibaca untuk kesejahteraan mereka
sekeluarga





warga emas ini juga mendapat bantuan
tinggal di Kg Ulu Chepo


beliau seorang OKU tinggal bersama ibunya

rumah yang didiami OKU (gmbar sebelah)


ibu mereka tiada dirumah semasa
kedatangan kami

bersama anak-anak yatim di Ulu Chepo


doa untuk kesejahteraan mereka


mengagih baju terpakai







Wednesday, January 2, 2013

Back to School 2013

Alhamdulillah Misi Bantuan Back to School 2013 telah pun selesai (dengan izinNya). Misi ini telah diadakan pada 29-30dec 2012.
Pada 29dec kami ke Parit Buntar, disana seramai 53 pelajar telah dipilih dikalangan anak yatim dan anak miskin tegar. Setelah selesai kami terus ke Ijok Perak dan disana seramai 58 pelajar telah dipilih untuk menerima bantuan. Akhir sekali pada hari yang sama setelah selesai agihan di Ijok, kami meneruskan perjalanan ke Lenggong melalui Bukit Ijok. Di Lenggong seramai 52 pelajar dipilih yang mana dibahagikan kepada beberapa kampung setiap kampung menghantar 10 pelajar untuk menerima bantuan, antara kampung tersebut ialah Kg Chepo, Bkt Sapi, Banggol Belimbing dan Kg Temelung. 
Pada 30dec misi bantuan kepada 10 keluarga miskin/miskin tegar di kawasan Lubuk Merbau dan telah menyampaikan sumbangan beras, minyak dan zakat. Hanya 3 keluarga yang dapat kami lawati pada hari tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu, syarikat Intergrasi Erat dan  Badan Kebajikan Islam Bank Negara (BAKTI)yang sama-sama memberi sumbangan bagi menjayakan misi ini juga kepada semua sukarelawan yang turut serta. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada 
kalian semua dan semoga kita semua sentiasa dibawah perlindunganNYA.   



setelah selesai jamuan disediakan oleh cikgu Shahrizan
di Kg Temelung Lenggong 




 



agihan dibuat dihadapan wakil Lenggong
rumah cikgu Shahrizan











Syam n sham

cikgu Tarmimi bersama isteri dan anak

baju dan peralatan sekolah
                           

dinner di rumah cikgu Jan Lenggong
selepas program selesai

        
berdoa setelah selesai agihan di Surau
Kg Sg Jernih Ijok Perak



Puan Rozita wakil dari BNM



Sdr Firdaus sedang memberi ucapan

cikgu Tarmimi memberi sedikit motivasi
kepada pelajar yang hadir

baju dan peralatan yang telah siap untuk
diagihkan
 

agihan dibuat dihadapan gedung Hari-Hari
Parit Buntar Perak

pihak staff gedung beli belah Hari-Hari
telah siapkan uniform dan peralatan sekolah
untuk diagihkan






doa dibaca setelah selesai agihan 


Sdr Firdaus & cikgu Tarmimi


menunggu dihadapan kedai sebelum kami
tiba









Puan Zabidah
dihadapan rumah Puan Zabidah di Lubok Merbau

En Abd Rahman mengidap penyakit SLE
berusia 73 tahun tinggal bersama seorang
anak yang terpaksa berhenti kerja bagi
menjaga bapanya



En Mustafa (OKU) isteri kerja kilang
menyara 4 orang anak