Wednesday, April 8, 2015

Al Jauhar Bersama OKU-OKU

Alhamdulillah antara oku-oku yang dibantu semenjak penubuhan Al Jauhar saperti dibawah :


Jasin Melaka

Lenggong Perak

Taman Manja Selangor

Lembah Subang Selangor

Kg Melayu Subang Selangor

Allahyarhamah Puan Rohaya (mualaf)
menjaga anaknya Lembah Subang Selangor


Allahyarhamah Adik Nasha
kedua-dua ibu dan anak ini telah kembali
ke rahmatullah

Monday, April 6, 2015

Misi Bantuan OKU Jasin Melaka

Alhamdulillah pada 5/4/2015 Badan Amal Al Jauhar bersama sahabat-sahabat dapat sekali lagi menghantar bantuan kepada keluarga En Musa bapa kepada 6 orang anak dimana 3 dari anak beliau adalah OKU. Mereka tinggal dirumah PPR yang dibuat oleh kerajaan negeri di Kg Terentang Jasin Melaka.
En Musa bekas pegawai tentera telah berhenti kerja semata-mata kerana ingin menumpukan perhatian dan penjagaan terhadap 3 orang anak beliau yang cacat. Pengorbanan seorang bapa yang telah kematian isteri itu sangat tabah dan sabar menghadapi ujian dari Allah swt.
Lawatan pertama pada 14/3/2015 membawa sedikit bantuan makanan  dan meninjau keadaan keluarga ini. Lawatan seterusnya akan diadakan pada waktu terdekat antara bantuan yang akan disampaikan insyaAllah membersih, mengemas, membaiki dll. bagi keselesaan mereka sekeluarga.
Kepada sesiapa yang ingin sama-sama merebut saham akhirat ini boleh juga membantu sekadar yang termampu.
Alhamdulillah pada lawatan kedua kami,  pihak dari BH juga ikut serta dan telah menyiarkan berita keluarga ini pada 7/4/2015 sila ke pautan BH  http://www.bharian.com.my/node/46065?m=1 .
Kisah lanjut di surat khabar BH tarikh 7/4/2015.
Jutaan terima kasih kepada Tuan Mad Zaini dari BH yang memberi sokongan dan kerjasama untuk menyiarkan berita keluarga OKU ini.
JazakaAllah Khairan Kathira kepada para penderma dan sahabat-sahabat yang turut serta dalam misi bantuan tersebut semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada semua yang terlibat insyaAllah.