Alhamdulillah qurban 1434H telah pun berlalu dengan niat hajat untuk menhadiahkan daging-daging qurban kepada hamba Allah yang auliyat iaitu mereka-mereka yang selayaknya diagihkan. Semoga kita mendapat pahala 100% dari Allah SWT atas usaha murni ini dan semoga akan berterusan pada tahun-tahun akan datang dengan banyak lagi lembu-lembu yang dapat dihantar ke kampung-kampung.
Untuk makluman setiap kampung yang diberi lembu hanya dapat agihan sebanyak 1/2 kg sahaja satu keluarga oleh kerana kita hanya dapat menghantar seekor lembu pada setiap kampung. InshaAllah pada tahun mendatang kita cuba dapatkan sekurang-kurangnya 2 ekor setiap kampung.
Kepada semua peserta Qurban semoga Qurban kalian diterima disisi Allah SWT.
Gambar-gambar yang diterima dari tempat-tempat agihan saperti dalam artikel terdahulu. Maaf untuk qurban di Kemboja tidak ada gambar diterima, juga dari Rumah Anak Yatim Manjoi dan Parit Buntar masih belum terima. Maaf diatas kelewatan post artikel ini.
Kg Tamau Kota Blud Sabah.
KAFA Lembah Subang
Surau Ibnu Zakaria Kg Luat Lenggong Perak - ketiga-tiga ekor disembelih disini dan diagihkan kepada 3 kampung yang dalam senarai artikel lepas.
Kg Sg Simpol Ijok Perak
Batu Kurau - Ust Tajudin sembelih di ladang dan semua daging disimpan dalam freezer di maahad beliau dan diagihkan pada penduduk kampung sekitar.
Pada 19/10/13 agihan daging qurban yang diberi oleh Surau Baitulrahmah Putra Heigh sebanyak 80kg telah dihantar ke Kampung Pengkalan Gate Lahat Ipoh Perak. Alhamdulillah daging qurban tersebut dapat diagihkan kepada penduduk kampung yang rata-ratanya hanya mendapat 1/2 kg sahaja daging pada Hari Raya Qurban tempoh hari. Alhamdulillah kami dapat mengagihkan sebanyak 2kg p/family.
|
zakat juga diberi kepada wakil di Kg Pengkalan Gate untuk anak-anak ini, ibu mereka tiada dirumah kerana keluar berniaga. Lima dari mereka tidak bersekolah
|
|
bantuan zakat juga diberi kepada keluarga miskin ini |
|
daging qurban diserahkan kepada wakil kami di Kg Pengkalan Gate Lahat Ipoh |
|
keadaan dalam rumah |
|
rumah yg sangat daif masih diduduki oleh keluarga miskin seramai 8 orang tinggal disini |