Sunday, June 10, 2012

Lawatan dan Bantuan Lembah Subang

Syukur Alhamdulillah pada hari ini 10/6/12 satu lagi misi bantuan telah diadakan bersama para pelajar dari UM (pelajar luar kampus). Ini adalah lawatan pertama mereka ke kawasan PPR Lembah Subang, dan mereka telah melihat sendiri keadaan penduduk miskin, ibu tunggal dan OKU yang tinggal disini. Sumbangan berupa beras, minyak masak, gula , tepung dll. telah disampaikan kepada 10 keluarga antara penerima yang berpendapatan bawah Rm1k, ibu tunggal dan keluarga OKU. Selama ini Aljauhar bergerak sendiri walaupun telah dijemput beberapa sahabat atau sesiapa jua yang sudi menyertai misi bantuan tetapi tidak ada respond yang memberansangkan. Tapi hari ini Alhamdulillah syukur pada Nya kerana dengan izin Nya maka kami (saya dan pelajar2) bertemu dan walaupun hanya 10 keluarga yang kami sempat ziarah insyaAllah misi bantuan saperti ini akan diteruskan dan kami akan beristiqomah dalam aktiviti bantuan ini. Hanya untuk 10 keluarga yang mampu kami bawa sumbangan untuk kali ini, mata mata yang memandang kehadiran kami disitu amat mengharapkan bantuan sumbangan akan sampai kepada mereka juga tapi apakan daya tidak ramai yang sudi menghulurkan sumbangan samada dari segi barangan mahupun wang ringgit untuk diagihkan kepada penduduk miskin di Flat PPR Lembah Subang. InsyaAllah pada misi seterusnya kami akan usahakan agar lebih ramai keluarga yang akan menerima bantuan. Kelebihan pada misi kali ini setiap rumah yang diberi bantuan dan sebelum beredar doa akan dibacakan oleh salah seorang pelajar UM mohon agar penghuni rumah diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.  
  Ribuan terima kasih diucapkan kepada group Al Firdausi dari UM semoga Allah swt memberi ganjaran pahala kepada kalian semua dan tidak lupa juga kepada semua para dermawan hanya Allah swt membalas jasa baik kalian.  
Kepada semua yang sudi memberi bantuan sumbangan sila hubungi nombor saperti tertera di blog ini atau boleh bank in terus kerana sumbangan dana masih diperlukan.


group Al Firdausi bergambar sebelum bergerak
ke Blok C


Add caption





En Firdaus bersama En Rahman (mualaf & OKU)


bersama keluarga En Rahman
Blok C 1-12

menunggu lif ke tingkat 12

En Azmi yg baru sembuh dari strok
tinggal di Blok E-12-23

En Azmi bersama anak-anak, masih tidak
ada kerja begitu juga dengan isteri, buat masa
ini terpaksa menumpang wire elektrik dari
rumah jiran sebelah, tidak mampu untuk bayaran
wiring seluruh rumah

Pn Zarina menerima sumbangan


En Azhar (OKU) bersama isteri Pn Zarina
pendapatan sehari Rm15 (tidak menentu)
kerja fotostat di rumah Blok E-3-03

Pn Wan Noor menyerahkan sumbangan
kepada Pn Rohaya Blok D-1-02


Pn Rohaya (mualaf) sedang menerangkan
sesuatu kepada Pn Wan Noor

bapa kepada seorang ibu tunggal dan 5 org
anak yatim, pendapatan Rm700 sebagai pembantu
sekolah Blok G-7-22

Pn hasnida, anak 8 orang suami kerja sendiri
pendapatan Rm700 sebulan
blok G-6-18

En Shamsudin kerja sebagai cleaner di
flat ini menyara 6 org anak, pendapatan Rm800
blok G-5-15

Pn Rabiatul Atikah tidak ada dlm
senarai bantuan tapi keadaan beliau
yang sangat daif kami menghulurkan
bantuan kepada beliau di tangga
flat kebetulan beliau berada disitu
(suami menghidap Thalessemia)
blok G-16-19



En Ramli mempunyai seorang anak
OKU berniaga kecil-kecilan di tingkat bawah
flat Blok G-2-17

En Firdaus sempena nama yang sama di papan tanda Surau
Blok G




Monday, June 4, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

Peserta remaja lelaki
Kursus pengurusan jenazah telah diadakan di surau Blok G Flat PPRT Taman Putra Damai Lembah Subang pada 4/6/2012. Alhamdulillah penyertaan dari penghuni blok G dan H amat mengalakkan dikalangan remaja lelaki, perempuan dan ibu-ibu. Seramai 50 peserta keseluruhannya yang menyertai kursus kali ini yang mana pada mulanya target seramai 40 peserta sahaja.
Alhamdulillah saya medapat kerjasama dari pihak bahagian Dakwah pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk mendapatkan modul, penceramah dan juga sijil penyertaan. Semua peralatan, khemah, sagu hati ustaz dan makan minum telah disumbangkan oleh orang perseorangan yang prihatin betapa pentingnya kursus ini sebagai salah satu fardhu kifayah yang perlu ditunaikan kepada sesiapa jua yang bakal menjadi jenazah. Saya bagi pihak penduduk setempat mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala bentuk sumbangan yang telah dihulurkan bagi menjayakan kursus ini. Semoga apa yang telah dipelajari oleh para peserta dapat dimanfaatkan dengan baik oleh mereka dan semoga ganjaran pahalanya sampai kepada kalian semua insyaAllah.   



peserta dewasa dikalangan ibu-ibu




seorang peserta remaja sedang menjadi model
apa perlu dilakukan ketika jenazah baru meninggal

ustaz sedang menunjukkan supaya minyak
disapukan dipergelangan siku


cara-cara untuk mengqiamkan jenazah


ustaz sedang beri penenrangan 

ustaz sedang menunjukan cara-cara
mengukur jenazah sebelum kain kapan
dipotong

Add caption

peserta remaja perempuan




ibu-ibu sedang memotong kain kapan

peserta remaja lelaki cuba memotong
kain kapan saperti yang telah diajar oleh ustaz

ustaz sedang menunjukkan cara pengunaan
kapas

seorang model di kalangan ibu

remaja perempuan yang telah dikapankan


peserta dewasa sedang dikapankan



remaja perempuan sedang memotong kain kapan

jenazah tersenyum


surau Blok G tempat kursus diadakan

peserta selepas kursus berakhir sedang menunggu
untuk jamuan tengahari

Wednesday, May 9, 2012

Bantuan Mualaf Lembah Subang

Alhamdulillah keluarga mualaf ini telah pun dipindahkan ke rumah baru mereka di Lembah Subang. Sebelum ini kedua-dua suami isteri ini bersama 3 orang anak perempuan tinggal di Puchong menyewa rumah kawan mereka. En Abd Rahman (suami) bermimpi beliau mengucap syahadah didalam mimpi beliau, dan selepas itu beliau sendiri berusaha mempelajari tentang Islam dan terus memeluk Islam bersama Pn Fatimah (isteri) pada tahun 2004.
Atas keprihatinan dari kakitangan Badan Kebajikan Telekom Bangsar (BAKIT), mereka telah menyumbang kereta tolak (stall) untuk suami isteri ini berniaga kecil-kecilan menampung kehidupan mereka seharian. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka setiap hari hasil jualan mereka terpaksa diberi sedikit kepada samseng yang berkeliaran di Puchong. 
Tuan rumah (berbangsa India) juga tidak lagi mahu mereka menetap dirumah terebut lalu mereka sekeluarga terpaksa keluar dengan serta merta pada awal bulan Mei 2012. Buat sementara waktu mereka ditempatkan di Masjid Kolej Islam Sek16 atas bantuan dan kerjasama kakitangan TM (BAKIT)dan pihak AJK masjid. 
Alhamdulillah pihak MBPJ telah meluluskan sebuah unit flat untuk mereka diami di Blok C Lembah Subang dan unit tersebut telah dibaiki keseluruhannya dalam masa sehari dan Alhamdulillah mereka dapat berpindah masuk ke unit tersebut pada jam 10.00 mlm 8/5/2012.
Sumbangan masih diperlukan kerana banyak lagi barang keperluan asas yang tidak ada. Kepada yang sudi membantu sila hubungi 019-2224474. 
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua didalam melakukan kerja-kerja amal ini. 
   

sewaktu pihak Mais melawat En rahman
semasa beliau menumpang di masjid

isteri dan anak2 

semua tingkap yg tidak bercermin

tukang sedang memasang frame dan pintu


frame tingkap dan pintu dapur


tandas dan bilik air tidak berpintu banyak yang
perlu dibaiki

setelah wiring siap fan & lampu dipasang, 

keadaan rumah yang sudah siap



wiring sedang dipsanag

En Rahman dan Pn Fatimah bersama anak-anak
katil dan tilam yg baru

almari baju dan penyangkut towel baru

kitchen cabinet dan kerusi meja plastik juga baru

rak pinggan baru

washing machine second hand

sinki paip yang baru dipasang

dapur dan tong gas baru



Di bawah adalah suami isteri (En Shahul Hamid dan Puan Sabaria) yang juga baru mendapat unit 606 Blok C Flat PPRT Lembah Subang diatas pertolongan NGO dan daripada para dermawan. Isteri beliau seorang mualaf yang telah lama memeluk Islam dan suaminya pula adalah seorang OKU (kurang penglihatan). Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 19 tahun baru berkerja dan masih tidak mampu untuk menyara semua keperluan rumah dengan gaji yang kecil. Mereka terpaksa keluar dari rumah yang diduduki sekarang ini di Blok B kerana tuan rumah mengambil alih kembali rumah tersebut. Oleh kerana tidak ada pendapatan tetap mereka telah berjumpa dengan En Suresh untuk memohon bantuan untuk membayar deposit rumah blok C, Alhamdulillah deposit telah pun dibayar untuk mereka dan sekarang hanya menunggu kelulusan dari MBPJ dan mereka akan terus pindah ke unit baru. InsyaAllah sebuah mesin basuh akan disumbangkan kepada mereka kerana isteri nya pernah dibedah disekitar kawasan perut dan rahim kerana menghidap barah rahim, beliau tidak dapat duduk lama. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang sudi menyumbang untuk kedua-dua keluarga mualaf ini. Semoga Allah SWT memberi ganjaran didunia hingga ahkirat untuk kalian semua. 


En suresh yang sentiasa memberi pertolongan dengan berurusan dengan
pihak MBPJ
 Alhamdulillah semua perabot baru dan ada juga yang second hand telah pun diberi pada sekeluarga mualaf (En Rahman) yang baru pindah ke unit 112 Blok C Flat PPRT Taman Putra Damai Lembah Subang. Sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan kepada mereka boleh hubungi di talian yang tertera diatas atau boleh melawat terus ke rumah keluarga tersebut.