Wednesday, January 2, 2013

Back to School 2013

Alhamdulillah Misi Bantuan Back to School 2013 telah pun selesai (dengan izinNya). Misi ini telah diadakan pada 29-30dec 2012.
Pada 29dec kami ke Parit Buntar, disana seramai 53 pelajar telah dipilih dikalangan anak yatim dan anak miskin tegar. Setelah selesai kami terus ke Ijok Perak dan disana seramai 58 pelajar telah dipilih untuk menerima bantuan. Akhir sekali pada hari yang sama setelah selesai agihan di Ijok, kami meneruskan perjalanan ke Lenggong melalui Bukit Ijok. Di Lenggong seramai 52 pelajar dipilih yang mana dibahagikan kepada beberapa kampung setiap kampung menghantar 10 pelajar untuk menerima bantuan, antara kampung tersebut ialah Kg Chepo, Bkt Sapi, Banggol Belimbing dan Kg Temelung. 
Pada 30dec misi bantuan kepada 10 keluarga miskin/miskin tegar di kawasan Lubuk Merbau dan telah menyampaikan sumbangan beras, minyak dan zakat. Hanya 3 keluarga yang dapat kami lawati pada hari tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu, syarikat Intergrasi Erat dan  Badan Kebajikan Islam Bank Negara (BAKTI)yang sama-sama memberi sumbangan bagi menjayakan misi ini juga kepada semua sukarelawan yang turut serta. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada 
kalian semua dan semoga kita semua sentiasa dibawah perlindunganNYA.   



setelah selesai jamuan disediakan oleh cikgu Shahrizan
di Kg Temelung Lenggong 




 



agihan dibuat dihadapan wakil Lenggong
rumah cikgu Shahrizan











Syam n sham

cikgu Tarmimi bersama isteri dan anak

baju dan peralatan sekolah
                           

dinner di rumah cikgu Jan Lenggong
selepas program selesai

        
berdoa setelah selesai agihan di Surau
Kg Sg Jernih Ijok Perak



Puan Rozita wakil dari BNM



Sdr Firdaus sedang memberi ucapan

cikgu Tarmimi memberi sedikit motivasi
kepada pelajar yang hadir

baju dan peralatan yang telah siap untuk
diagihkan
 

agihan dibuat dihadapan gedung Hari-Hari
Parit Buntar Perak

pihak staff gedung beli belah Hari-Hari
telah siapkan uniform dan peralatan sekolah
untuk diagihkan






doa dibaca setelah selesai agihan 


Sdr Firdaus & cikgu Tarmimi


menunggu dihadapan kedai sebelum kami
tiba









Puan Zabidah
dihadapan rumah Puan Zabidah di Lubok Merbau

En Abd Rahman mengidap penyakit SLE
berusia 73 tahun tinggal bersama seorang
anak yang terpaksa berhenti kerja bagi
menjaga bapanya



En Mustafa (OKU) isteri kerja kilang
menyara 4 orang anak