Wednesday, March 25, 2009

Misi Bantuan Kerusi Meja Sekolah Qistina

classroom strd 5 mengguna kerusi meja yang sedia ada.
classroom stdr 4


classroom strd 1 and 6






pekerja dari Malpro Industri sedang memasang meja.



Kerusi meja sedang dipungah turun dari lori.






Alhamdulillah, kerusi meja telah pun dihantar ke sekolah Qistina sebanyak 50 set. Cuma 4 dari 6 classroom yang dapat kerusi meja baru ini, selebih nya menggunakan kerusi meja yang sedia ada kerana sumbangan dipohon untuk 50 set sahaja tetapi kerusi meja yang ada masih boleh digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.

Sila lihat gambar diatas kerusi meja baru dan gambar dibawah keadaan sebelum ini.

Jutaan terima kasih kepada sekalian para dermawan yang sudi membantu mereka. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan di dunia dan akhirat.
InsyaAllah misi bantuan seterusnya iaitu mengecat bangunan sekolah tersebut. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM3,000 . Kepada tuan/puan yang ingin meneruskan amal jariah ini boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-2224474 atau bank-in terus ke Maybank 112080512445 .



Wednesday, February 25, 2009

Sekolah Integrasi Islam Qistina

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 2004. Alhamdulillah pelajar nya bertambah dari tahun ke tahun kerana ibubapa kebanyakan nya sekarang ini telah sedar mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna dunia akhirat.
Jika dilihat dalam gambar dibawah keadaan peralatan belajar untuk pelajar-pelajar tersebut masih belum sempurna saperti kerusi meja pelajar. Oleh itu saya terpanggil untuk menyiarkan gambar-gambar ini agar ada yang akan membantu mereka ini.
Sekiranya ada yang sudi membantu harga satu set kerusi dan meja ialah RM109.20. dan kami memerlukan 50 set.
Bangunan ini juga perlu di cat agar kelihatan bersih dan cantik, kerana itu juga tuntutan didalam agama Islam, sedangkan disini pembelajaran nya juga banyak menekan tentang Keislaman kepada pelajar mereka.
Kepada tuan/puan muslimin/ muslimat yang ingin membantu anggaran untuk mengecat bangunan sebanyak RM5,000 termasuk upahnya.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian 019-2224474 atau boleh bank in terus ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap.
Semoga usaha murni kita mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.