Thursday, December 27, 2012

Miskin Tegar Kota Bahru

Alhamdulillah bantuan dan sumbangn dari beberapa individu telah pun disampaikan kepada keluarga miskin tegar di Kota Bahru Kelantan pada 21-23dec lepas. Mereka tinggal di alamat No: 34 Kg Tanjung Baru Kota Bahru Kelantan. Ketua keluarga bernama En Yaso bin Ghani mengidap kanser usus keadaan tubuh badan sangat kurus tidak dapat membuat kerja berat hanya sekadar menjaja ikan diatas motosikal buruk yang selalu rosak, pendapatan tidak menentu kadangkala Rm40 , Rm30 atau RM10 sehari ada juga pembeli yang berhutang, itulah nasib mereka, isterinya Puan Rosnani bt Ibrahim tidak berkerja kerana menjaga anak yang bongsu jantung berlubang selalu kena bawa ke hospital untuk pemeriksaan, mempunyai 6 orang anak, 5 lelaki seorang perempuan.
Sebelum mereka mendapat bantuan rumah PPR ini (dibina oleh kerajaan negeri) mereka tinggal di rumah yang keluasan sangat sempit dimana ruang dapur dan tidur yang sama.

Alhamdulillah setelah mendapat bantuan kehidupan mereka agak selesa sedikit saperti sebelumnya tetapi masih ada banyak kekurangan dari segi perbelanjaan anak-anak seharian.  mereka tidak mahu meminta-minta dengan orang sekeliling sanggup menahan lapar dan dikabarkan makanan seharian hanyalah nasi dengan budu atau hanya menunggu ehsan dari jiran-jiran menghantar makanan lebihan mereka. Peralatan rumah yang ada hanya satu meja makan yang lusuh dan 6 biji pinggan dan beberapa gelas minuman. cuba bayangkan dapur rumah kita berapa banyak set pinggan mangkuk yang ada di rak dan yang disusun didalam almari kaca.

Mereka hanya menerima bantuan sebanyak Rm450 sebulan itu termasuk untuk biaya perubatan anak bongsu yang jantung berlubang. Saudara mara (mungkin yang tidak beriman) langsung tidak ambil peduli malah dicerca dan diludah, mereka menggangap keluarga ini sangat hina.

Keputusan UPSR 2012 yang lalu anak kedua mereka telah mendapat 4A1B, lalu si ibu berasa sangat bangga dengan keputusan itu lalu bertanya pada anaknya apa hadiah yang di idamkan, lalu jawab anaknya dia teringin hendak minum MILO. (sangat menyentuh hati tatkala ibu tersebut memberitahu dalam keadaan sedih sambil menangis kerana dia tidak mampu membeli milo tersebut pada anaknya).

Tapi Alhamdulillah ada seorang hamba Allah telah memberi hadiah tersebut pada anaknya. Sangat gembira bila mana anaknya dapat merasa milo yang diberi oleh hamba Allah ini.

Apabila saya dapat berita ini, saya terus menalipon puan rosnani (pada 14dec) dan bertanya khabar tentang hal mereka, apabila ditanya apa yang dimakan pada hari itu, dia menjawab hanya dapat membeli 1kg beras sahaja dan tidak ada apa-apa lauk. Saya bertanya tentang baju sekolah anak-anak juga masih belum dibeli, 3 dari anaknya kena daftar pada 23Dec ini ke sekolah dengan berpakaian seragam tetapi beliau masih belum mampu membeli baju sekolah baru.
Pada 21-23dec lepas Badan Amal telah menziarahi keluarga ini dan Alhamdulillah semua bantuan yang diperlukan telah ditunaikan, saperti baju sekolah 5 orang anak, sedikit perabot juga barang-barang keperluan perkakas dapur.
Kami masih memerlukan penaja untuk menaja Rm100-150 untuk barang dapur setiap bulan. Badan Amal Aljauhar juga telah mengadakan mesyuarat bersama pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memilih mana-mana keluarga miskin tegar yang ingin dan mampu berdikari dan telah mencadangkan supaya keluarga ini diberi motor roda tiga supaya En Yaso dapat menjual sayur-sayuran selain ikan bila mana kemudahan itu diberi kepada mereka.
Sebenarnya ramai lagi miskin tegar diluar sana yang tidak kita ketahui melainkan jika berita itu disampaikan kepada kita melalui sahabat atau kenalan dengan izin Allah SWT.
Kepada tuan/puan yang bersimpati dengan keluarga ini dan sudi untuk menginfak sedikit rezeki yg telah dikurniakan kepada kita bolehlah bank in ke akaun Maybank 5620 8558 1017 - Al Jauhar Ent., insyaAllah Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar akan sampaikan sumbangan kepada keluarga ini.
DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita akan dikembalikan dan Dia juga yang mengurniakan rezeki yang kita nikmati selama ini...

Sedikit dari rezeki itu adalah untuk mereka-mereka yang sangat memerlukan saperti keluarga ini yang mana ramai orang terlepas pandang.
Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk taufik dan hidayah dariNya.





rumah PPR yg dibina oleh kerajaan negeri



Puan Rosnani bersama anak-anak

keadaan dalam rumah hanya meja makan
yang lusuh 

peralatan dapur hanya barang plastik yang
diguna seharian

ini sahaja barang makan yang ada dalam
rumah mereka

anak bongsu yang jantungnya berlubang

En Yaso baju biru yang mengidap
canser usus bersama En Muhamud tinggal
di Pengakalan Chepa yg telah membawa kami kerumah ini

motor yang digunakan untuk menjaja ikan
selalu rosak

semasa membeli belah bersama keluarga ini
di Hypermarket Pantai Timur di Pengkalan Chepa

barang-barang keperluan

puan rosnani dan anak perempuan
di area kasut


kasut sekolah 2 pasang setiap seorang

barang-barang keperluan rumah

dinner , first time dapat keluar makan
begini

milo blended & chicken chop


bersama puan rosnani dan adik ipar beliau
membentangkan tikar getah baru


tikar getah segulung untuk ruang tamu/dapur
dan 3 bilik tidur



meja makan baru


tilam untuk anak-anak, sebelum ini hanya
toto menjadi kain lapik setiap malam




kabinet dapur gas

kabinet dapur


almari baju / almari cermin & tilam untuk
bilik puan rosnani


Tuesday, October 30, 2012

Misi Bantuan Kemanusiaan Ijok & Lengong, Perak

Misi Bantuan Baling Sept 2012

Wednesday, October 24, 2012

Qurban 1433H (2012)

Alhamdulillah ibadah qurban pada tahun ini 1433H (2012) telah selesai dibuat di beberapa kampung saperti tersenarai dibawah. Kampung-kampung ini dipilih atas dasar penduduk fakir miskin / miskin nya yang ramai dan mereka ini tidak berkemampuan untuk menunaikan ibadah qurban.   Kepada semua yang menyertai qurban kali ini semoga qurban kalian diterima disisi Allah SWT sapertimana Allah menerima qurban Habil yang ikhlas dan ia adalah qurban yang pertama dibuat diatas muka bumi ini atas suruhan Allah SWT keatas Nabi Adam a.s.   Senarai nama peserta qurban dan kampung-kampung yang dipilih saperti dibawah :-
Gambar-gambar yang sempat diambil pada hari raya pertama, gambar  sembelihan pada hari raya kedua masih belum terima dari kampung-kmpung saperti tersenarai dibawah.
  Kg Pasir Gedebu Tg Piandang   Parit Buntar Perak (2 ekor - raya pertama)

1. Suhaimi Ismail    2. Zaida Mohd Sharif   3. Nurul Farhana Suhaimi   4.  Hafiz Aiman Suhaimi   5. Hannah Farzana Suhaimi   6.  Rasimah Razali   7.  Amning Samingan

1. Mohd Rahimi Arifin   2. Haswani Ghazali   3. Wan Ahmad Nasim Wan Shamsuddin     4. Emilia Oniza Othman   5. Amal Daharin Mahamood   6. Mohamed Rizalman Mohamed Nor   7. Mohd Saufy Mohd Razuan


Surau Hj Shaari Bagan Tiang   Tg Piandang Perak (1 ekor - raya pertama)    

1.  Anuar Abu Bakar  2. Sharifah Lila Wafa Syed Khalid Wafa  3. Muhammad Athir Anuar
4. Siti Nur Nadeerah Arzami   5. Kamariah Othman  6.  Mazrina Mokhtar   7. Mensom Mansor

Surau Simpang Tiga Kuala Kurau    Perak (1 ekor - raya kedua)

1. Hj Zahari Hamzah   2. Hjh Hanissujallis Mohd Yusof   3. Hjh Cik Soo Abdullah    4. Ahmad Zaffry Zahari  5. Nur Zaffyra Zahari   6. Nur Zaheera Zahari   7. Hj Hamzah Mohd Ali

Kg Parit Kasa Sg Setar  Tg Piandang Perak (1 ekor - raya kedua) 

1. Mentera Ahmad   2. Adliza Ahmad Syukry   3.  Azlida Ahmad Syukry   4.  Mohd Kamal Ramly
5. Nur Adelina Fateha Azlan   6. Roselawati Nasaruddin   7. Uzair Abu Hanifah 

Kg Sg Labu Bawah Tg Piandang Perak (1 ekor - raya kedua)     

1. Ziana Mohd Ariff    2. Abdullah Abdul Wahab   3. Fatimah Yahya   4. Halimah Mohd  Isa
5. Maznah Awang   6. Wan Noorium Wan Harun   7. Nora'ida Ahmad

Kg Temelung Lenggong Perak  (3 ekor - raya pertama)

1. Hamba Allah   2. Siti Salbiah Dasiyo  3. Shariffudin Khalid  4. Hamba Allah   5 . Hamba Allah
6. Hamba Allah  7. Hamba Allah

1. Ayu  Afzan Makhatar   2. Muhammad Nawawi Mohd Ramly   3. Maziah Harun   4. Makhatar Saat
5. Muhamad Hakim Zaaba    6. Aneesa Kamarudin    7. Rahimah Judin

1. Asiah Zakaria   2. Nik Adham   3. Zaharah Hj Ali   4. Roznita Ishak   5. Norpipah Taib
6. Nur Zeela Yusof   7. Norhayati Kamaruzzaman

Kg Temelung Lenggong Perak (3 bahagian)

1.  Izzat Zulqarnain Mohd Suhaimi   2. Danial Ridzwan Mohd Suhaimi  3. Siti Romaniaty

Kg Bukit Sapi Lenggong Perak (1 ekor - raya pertama)

1.  Wan Mazlina Wan Mohamed      2. Zalilah Abd Aziz    3.Mohamad Rosli Haron
4. Zulkiflee Yusof    5. Mohd Zainuri Md Zain   6. Wafeq Riza Farouk  7. Iffah Farhanah Riza Farouk

Kg Banggol Belimbing Lenggong Perak (1 ekor -raya pertama)

1. Jamal Yusof   2. Zafarina Mohamed Yassin   3. Sophia Aliza Jamal   4. Marissa Aliza Jamal
5. Kayra Aliza Jamal   6. Zulinda Mohamed Yassin  7. Zarina Mohamed Yassin

Masjid Jamik Mantin Negeri Sembilan (1 ekor - raya pertama)

1. Siti Fadzilah Abdul Manap   2. Nor Asma Ghazali   3. Mohd Ridzuan Hj Ghazali 
4. Hazizah Ambi    5. Mardiah    6. Rajuna   7. Rokiah

Flat PPR Blok D Lembah Subang Petaling Jaya (1ekor - raya pertama)

1. Othaman Mohamed    2. Siti Zahara Mohammad    3. Siti Zabeda Mohamma
4. Mohd Ali Mohamed   5. Siti Hasmah Mohamed   6. Aida Shireen   7. Ashida Mohd Ibrahim




surau Hj Shaari Bagan Tiang Tg Piandang

permandangan sawah padi di Tg Piandang


Hj Hamdan (kopiah putih) wakil di Parit Buntar bersama
Imam surau

muslimat menjamu selera dengan ketupat dan lemang selepas
solat raya




lembu qurban Surau Hj Shaari  Bagan Tiang Tg Piandang



lembu qurban Surau Hj Shaari
yang ini lembu qurban di Kg Parit Kasa Sg Setar Tg Piandang
 yang disembelih pada hari raya kedua (sabtu)

tempat sembelihan di Kg Pasir Gedebu Tg Piandang

lembu qurban sedang di potong untuk diagihkn

penduduk gotong royong menyembelih dan memotong lembu qurba
diKg Pasir Gedebu Tg Piandang










lembu qurban di Kg Simpang Tiga Kuala Kurau yg disembelih
pada hari raya kedua (sabtu) 


Hj Hamdan sedang menulis senarai nama pserta lembu qurban
di Kg Simpang Tiga Kuala Kurau, qurban dibuat dihalaman
rumah Hj Yusof

Hj Yusof dan isteri Hjh Sakyah

penyembelihan di Masjid Jamik Mantin NS pada hari raya pertma


melapah lembu di Masjid Jamik Mantin NS




lembu qurban Masjid Jamik Mantin NS


lembu sedang diturunkan di Masjid Jamik Mantin



lembu qurban di Flat PPRT LembahSubang



salah satu lembu qurban di Kg Temelung Lenggong