Adik Muhammad Syahir Iqbal bin Shiful Bahri, berumur 16 tahun tapi keadaan tubuh badan saperti 10 tahun. Adik Syahir mengidap penyakit buah pinggang (dlm Msia hanya 2 org pesakit mengidap penyakir sebegini) yang perlu dialysis air (dilakukan dirumah). Sebelum ini adik Syahir bersekolah tetapi terpaksa berhenti kerana beliau cepat terasa kepenatan dan perlu berehat. Tulang-tulangnya rapuh dan mudah patah.
Bapanya terpaksa berhenti kerja dan sekarang berniaga kecilan di gerai Flat Damansara Damai, manakala ibunya juga terpaksa berhenti kerja beri tumpuan kepada kesihatan dan penjagaan adik Syahir.
Jika ada yang sudi membantu bolehlah pm admin. bantuan barangan dapur untuk setiap bulan kepada keluarga adik Syahir. Semoga Allah swt memberi kekuatan dan kesabaran kepada kedua ibubapa beliau dan semoga adik Syahir sembuh dan dapat kembali ke sekolah saperti remaja-remaja lain inshaAllah.
|
Adik Syahir semasa menerima bantuan
di Masjid Damansara Damai |
|
gambar bersama ibu bapa adik syahir dan
Almarhumah Puan Aishah Ketua Muslimat Masjid (berdiri) |
|
keadaan adik Syahir sekarang sewaktu lawatan
dan bantuan pada 27jan17 lepas |
|
lawatan bersama Ketua dan Ajk muslimat masjid dmasara damai |