Monday, September 5, 2011

Misi Bantuan Syawal 2011

InsyaAllah majlis jamuan raya bersama penduduk Kg Memali akan diadakan pada 24/9/2011 (Sabtu). Tujuan majlis diadakan pertama sekali niat kerana Allah dan keduanya kita di bandar pada musim perayaan saperti ini pada setiap hujung minggu akan ada jemputan ke rumah terbuka tetapi tidak bagi orang-orang kampung mereka jarang atau tidak pernah merasa suasana begini oleh itu saya menyeru kepada semua yang membaca blog ini marilah kita sama-sama meraikan mereka dan dengan itu juga kita dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama insan tidak kira dimana mereka berada. Secara tidak langsung kita juga dapat menginfakkan sedikit dari harta kita ke jalan yang Allah redhai. 
Setiap tahun kita meraikan saudara , sahabat handai,  kawan sepejabat yang mana mereka ini kebanyakan nya pernah dan selalu merasai makanan yang kita hidangkan di majlis rumah terbuka kita sedangkan ada segolongan manusia yang kita lupa tidak pernah atau dapat menikmati apa yang kita nikmati di bandar.
Renung-renung dan fikir-fikirkan lah daripada kita berbelanja ribuan ringgit untuk mereka yang mampu lebih baik kita menghulurkan wang ringgit itu kepada mereka yang amat memerlukan dan seterusnya dapat mengembirakan mereka dengan majlis rumah terbuka ini.
Dengan itu saya memohon kepada semua yang melayari blog ini sudi-sudi lah menhulurkan sumbangan bagi majlis tersebut diatas. Budget yang diperlukan sebanyak Rm5k untuk seribu orang jemputan dari beberapa kampung yang berdekatan dengan Kg Memali. Saya juga berbesar hati menjemput tuan/puan yang ingin turut serta ke Kg Memali agar kita sama-sama dapat meraikan mereka.
Kepada yang sudi menghulurkan sumbangan dan turut serta sila hubungi saya secepat mungkin.
Semoga kita mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. 

------------------------------------------------------------------------------------   

 Alhamdulillah misi bantuan Syawal 2011 telah diagihkan kepada tiga kampung iaitu Kg Raja Basah Kuala Kurau, Kg Chepo dan Kg Temelung Lenggong. keseluruhannya seramai 100 keluarga telah mendapat bantuan sebanyak Rm100 p/family dalam bentuk barangan dapur, kuih raya, telekong, kain batik / pelikat dll juga duit raya untuk kanak-kanak. 
 Kami bertolak dari KL selepas subuh pada 27/8/2011 dimana pada hari tersebut ramai penduduk bandar mula pulang ke kampung sempena hari raya. Kami sampai di Kuala Kurau jam 11.00 pagi dan majlis penyampaian berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Kami terus bergerak
ke Kg Chepo Lenggong sampai jam 2.45ptg, setelah selesai agihan disana kami terus ke Kg Temelung dan berbuka di masjid bersama
penduduk kampung. Selepas solat maghrib kami bertolak dari Kg Temelung dan sampai di KL jam 2.00pagi.




kanak-kanak di Kg Chepo menerima duit raya



bergambar bersama penduduk yang
 menerima bantuan di Kg Chepo

seorang pelajar yang menuntut di Mesir
dari Kg Temelung menerima bantuan

salah seorang penduduk miskin dari
Kg Temelung menerima bantuan

Imam masjid Kg Temelung Lenggong

buka puasa bersama penduduk
 di Masjid Warisan Kg Temelung

wakil Lenggong Cikgu Jan berdiri di tengah

bantuan untuk penduduk miskin
di Kuala Kurau

penduduk dari Kg Raja Basah Kuala Kurau


Pengerusi Surau sedang menyampaikan
bantuan kepada salah seorang penduduk





kanak-kanak dari Kg Raja Basah
Kuala Kurau beratur menerima
duit raya

selepas masjlis penduduk sedang
memilih baju terpakai yang dibawa oleh hamba Allah
dari Pulau Pinang

penduduk Kg Raja Basah sedang memilih
pakaian terpakai yang dihantar kesini

baju terpakai dari KL yang kami bawa
dihantar ke Masjid Kg Tok Ngah Kuala Kurau
ibu tunggal dari Kg Subang yang
menerima duit raya dari TS Group





penduduk Kg Chepo

bantuan untuk penduduk Kg Chepo
Lenggong

Buka Puasa bersama Mualaf Ibu Tunggal Penduduk Miskin






Majlis buka puasa bersama Ibu Tunggal, Mualaf dan Penduduk Miskin sekitar Lembah Klang di Masjid Subang pada 21/8/2011. Alhamdulillah sumbangan berupa barangan dapur, kuih raya dan duit raya telah disampaikan kepada mereka yang hadir. Kepada semua penderma di ucapkan JazakAllah Khairan Kathiran semoga apa yang kita sama-sama usahakan ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. 


Add caption




Monday, August 22, 2011

Pelajar Tahfiz Buka Puasa




Alhamdulillah diatas sumbangan semua para penderma majlis berbuka puasa pelajar dari Maahad Tahfiz An-Nur dapat diadakan pada setiap hari bermula dari 12/8/2011 - 24/8/2011. Semua pelajar tersebut berbuka di restoran berdekatan dengan kediaman mereka di Subang Permai. Selain itu mereka juga dapat berbuka di Masjid Subang pada 20/8/2011 dan menerima sumbangan berupa duit raya dari seorang hamba Allah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang sudi memberi makan berbuka puasa kepada pelajar-pelajar ini. Ganjaran besar disisi Allah SWT bagi kalian semua insyaAllah.

Buka puasa di restoran
Buka puasa di Masjid Subang

Friday, August 19, 2011

bantuan baju dan sumbangan untuk fakir miskin


* sesiapa yang sudi menderma baju terpakai , silalah hubungi saya , saya berbesar hati menerimanya

Derma Darah Sebaik-Baik Sedekah

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : ” Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : ” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).
Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : ” Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah ; Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Luqlu Wal Marjan - Hadis 1447 )
Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?
Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya; “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.
mmc : Dermalah darah... Hari ini orang lain memerlukannya... esok lusa siapa tahu kita pula yang memerlukannya...
http://mmczone.multiply.com/reviews/item/277

KELEBIHAN MENDERMA disisi ALLAH TAALA

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (kebaikan) adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada tiap-tiap dahan itu (berbuah) seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261).