Tuesday, June 4, 2013

Mohon Sumbangan Bina Surau Nurul Falah Ijok Perak


Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan tandas surau nurul falah hampir siap, insyaAllah pada bulan Ramadhan ini penduduk kampung yang menunaikan solat terawikh akan dapat mengguna tandas ini sebagai kemudahan mereka. Kolah air wudhu juga akan di pasang dengan tiles baru dan akan dibina bumbung . Kerja- kerja pembinaan ini dilakukan oleh penduduk kampung yang bergotong royong pada waktu malam hingga jam 2 pagi setiap hari kerana pada siangnya mereka ada tugasan masing-masing.
Dana untuk pembinaan surau ini juga masih diperlukan, pembinaan akan dimulakan selepas Hari Raya Puasa dan insyaAllah target siap sebelum Hari Raya Haji.
Plan surau akan dibuat oleh salah seorang sukarelawan yang sudi membantu dalam misi ini. Keluasan surau yang akan dibina diatas tapak asal dengan keluasan 60' x 40' = 2400kps, anggaran bajet tidak melebehi RM100k.
Kepada semua yang menyumbang pihak Badan Amal ini mengucapkan jutaan terima kasih hanya
Allah SWT  membalas jasa kalian, dan kita bersyukur dengan izinNYA juga kita dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung yang selama ini tidak merasai keselesaan dengan mempunyai tandas di surau ini. Tidak lupa juga pada semua sukarelawan (penduduk kampung) yang sudi membina tandas ini tanpa memikir penat lelah dan upah, pahala kalian hanya disisi Allah SWT.




dari kiri Imam surau , Sdr Sidek (wakil di Ijok), Ust Tajuddin
(Pengetua Maahad Madinatul Ilmi) dan Tok Ketua Kampung



tandas surau dalam pembinaan

dalam tandas kanan, tiles akan dipasang

dalam tandas kiri


sebelah belakang saluran paip dipasang

bahagian belakang 


keadaan surau dari bahagian tepi

pintu dan tangga ke ruang solat muslimat



Surau yang daif ini terletak dihujung kampung Sg Simpol Ijok Perak. Usia hampir 70 tahun tetapi masih ada penduduk kampung yang datang solat 5 kali sehari disini. Walaupun keadaan sangat menyedihkan penduduk disini selalu mengadakan majlis-majlis saperti maulidur rasul dll.
 Oleh itu cadangan untuk membina sebuah surau baru diatas tapak surau ini dengan keluasan 60 x 40 kps. (budget lebih kurang RM100K) secepat mungkin bagi keselesaan penduduk disini. Setakat ini pembinaan 2 buah tandas sedang dijalankan, dana atas ihsan beberapa individu. (selama ini surau tiada tandas)
Justeru kepada sesiapa yang sudi menginfak Rm10.00 seorang atau sedikit dari rezeki yang dianugerahkan olehNYA untuk pembinaan surau baru amatlah dialu-alukan.   Kepada para kontrator yang sudi membantu boleh hubungi admin secepat mungkin. Marilah sama-sama kita membantu mereka jika di bandar-bandar surau atau masjid begitu canggih dibina dengan harga berjuta-juta tetapi disini dengan kos budget 100K insyaAllah kita dapat memberi sebuah surau yang selesa untuk penduduk kampung ini.
  Semoga sedikit amal jariah yang kita beri insyaAllah akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT. 




                                           keadaan saperti kandang kambing
                                          kolah air wudhu tidak berbumbung
                                          ruang penyediaan makanan

                                          ruang yang telah usang
                                          ruang solat muslimin, carpet dilipat sebab tempias jika hujan
                                          ruang solat muslimat
                                          ruang solat imam, lihat tulisan di dinding




                                         barang-barang hardware bagi pembinaan tandas



                                              didalam tandas kolah telah dibina
                                          kerja2 memasang mangkuk tandas
                                          rombongan TM Bangsar yang melawat surau pada 29/6/2013