Sunday, April 4, 2010

Bantuan Membina Pondok di Tanah Perkuburan



gambar pondok yang telah
siap





Alhamdulillah pondok ini telah pun siap dibina oleh penduduk kampung.
Projek membina pondok ditanah perkuburan Kg Redang Panjang juga akan bermula pada 5/4/10. Pondok ini (gambar dibawah) pecah apabila ditimpa pokok dan perlu dibina dengan pondok yang baru bagi kegunaan penduduk sekiranya ada jenazah untuk dikebumikan disini. Selain itu bantuan untuk membeli peralatan saperti cangkul, sodok, kereta sorong, khemah dll. juga disediakan. Kepada semua hamba Allah yang telah menyumbang untuk projek ini diucapkan Jazakallah Khairan Kathiran hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa baik kalian, dan semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan mendapat ganjaran dunia akhirat.





Projek Baik Pulih Bilik Air dan Tandas

Alhamdulillah pada hari Sabtu 3/4/10 saya dan keluarga sempat melawat beberapa buah rumah di Ijok Perak untuk projek membaik pulih atau membina bilik air kepada penguni fakir miskin dikawasan tersebut. Niat untuk membina bilik air dan tandas yang lebih selesa telah lama terpendam semenjak kali pertama melihat keadaan disana. Syukur kepada Allah kerana walaupun sedikit lewat tetapi insyaAllah beberapa rumah disana akan mendapat bilik air dan tandas yang lebih baik dalam masa yang terdekat ini. Projek pembinaan akan dimulakan pada hari Isnin 5/4/10. Walaupun disana tidak ada kontraktor kelas A atau F yang boleh membina sesebuah bangunan itu dengan cantik tetapi sekadar yang mampu kita bantu mereka dengan sedikit keselesaan kepada mereka untuk menguna bilik air dan tandas yang tertutup instead of saperti keadaan didalam gambar dibawah.
Kepada sesiapa yang sudi membantu dana masih diperlukan silalah hubungi 019-2224474 atau boleh terus bank in ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap.
Semoga amal jariah kita akan diberi ganjaran dari Allah S.W.T didunia dan akhirat.



Keadaan bilik air dan tandas disalah
sebuah rumah di Sg Manis Ijok Perak.



















Rumah dibawah ini pula penghuni nya seorang bapa yang menjaga seorang anak yang cacat (maaf tidak ada gambar) ia juga termasuk didalam projek ini. Rumah ini tidak ada bilik air dan tandas. Saya sekeluarga sempat melawat mereka pada 17/7/2010 dan membawa sedikit bantuan barang keperluan dapur. Bilik air dan tandas untuk mereka masih dalam pembinaan. InsyaAllah akan disiarkan setelah semuanya siap kelak.


gambar 1 - keadaan dalam
rumah tidak ada papan yang
menutupi bahagian atas














gambar 2- view dari dalam
rumah untuk turun ke
tempat bilik air mereka














gambar 3 - dapur bersebelahan
dengan tempat tidur







gambar 4 - ruang mandi
membasuh dll. tidak
berdinding dan bumbung













gambar 5 - kayu-kayu getah
yang dipotong dan disusun
untuk dijadikan lantai tempat
membasuh dan mandi, lihat
sebatang paip disitu










gambar 6 - view rumah dari
hadapan.








Rumah dibawah ini juga termasuk didalam projek untuk membina sebuah bilik air dan tandas nya akan dibaiki. lihat lah keadaan tempat mandi mereka anak beranak selama ini.
Penghuninya suami isteri dan 2 orang anak lelaki.












tandas ini akan dibaiki dan pintu
akan dipasang supaya tertutup






sebuah bilik air yang lebih
selesa akan dibina disini













Projek Baiki Bilik Air dan Tandas Fakir Miskin Ijok Perak

Alhamdulillah bilik air ini telah pun siap dibina untuk keluarga En Zulkifli bersama isteri yang mempunyai seorang anak cacat yang berumur 3 tahun. Kepada semua hamba Allah yang telah menyumbang bagi membina bilik air dan tandas untuk 2 keluarga ini semoga kalian semua mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

bilik air dan tandas
selepas bantuan


Tandas dalam
bilik air











Keadaan bilik air sebelum
menerima bantuan








keadaan rumah dari view depan
rumah En Zulkifli dari Sg Jernih
Ijok Perak.










Gambar bawah keluarga En Hamidi dari Kg Sg Redang Ijok Perak

gambar rumah dari tepi









menerima bantuan barangan
keperluan dapur










Alhamdulillah bilik air dan tandas untuk keluarga Encik Hamidi telah pun siap. walaupun tidak begitu 'perfect', bagi keluarga ini mereka merasa amat bersyukur sekurang-kurangnya tidak lagi mandi di tengah-tengah matahari terik kerana sebelum ini bilik air mereka tidak berbumbung dan dinding.
Saya bersama keluarga menziarahi keluarga ini pada 17/7/2010 yang lepas, selain itu bantuan barang keperluan dapur juga disumbangkan kepada mereka dari para dermawan yang prihatin dengan nasib fakir miskin disini.
Semoga apa yang kita sama-sama lakukan ini akan berpanjangan dan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T.

gambar tandas selepas menerima
bantuan


tandas sebelum bantuan








Rumah En Muhd Hamidi yang tinggal bersama isteri dan 9 orang anak. Anak sulung sudah berusia 17 tahun dan yang bongsu 2 tahun. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana 11 orang tinggal didalam rumah sekecil ini, yang sepatutnya muat untuk 2 orang sahaja. Begitulah keadaan keluarga ini terpaksa berhimpit tidur diruang yang sempit. Projek untuk membaiki bilik air rumah ini sedang diatur. InsyaAllah kerja-kerja baik pulih akan dimulakan pada hari Isnin 5/4/10.
Dizaman yang serba canggih ini masih ada orang-orang nun jauh di pendalaman masih saperti di zaman 60an apabila saya melihat tandas dan bilik air sebegitu rupa.

Kepada hamba Allah yang terpanggil untuk membantu amatlah dialu-alukan dengan menghubungi saya di talian 019-2224474 atau boleh terus bank in ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap.
Semoga setiap amal jariah kita akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. didunia dan akhirat.

bilik air sebelum menerima bantuan









selepas menerima bantuan









gambar 3 - keadaan dalam
rumah








gambar4 - view dari depan
rumah - ada 11 penghuni yang
duduk dirumah sebesar ini









gambar 5- En Hamidi
bersama anak-anak dan
isteri